Bercucuran Air Mata Richarlison Jumpa R9 Depan Depan: “Kamu Idola Saya Tau Tak”

Rakaman video menyentuh hati telah tular memaparkan Richarlison yang tidak dapat menahan sebak ketika bertemu dengan legenda Brazil Ronaldo selepas pasukannya mara ke suku akhir Piala Dunia berikutan kemenangan 4-1 ke atas Korea Selatan.

Mereka bertemu selepas penyerang Tottenham Hotspur itu menunjukkan satu lagi aksi luar biasa.

Pemain No. 9 Brazil itu menjaringkan gol ketiga selepas pasukannya yang membuatkan Tite menyertai dia dan rakan rakannya membuat tarian burung merpati.

Selepas tamat perlawanan, Ronaldo 9 ataupun R9 menemubual sendiri Richarlison.

Ronaldo menjaringkan 62 gol yang menakjubkan dalam hanya 99 perlawanan, menjadikannya penjaring gol ketiga terbanyak sepanjang zaman untuk Brazil.

Bekas bintang Barcelona, ​​​​Real Madrid dan AC Milan itu hanya diatasi oleh Neymar – yang menambah jumlah golnya dari sepakan penalti sekembalinya dari kecederaan – dan Pele.

Ronaldo juga merupakan sebahagian daripada skuad juara Piala Dunia 2002 Brazil di Korea Selatan dan Jepun dan memenangi but emas selepas menjaringkan lapan gol, termasuk dua kali dalam kemenangan 2-0 ke atas Jerman pada perlawanan akhir.

Dalam temuramah dengan R9, Richarlison sempat mengajar legenda itu cara tarian merpati.

Dan dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir kerana bertemu dengan idolanya sejak kecil.

Richarlison: “Saya dah rasa emosi dah ni.”

R9: “Tenang tenang je bah..”

Richarlison: “Pertama kali saya jumpa kamu ketika di London, kan? Masa tu ada acara, dan saya cuma berkesempatan mengambil selfie dengan kamu.”

“Masa tu crowded nak mampus.”

“Jadi saya rasa emosional jumpa kamu hari ini, sebab kamu adalah idola saya, sama macam Neymar.”

R9: “Kita berjuang bersama sama kawan.”

Richarlison: “Bagi saya kamu adalah inspirasi sejak saya kecil lagi.”

“Saya percaya kamu pasti dah tengok kan gambar saya menggayakan gaya rambut kamu.”

“Jadi, melihat kamu di sini, adalah satu kegembiraan, bagi semua orang dalam pasukan ini, nak atau tidak, kamu telah menyemarakkan api perjuangan kami di atas padang.”

“Melihat kamu, Kaka, Cafu, Roberto Carlos, datang menyokong kami, ini telah memberikan kami banyak motivasi.”

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai