Bercucuran Airmata Jantan Adriano Ketika Diumumkan Dalam Senarai Hall Of Fame Di Maracana

Legenda Brazil, Adriano tidak dapat menahan emosinya apabila menerima sepucuk surat yang menyatakan bahawa beliau disenarai di kalangan nama mereka yang akan diabadikan dalam hall of fame di Stadium Maracana yang bersejarah dan ikonik.

Sang Maharaja – gelaran Adriano – akan dikurniakan penghormatan tersebut dan akan mengabadikan tanda tapak kakinya pada plak khas di luar stadium.

Mana tak Adriano menangis di sebalik wajah gangsternya itu, dia kini diletakkan sebaris dengan nama nama legenda lain termasuk Ronaldinho, Pele, Romario, Zico dan Garrincha.

Adriano salah seorang legenda walaupun kariernya sekejap sahaja berbanding yang lain. Menjaringkan 27 gol daripada 48 penampilan untuk Brazil.

Detik itu dikongsi Adriano di Instagramnya dan berkata: “Ketika saya menerima berita ini, bermakna saya akan meletakkan kaki saya di Maracana.”

“Terima kasih atas segalanya.”

Adriano kemudian memberikan komen lanjut tentang perkara itu: “Saya terlalu teruja. Ini salah satu perkara yang saya sentiasa impikan.”

Oleh kerana musim wabak, makan majlis penghormatan itu akan ditangguhkan seketika sehinggalah kerajaan membenarkan perhimpunan awam dibuat berdasarkan SOP.

Presiden kepada Hall Of Fame Maracana, Adriano Santos berkata: “Idea untuk memberikan penghargaan kepada Adriano adalah kerana dia ada pertalian yang kuat dengan Flamengo dan Brazil. Jadi ianya tak masuk akal untuk kita menjemput dia sekarang dalam suasana tanpa penyokong.”

Adriano antara penyerang yang diletakkan harapan tinggi oleh peminat beliau sebagai pengganti sejati kepada Ronaldo Fenomeno yang ketika itu kerap cedera. Pada masa prime beliau, Adriano boleh dikatakan tak mampu dibendung.

Adriano pemain yang memiliki kemampuan menjaringkan gol dan gelecekan yang luar biasa.

Namun kariernya merudum selepas pemergian ayahnya. Pada 2004, Javier Zanetti menyatakan: “Adriano mendapat satu panggilan, dan panggilan itu memberitahunya: ‘ Adri, ayah dah tiada [meninggal dunia]’.”

Ketika itu Adriano bersama dengan rakan rakannya di kem pra musim.

Zanetti menyambung: “Saya melihat dia dekat biliknya dan mulai menjerit, membaling telefon di tangannya. Kamu tak akan pernah bayangkan bagaimana jeritan itu. Saya tergamam sehingga ke hari ini.”

Beberapa hari sebelum ini, Adriano baru sahaja menjadi wira negaranya apabila menjaringkan gol penyamaan masa kecederaan menentang Argentina dalam final Copa America.

Gol yang membantu negaranya menjuarai edisi tersebut.

Zanetti menyatakan, jeritan Adriano itu sangat kuat. Dia sangat sedih ketika itu. Beliau baru sahaja meraikan impian masa kecilnya bersama skuad kebangsaan Brazil, berganti dengan satu panggilan yang menjadi mimpi ngeri kepadanya.

Ayahnya mengalami sakit jantung sejak Adriano berusia 22 tahun. Adriano dibesarkan di Vila Cruzeiro, Favela.

Beliau menggunakan bakat bola sepaknya untuk mengubah nasib keluarganya sehingga mendapat kontrak dengan pasukan gergasi Inter Milan.

Fiorentina, Parma dan Inter – kesemua penyokong mereka mengenali bakat yang ada pada pemain yang digelar d L’Imperatore (the Emperor).

Adriano pernah membentuk gandingan luar biasa dengan Zlatan Ibrahimovic.

Adriano meratapi pemergian ayahnya

Namun  Zanetti sudah melihat pemergian ayahnya akan memberikan kesan kepada karier Adriano.

“Beliau terus bermain bola sepak, menjaringkan gol demi gol dan menunjukkan ke langit, mendedikasikan setiap golnya untuk ayahnya.

“Namun selepas panggilan itu, segalanya berubah. Ivan Cordoba pernah meluangkan masa bermalam dengannya dan berkata: ‘Adri, kau adalah gabungan Ronaldo and Zlatan Ibrahimovic. Kau sedar tak kau mampu menjadi pemain terbaik sepanjang zaman?'”

Adriano tak dapat ditenangkan. Adriano menjawab:

“Kematian ayahku memberikan kesan sangat besar di dalam diri aku.”

Selepas itu Adriano ada berkongsi detik itu dengan majalah R7 di Brazil.

Adriano berkata: “Saya keseorangan, sedih, depres di Itali. Itulah hari di mana saya mulai minum [minuman keras].”

“Saya tak tahu nak menyembunyikan kesedihan saya kerana saya mabuk sepanjang masa termasuk ketika latihan.”

Adriano mengibaratkan hidupnya telah dibawa pergi bersama beer, wain, wiski dan vodka.

“Pada suatu hari mereka [pegawai kelab] memberitahu saya bahawa saya ada masalah pada otot.”

Pada 2006, beliau dan rakan-rakan kecewa dalam kempen Piala Dunia. Brazil ketika itu diwakili oleh ramai bintang termasuk 3 pemenang Ballon d’Or iaitu Ronaldo, Kaka dan Ronaldinho.

Ini ditambah dengan Sang Maharaja yang dianggap antara pemain yang boleh bersaing mendapatkan anugerah itu suatu hari nanti.

Adriano mulai merosot aksinya. Beliau mulai berhadapan dengan masalah homesick dan pernah mengambil cuti tanpa gaji. Adriano mulai menjadi pemain yang bermasalah.

Adriano kembali ke Inter, dan kemudian dipinjamkan sekejap ke Roma. Beliau mulai menyertai beberapa kelab di Brazil.

Banyak kelab masih percayakan beliau kerana bakatnya namun Adriano terus gagal memenuhi harapan mereka.

Adriano mulai terlibat dengan kumpulan gangster dan berat badan berlebihan. Dia sudah tidak mahu meninggalkan Favela. Adriano selesa di situ.

Adriano sudah lama meninggalkan kariernya tertinggi. Sedangkan Ibrahimovic masih bermain dengan pasukan AC Milan di pentas liga utama Eropah.

Adriano sudah 6 tahun tidak bermain. Beliau ada 48 kaps untuk Brazil, 4 Serie A, 27 jaringan antarabangsa, Pemenang Liga Brazil, kariernya dahulu memang gemilang.

Adriano pernah menyatakan kepada wartawan, beliau mendedikasikan trofi Copa America 2004 kepada mendiang ayahnya.

Sejak ayahnya meninggalkannya, pada hari beliau menerima panggilan, kariernya telah berubah.

Itulah kisah emosi Sang Maharaja yang sukar untuk dirawat. Sayangnya kepada ayahnya terlalu kuat dan pada masa yang sama beliau sangat rapuh dalam menghadapi dugaan.

Zanetti pernah berkata: “Kami gagal untuk membantu Adriano keluar daripada depresi. Itu adalah kekalahan paling teruk di dalam karier saya. Ia masih lagi sakit. Dan saya sangat tak berdaya.”

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai