Berdepan Risiko Dipecat, Ini 3 Calon Pengganti Lampard

Masa depan Frank Lampard di Chelsea semakin dalam tekanan. Pengurus berusia 42 tahun itu dilaporkan berisiko dipecat setelah The Blues tewas kepada Leicester City dalam Liga Perdana di King Power Stadium.

Wilfred Ndidi dan James Maddison menjadi penambah luka Frank Lampard yang berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas aksi pertandingan piala sebelum ini.

Catatan Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris jelas menggusarkan. Di mana Lampard kalah kesemua aksi berdepan top 8 pada hari perlawanan mereka tentang.

Ini adalah kekalahan keempat dalam lima perlawanan terakhir Liga Perdana Chelsea dan juga yang keenam secara keseluruhannya. Keputusan ini juga menjadikan mereka berada di tangga ke-8 dengan skor 29 mata.

Sebelum ini, wartawan The Athletic, Simon Johnson, percaya Chelsea akan memecat Lampard jika mereka kalah dari Leicester City.

Sebelum ini Chelsea sudah berikrar akan terus memberikan sokongan kepada Lampard. Malah sanggup memberikan dana untuk perpindahan pemain.

Namun semua itu bukan jaminan. Roy Keane menyatakan bahawa, satu perkara yang Lampard harus sedar, kesetiaan kepada pengurus sangat tipis di Chelsea pada era Roman Abramovich.

Berikut adalah 3 calon di barisan hadapan dalam senarai menggantikan Lampard.

1. Andriy Schevchenko

Pengurus Ukraine berusia 44 tahun ini menjadi calon utama. Hubungan baiknya dengan Roman Abramovich antara faktor yang membolehkan beliau tersenarai.

Sheva cemerlang menguruskan pasukan kebangsaan Ukraine dan melakar kejutan dalam beberapa aksi sebelum ini.

Selain itu pemilik Chelsea itu memang sudah lama rapat dengan bekas pemain antarabangsa Ukraine itu.

Abramovich sendiri menjemput Shevchenko di Milan ketika beliau membeli pemain itu atas pilihan peribadinya.

Hubungan Sheva dengan Chelsea memang masih sangat baik. Anak beliau berusia 14 tahun, Kristian, ketika ini bermain dalam akademi pasukan Chelsea.

2. Thomas Tuchel

Jika Sheva merupakan pilihan pemilik, Thomas Tuchel pula dilaporkan pilihan utama Marina Granovskaia. Marina sebelum ini dilaporkan sangat berminat dengan Mauricio Pochettino, namun pengurus itu sudah sah bersama PSG.

Lalu Tuchel berada dalam senarai untuk dipertimbangkan. Tuchel dikenali dengan gaya bola sepak menyerang. Dan Chelsea kini ada dua pemain Jerman yang kurang menyerlah selepas dibeli mahal iaitu Kai Havertz dan juga Timo Werner.

Tuchel mungkin calon terbaik untuk membangkitkan mereka. Pada masa yang sama Tuchel sudah menegaskan beliau akan terus mencari pekerjaan baharu dan tidak mahu berehat sebaik sahaja dipecat PSG.

3. Max Allegri

Tidak pasti sama ada pengurus ini orang yang terbaik untuk Chelsea? Namun beliau antara pengurus yang memiliki rekod sangat cemerlang di Itali.

Allegri sudah beberapa tahun menganggur daripada jawatan pengurus pasukan. Beliau merupakan pemain yang memiliki rekod yang sangat baik mengendalikan pemain senior.

Calon lain

Selain daripada 3 nama di atas, Chelsea juga menyenaraikan beberapa nama lagi termasuk Brendan Rodgers, Ralf Ragnick serta Julian Nagelsmann.

Tiada nama Avram Grant sebab Roman Abramovich dilaporkan sudah menyediakan jawatan khas untuk Grant jika beliau mahu kembali semula ke Chelsea.

Brendan Rodgers pernah berkhidmat dengan Chelsea ketika karier awal kejurulatihannya.

Sementara Ralf Ragnick sebelum ini membantu membangunkan RB Leipzig. Beliau hampir menjadi pengurus AC Milan namun Milan menawarkan beliau menjadi Pengarah Sukan. Jawatan yang ditolak oleh Ragnick yang lebih selesa menjadi pengurus.

Seterusnya Julian Nagelsmann mungkin sangat sukar untuk dipujuk Chelsea kerana baru sahaja bertugas di Leipzig.

Baca yang lain