Bergaduh Dengan Ten Hag, Masa Depan Martial Dalam Bahaya

Erik Ten Hag dan Anthony Martial telah dilihat bergaduh sesama sendiri semasa kekalahan 1-0 Manchester United di Newcastle.

Martial telah mendapat keperayaan Erik Ten Hag untuk memulakan pertembungan Liga Perdana Inggeris di St James’ Park pada hari Sabtu, dengan rakan penyerang Ramus Hojlund dinamakan di bangku simpanan.

Pemain Perancis itu menjaringkan gol dan memberikan bantuan gol dalam kemenangan 3-0 United baru-baru ini menentang Everton di Goodison Park.

Namun Martial gagal membina prestasi itu. Ten Hag telah mengherdik penyerang itu pada pertengahan babak pertama perlawanan Sabtu menentang Magpies sebelum ketegangan mereda sejurus sebelum separuh masa, dengan pasangan itu menjerit dan memberi isyarat kepada satu sama lain.

Penyerang Perancis itu gagal untuk menjejak [track back] pemain pertahanan Newcastle, Fabian Schar ketika dia muncul dari belakang dan menghantar bola kepada Kieran Trippier, yang kemudiannya memberi umpan kepada Miguel Almiron untuk merembat kelaut.

Peminat melabel Martial sebagai biadap kepada Erik Ten Hag.

Namun ada juga mempertahankan Martial dengan menyatakan bahawa pemain itu ada alasan untuk tidak menerima makian Ten Hag yang menuduh dia malas track back. Kerana dia sudah melakukannya. Mereka suruh Ten Hag lebih keras kepada Rashford pula.

Walaupun mereka bertelagah di atas padang, Martial tidak terus dikeluarkan oleh Ten Hag pada separuh masa. Dia kekal di atas padang sehingga selepas Anthony Gordon menjaringkan gol sejurus sebelum minit ke-60.

Itu terbukti menjadi satu-satunya gol tunggal perlawanan, menamatkan rentetan tiga kemenangan liga berturut-turut untuk pasukan Ten Hag.

Perbalahan Martial dengan Ten Hag tidak banyak membantu dalam usaha pemain itu mahu memperoleh kontrak baharu di Old Trafford. Perjanjian sedia ada pemain berusia 27 tahun itu akan tamat pada penghujung musim, dengan pilihan 12 bulan lagi.

Ten Hag bagaimanapun menegaskan bahawa dia tidak kisah sama ada itu Martial atau sesiapa sahaja, dia cuma mahu menyuntik semula semangat kepada pasukan. Dia tidak ada isu peribadi dengan Martial.

“Ini bukan sebab Anthony Martial atau orang lain, ini adalah untuk pasukan. Saya cuba menaikkan semangat pasukan dan cuba mendapatkan respon daripada pasukan ini pada masa ini. Seperti yang kamu sendiri nampak, kamu dalam masa masa sukar sekarang.”

“Dan jika kamu seorang jurulatih, kamu akan faham bahawa kamu harus sedikit agresif, itu benda normal.”

Martial tidak cukup bagus untuk United kata legenda kelab

Martial telah mengalami karier yang turun naik di United sejak tiba dari kelab Ligue 1 Monaco ketika berusia 19 tahun pada September 2015.

The Red Devils membayar awal £36 juta untuk penyerang itu, menjadikannya remaja termahal dalam sejarah bola sepak. Dan turut memasukkan klausa Ballon d’Or kerana yakin pemain itu adalah Next Thierry Henry.

Martial terkenal menjaringkan gol pada penampilan sulungnya menentang Liverpool untuk memberikan United kemenangan 3-1 menentang musuh ketat mereka. Dia terus menikmati musim pertama yang baik di Old Trafford, menjaringkan 17 gol dalam semua pertandingan dan menjuarai Piala FA.

Dia juga disenaraikan dalam skuad Perancis untuk Euro 2016 dan beraksi dalam kekalahan di tangan Portugal pada aksi final.

Namun kerjaya Martial terbantut selepas itu. Dia gagal tersenarai skuad ‘juara dunia’ Perancis untuk Piala Dunia 2018 di Rusia dan bergelut untuk konsisten di Old Trafford.

Musim 2019/20 adalah musim terbaik Martial untuk United, kerana dia menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan untuk kelab itu. Tetapi dia hanya berjaya menjaringkan gol 19 kali sejak itu dan menghabiskan separuh masa kedua kempen 2021-22 secara pinjaman di Sevilla, di mana dia gagal menjaringkan gol dalam La Liga.

Bercakap kepada Sky Sports bulan lalu, Gary Neville mendakwa pengkritik itu tidak cukup “keras” terhadap Martial memandangkan dia hanya menjaringkan 90 gol sepanjang berada di United. Pakar itu juga menyifatkan “kegagalan” rekrut pemain oleh United sebagai “sangat luar biasa”.

Andy Cole menambah: “Apabila anda bermain sebagai penyerang tengah di kelab seperti Man United, itu tidak cukup gol… bolehkah dia membawa Manchester United ke tempat yang sepatutnya? Dia berada di sini sembilan tahun dan tidak melakukannya, jadi ia akan sangat sukar untuk dia melakukannya sekarang.”

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari