Bergelar Bintang, Arif Aiman Tetap ‘Humble’, Tunjuk Adab Dengan Salam Amri Yahyah

Arif Aiman merupakan penyandang MVP Liga Malaysia 2021. Dan dijangka akan menjadi calon pilihan utama sekali lagi untuk musim ini.

Mana tidaknya, dia terus menjadi instrumen penting kejayaan JDT untuk mengekalkan kejuaran Liga Super Malaysia untuk tahun kesembilan berturut turut.

Dia menjadi pemain paling muda pernah memenangi penghargaan itu ketika berusia 19 tahun.

Pada usianya 20 tahun, Arif Aiman sudah menjadi pemain utama JDT dan Harimau Malaya. Dia telah merampas posisi sayap kanan di JDT dan Malaysia daripada bintang Safawi Rasid.

Ianya bukan tugas mudah. Namun bakat dan kerja keras Arif Aiman membuahkan hasil.

Dia juga sudah memiliki beberapa kaps untuk pasukan kebangsaan pada usianya baru 20 tahun itu.

Walaupun sedang meniti fasa terbaik dalam kariernya, anak muda tersebut dikenali dengan sikapnya yang sentiasa merendah diri dan disenangi rakan dan lawannya.

Terbaru, satu video dirakam peminat tular menunjukkan Arif Aiman telah bersalaman dengan Amri Yahyah.

Dalam aksi antara JDT dan Sabah, Amri Yahyah yang dikenali sebagai Wak Am sedang melakukan pemanasan badan di tepi padang.

Amri merupakan bekas pemain JDT. Dia diberikan tepukan gemuruh oleh peminat ketika lalu di hadapan peminat.

Amri bukan sahaja legenda Selangor atau JDT, tetapi dia juga legenda bola sepak Malaysia. Tidak kira di peringkat kelab atau kebangsaan.

Sudah tentunya Arif Aiman mengetahui status tersebut. Ketika Arif Aiman sedang bersiap sedia melontar bola ke dalam, dia menunggu wisel pengadil kerana perlawanan dihentikan seketika.

Amri Yahyah kemudian menghampirinya dan menyapa pemain muda itu yang sedang fokus.

Arif Aiman terus berubah daripada wajah fokus kepada wajah mesra. Dia terus bersalaman dengan Amri Yahyah.

Detik itu membuatkan ramai peminat terkesima dan kagum dengan adab pemain muda itu dengan seorang berstatus legenda.

@hunydedear

ramai mak-mak nak buat menantu budak ariff ni… igt!? pesan TMJ, jgn cari artis, cari yg mcm kami jer hahahahahahahaha.. @Sabah FC @bolamalaysia @johordtfc @johor.oficial #sabahvsjdt #sabahfc

♬ original sound – hunydedear – hunydedear

Arif Aiman menjaringkan 1 gol dan mencetak 1 assist dalam perlawanan tersebut. Dia melakukan gol dengan sepakan percuma luar biasa dari luar kotak penalti.

Sebagai tambahan, JDT menamatkan liga musim ini dengan status invicibles ketiga mereka.

 

Baca yang lain