Bergkamp Dedahkan Bagaimana Wenger Membuatkan Arsenal Merosot Selepas 2006

Dennis Bergkamp telah berkongsi pandangan beliau tentang penurunan Arsenal. Dan Bergkamp dengan terbuka menyatakan puncanya adalah Arsene Wenger sendiri.

Martin Keown bertanya kepada Bergkamp, kenapa Arsenal bergelut dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Bergkamp menyatakan bahawa penurunan Arsenal berlaku setelah memenangi Liga Perdana dan mara ke final Liga Juara-Juara pada tahun 2006 di bawah Arsene Wenger disebabkan oleh perubahan taktikal pengurus legenda dari Perancis itu.

Wenger bereksperimen

Wenger adalah pengurus Arsenal selama lebih dari 20 tahun dan pengendali dari Perancis itu menikmati beberapa kempen yang sukses.

Ini termasuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan piala lain dalam pengurusannya.

Namun, di fasa akhir kariernya , The Gunners bergelut untuk bersaing dengan pasukan teratas yang lain.

Akhirnya pengurus dari Perancis itu terpaksa mengundurkan diri secara terpaksa pada tahun 2018. Beliau meninggalkan Arsenal sebagai pengurus paling berjaya dalam sejarah The Gunner.

Ketika fasa akhir itu, Arsenal masih berjuang untuk memenangi EPL dan UCL. Namun Arsene Wenger tetap berjaya memberikan Piala FA.

Bergkamp menganggap bahawa pergelutan prestasi Arsenal dalam liga dan UCL sebelum Wenger sebelum pergi adalah kerana dia mengubah formasi pilihannya.

Bergkamp berpendapat Wenger sangat menikmati banyak kejayaan dengan formasi 4-4-2 (4-4-1-1). Antara gandingan yang paling padu pastinya Thierry Henry dan juga Bergkamp yang saling melengkapi.

Namun Wenger kemudian telah mengubah pendekatan dengan formasi berasaskan penyerang tunggal di dalam taktikal beliau. Ianya ibarat Wenger baru masuk ke dalam kelas baharu.

Wenger banyak bermain dengan formasi seperti 4-2-3-1.

Eksperimentasi Wenger sukar diterjemahkan kerana ramai pemain bintang beliau yang keluar apabila tamat musim. Ini membuatkan Wenger bergelut untuk membentuk pasukan yang konsisten.

“Wenger terlalu bereksperimen sebelum beliau meninggalkan Arsenal.”

“Arsenal selepas 2006, terdapat terlalu banyak permainan di bahagian tengah. Tidak ada pemain yang akan menyerang secara direct, dan hanya seorang penyerang yang keseorangan di atas.”

Keown sendiri setuju dan sependapat dengan Bergkamp. Beliau berkata:

“Dengan lima di bahagian tengah. Daripada memiliki kamu [seorang penyerang tambahan] di sana, dia mempunyai Cesc Fabregas.”

“Anda akan bermula di garisan yang tinggi kemudian berlegar ke bahagian tengah.”

“Kemudian pemain mula ke bahagan lebih bawah dan naik tinggi, seperti yang dilakukan Fabregas.”

“Bertahun-tahun kemudian, saya bercakap dengan pemain sayap terkenal di Arsenal. Saya bertanya kepadanya: ‘Mengapa anda selalu berada di hujung sayap?’ Beliau menjawab Main dengan bebas. Ikut naluri. Itulah yang diinginkan oleh bos.”

Apa pandangan fans Arsenal? Anda setuju dengan komen daripada legenda anda?

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.