Bergurau Sampai Patah Tulang Rusuk Kawan

Pada 2018, niat seorang gadis bergurau kasar dengan rakan baiknya bertukar tragedi.

Di mana Taylor Smith telah menolak seorang rakan wanitanya, Jorgan Hogerson ke dalam sungai dalam keadaan dia tidak bersedia lagi.

Taylor Smith ketika itu berusia 19 tahun dan Jordan Holgerson berusia 16 tahun.

Holgerson sedang bersdia melompat ke dalam sungai dari ketinggian kira kira 18 meter. Ketika dia sedang menyusun posisi badannya, Taylor Smith yang dirakam rakannya dilihat sengaja mahu mengenakan Holgerson atas niat bergurau dan menjadikannya konten di media sosial.

Dia terus menolak gadis itu ke dalam air. Kesannya perbuatan itu amat teruk bagi Holgerson, yang mengalami paru-paru tertusuk dengan impak, kemudian enam tulang rusuk patah.

Berikutan kejadian itu, Smith berdepan dengan tindakan undang-undang atas tindakannya. Dia mengaku bersalah atas tuduhan membahayakan secara melulu dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua hari kepadanya.

Mahkamah mengambil kira tertuduh sama sekali dia ada niat jahat lain terutama sekali niat membunuh. Kerana dia cuma mahu bergurau. Selain itu Taylor Smith benar benar kesal dan menyesal di atas perbuatannya.

Video itu tular di media sosial sebelum ini:

Ramai menganggap hukuman itu terlalu ringan untuk kerosakan yang diakibatkan tindakannya itu.

Mereka berkata sekurang kurangnya seminggu untuk kesalahan seperti itu. Seorang lagi menulis: “2 hari tu, saya tidur je kat lokap tu, tak terasa terus keluar dah.”

Mahkamah turut mengingatkan Smith agar tidak mengulangi perbuatannya lagi. Kerana kesan lebih buruk sebenarnya menanti, mujur tidak terjadi perkara yang lain yang lebih buruk.