Manchester City gagal untuk mengurangkan jurang mata yang terlalu jauh daripada Liverpool.
Liverpool semalam menjarakkan diri 22 mata daripada City. Dan City turun beraksi dalam aksi tumpuan menentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham.
Namun Skuad bimbingan Pep Guardiola tewas 2-0 di tangan Spurs.
Debutant dalam perlawanan ini, Steven Bergwijn menjadi penjaring gol pertama dalam aksi ini.
Pemain sayap kebangsaan Belanda itu memiliki debut impian dalam aksi ini.
Steven Bergwijn scores against Manchester City with his first-ever shot in the Premier League.
UNBELIEVABLE. 🤯 pic.twitter.com/64Uf5Knwfh
— Squawka Football (@Squawka) February 2, 2020
Gol kedua pula hasil rembatan deras Son Heung Min yang terbias pada kaki pertahanan lawan.
Pada awal babak perlawanan, terdapat kontroversi di mana Man City dihadiahkan penalti dan diselamatkan oleh Hugo Lloris.
Man City kemudian meminta satu lagi penalti kerana mendakwa Raheem Sterling dijatuhkan oleh Lloris.
Pengadil kemudian mendapati Raheem Sterling diving selepas semakan VAR.
Mourinho dan pemain Spurs mempertikaikan kenapa pemain tersebut tak dilayangkan kad kuning.
OHHHHH YES! WELCOME BACK TO THE PREMIER LEAGUE, JOSE MOURINHO! pic.twitter.com/vFdIbcLsVb
— MSZ (@ThisIsMS2) February 2, 2020
Manchester City kini sudah kalah enam perlawanan.
Kekalahan ini pastinya menyukarkan usaha Man City mempertahankan kejuaraan mereka.