Berikan Saya 5% Teknik Kane, Saya Boleh Skor 30 Gol Piala Dunia, Kata Klose

Miroslav Klose sangat kagum dengan teknik sepakan Harry Kane. Yang menurutnya sangat unik dan luar biasa serta disiplin.

Sambil menyatakan, jika dia memiliki 5% daripada teknik Kane itu, dia pasti akan menjaringkan 30 gol dalam Piala Dunia sepanjang kariernya.

Sebagai rekod Miroslav Klose menjaringkan 16 gol Piala Dunia dalam 24 penampilannya. Menjadikan dia penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Piala Dunia di atas Ronaldo R9 (15 gol) dan Gerd Muller dengan 14 gol.

Dipetik dari BILD, Klose berkata: “Saya sebelum ini meramalkan Kane akan menjaringkan 20 ke 25 gol semusim, namun itu nampaknya ramalan yang sangat rendah.

“Apa yang membuatkan saya sangat mengaguminya adalah teknik sepakannya.

“Jika saya memiliki hanya 5% sahaja daripada teknik beliau itu, saya mungkin sudah menjaringkan 30 gol dalam Piala Dunia,” tegas beliau sambil ketawa.

Jumlah itu hampir 2 kali ganda daripada gol sebenar beliau di Piala Dunia. Klose menegaskan displin Kane ketika melakukan percubaan juga sangat baik. Dia mengamalkan cara body positioning yang baik sepanjang masa.

Namun percubaannya sukar diramal kerana dia akan melakukan hayunan kaki yang berbeza ketika merembat bola. Amat sukar untuk penjaga gol mengagak bola beliau.

Klose menambah: “Teknik dia sangat jitu dan padu. Dia seperti pemain tenis ketika mereka melakukan pukulan servis. Apa yang pemain tenis lakukan dengan pergelangan tangan mereka, Harry Kane lakukannya dengan kaki dan buku lalinya.

“Dia sentiasa berada pada kedudukan postur yang sama, namun menghayunkan kakinya dengan cara berbeza. Penjaga gol tidak mampu meramal ke mana dia akan menghalakan sepakannya. Itu luar biasa.”

Kane menikmati musim debut yang sangat baik di Bayern. Kini dia memburu trofi liga pertamanya bersama dengan Bayern Munich.

Bayern sanggup membayar lebih €100 juta untuk mendapatkan Kane. Yang dianggap pengganti terbaik sejak pemergian Lewandowski. Dan setakat ini dia benar benar membuktikan bahawa dia adalah pengganti terbaik tersebut.

Kane juga masih lagi berada di peak terbaik beliau dan kapten England itu masih menjadi pemain penting negaranya.