Pemain pertahanan tengah Manchester United, Harry Maguire dilaporkan tidak dapat beraksi dalam perlawanan Manchester Derby menentang Manchester City hujung minggu ini kerana kecederaan.
Maguire dilaporkan bermain dalam keadaan cedera ketika berdepan dengan Jerman baru baru ini.
Minggu antarabangsa terus menghantui kelab kelab elit di eropah. Ditambah lagi dengan jadual FIFA yang terpaksa meletakkan Piala Dunia pada akhir tahun.
Harry Maguire 'set to miss' Manchester derby through injury #mufc https://t.co/BiEQIqVTj5 pic.twitter.com/viSFkxnawO
— Man United News (@ManUtdMEN) September 28, 2022
Pemain berusia 29 tahun itu tidak mempunyai permainan terbaik untuk Three Lions apabila mereka seri 3-3 dengan Jerman, tetapi dia juga memberikan segalanya untuk memenangi tempat di dalam pasukan England.
Selain itu, Maguire juga mahu menjadikan aksi antarabangsa tersebut untuk menarik perhatian Erik Ten Hag. Malangnya dia melakukan 2 kesilapan maut dan membenarkan lawan menjaringkan gol.
Menurut Daily Star, ia kini kelihatan seperti Maguire tidak akan beraksi untuk perlawanan Liga Perdana akan datang menentang City.
Laporan yang sama menyebut bahawa Maguire mungkin terpaksa berehat sehingga 2 minggu.
Kecederaan tersebut tidak serius, namun Maguire tidak sempat untuk cergas sepenuhnya untuk aksi derbi bandar Manchester itu.
Selepas permulaan dengan 2 kekalahan musim ini, Maguire terus disisihkan daripada kesebelasan utama Erik Ten Hag yang kelihata sudah selesa dengan gandingan Raphael Varane dan Lisandro Martinez sebagai pasangan bek tengah utama mereka.
Maguire memiliki rekod yang agak teru ketika memulakan perlawanan dengan Man United. Di mana dia masih tak menang setiap kali dia bermula.
Walaupun bergelut dengan prestasi namun Maguire sebenarnya masih dijamin tempatnya dalam skuad England. Meskipun dia kehilangan kedudukan dalam kesebelasan utama di United.
Agak menyedihkan bagi Maguire kerana kini dia berpotensi menjadi non-playing captain. Istilah digunakan untuk kapten yang hanya menjadi pemain di bangku simpanan.