Selepas laporan oleh RMC menyatakan bahawa Lyon melarang Fekir berjambang kerana ianya akan membuatkan pemain itu berimej terlalu Islamik. RMC mendedahkan bahawa, Nabil Fekir nekad untuk meninggalkan Lyon selepas kelab itu diminta untuk mencukur bersih jambangnya sepanjang masa agar Nabil Fekir tidak terlalu Islamik ataupun berimej dengan simbol Muslim.
Pengurusan Lyon ketika itu merasakan perkara itu akan menganggu publisiti mereka di kalangan penyokong mereka. Perancis memang antara negara yang banyak kali wujud sentimen diskriminasi ke atas orang Islam di sana.
Nabil Fekir sangat terkejut dengan permintaan tersebut. Walaupun sebelum ini dia pernah berjanji akan setia dengan Lyon. Bagi Fekir, dia kecewa kerana imejnya sebagai seorang Muslim menjadi perkara yang boleh dipersoalkan oleh kelab. Sedangkan Lyon adalah kelab bola sepak. Permintaan mereka itu dianggap tidak ada kena mengena langsung dengan bola sepak ataupun prestasinya.
Kalau perkara itu boleh mempengaruhi prestasinya, maka ada la logik mereka mintak benda macam tu. Fekir menjadi tunjang Lyon ketika itu dan sangat konsisten mempamerkan aksi cemerlang atas padang. Malangnya pengurusan tertinggi lebih peduli hal jambang dia berbanding statistik di atas padang.
RMC Sport: Lyon asked Fekir to shave off his beard so that it would not be perceived as a symbol of Islam. Because of this, Nabil left the club.😯#Lyon #Fekir #Betis #Islam pic.twitter.com/dBh3D6jfH5
— RatingBet (@rating_bet) January 29, 2022
Dia yang sebelum itu menghormati keputusan kelab untuk tidak menjualnya ke Liverpool, akhirnya nekad menyertai Real Betis pada 2019. RMC mendedahkan bahawa keputusan itu turut berkaitan dengan permintaan kelab yang mahu dia sentiasa mencukur jambangnya.
Fekir menolak sama sekali permintaan tersebut. Dan ianya menjadi titik tolak kepada keputusannya untuk meninggalkan Lyon. Fekir menyatakan bahawa menyimpan jambang adalah sunnah dan imej kepada Nabi Muhammad. Beliau menegaskan bahawa, sebagai muslim, dia sentiasa cuba menunjukkan teladan yang baik kepada semua orang di luar sana termasuk sentiasa memastikan jambangnya dijaga dengan bersih.
Ramai yang menganggap bahawa tindakan Lyon itu bukan mengejutkan sangat pun. Kerana ianya cerminan kepada kerajaan Perancis yang dipenuhi dengan politician yang mendiskriminasi orang Muslim di sana.
Reflection of the french government.
— T (@khansol0) January 29, 2022
Walaupun hakikatnya, Perancis merupakan antara negara Eropah yang memiliki populasi Islam yang paling banyak ketika ini. Dan mereka merupakan antara negara yang menikmati perkembangan Islam paling pesat di Eropah.
Namun kes diskriminasi ke atas komuniti Muslim di Perancis masih berleluasa termasuk menerusi media massa. Sedangkan negara mereka memiliki ramai sekali pemain bola sepak handalan beragama Islam.
Legenda yang dianggap sebagai legenda no.1 dalam sejarah bola sepak Perancis, beragama Islam iaitu Zinedine Zidane.
📌Islamophobic attacks soared in France in 2020:
– 2019:154
– 2020: 235
– Increase: 53%Mosque attacks rose by 35% in 2020.
70 threatening letters were sent to the headquarters of the French Council of Muslim Worship (CFCM) last year. pic.twitter.com/n2k3vEQys0
— Batı Gerçeği – WF (@westfact) February 1, 2021
Pemain pemain Muslim ini antara sebab kenapa Perancis menjuarai 2 Piala Dunia dalam sejarah mereka. Terutama sekali dalam edisi 2018 yang lalu. Menurut laporan Daily Sabah, pada tahun 2020, berlaku peningkatan serangan berusurkan Islamofobia di Perancis. Angka itu sangat serius.
Islamophobic attacks in France increase by 53% in 2020https://t.co/0ZvVKpOgx2
— DAILY SABAH (@DailySabah) January 30, 2021
Kontroversi sukan ragbi
Seterusnya, orang ramai mahu penjelasan, mana lagi bahaya atau memudaratkan, seorang yang berjambang bermain bola sepak bersama lelaki lain ataupun membenarkan seorang yang lahir sebagai lelaki, kemudian tukar jantina – beraksi dalam ragbi wanita?
Ternyata ramai tidak berpuas hati dan mempersoalkan perkara tersebut. Walaupun banyak kelab lain tidak ada dasar seperti Lyon itu, peminat bola sepak cuma membuat perbandingan bagaimana dasar seperti itu boleh wujud di Perancis?
Secular freedom had arrived:
"Nabil Fekir left Lyon because the club asked him to trim his beard to avoid looking 'like a symbol of Muslim religion."
"Tansgender women allowed to play women's rugby in France." pic.twitter.com/XUS6rbOF5o
— Student of knowledge (@djdegaf) January 31, 2022
Transjantina boleh main ragbi wanita di Perancis
Pada tahun lalu, Persekutuan Ragbi Perancis membuat kejutan kepada umum apabila melanggar garis panduan Ragbi Dunia dengan membenarkan transjantina untuk beraksi dalam acara wanita.
Ianya selepas satu undian di kalangan ahli lembaga yang sebulat suara mengundi hujah tersebut.
Badan pentadbir global sukan itu, World Rugby berkata, beberapa bulan sebelum itu, bahawa mereka “tidak mengesyorkan” wanita transjantina bermain ragbi wanita.
Pada bulan Mac 2021 yang lalu, draf rancangan dari Kesatuan Bola Sepak Ragbi England menyatakan beberapa wanita transjantina akan dinilai risiko sebelum mereka boleh bermain permainan domestik.
Persekutuan Ragbi Perancis (FFR) berkata wanita transgender yang beralih daripada lelaki kepada wanita boleh bermain selagi mereka boleh mengesahkan bahawa mereka telah menjalani rawatan hormon selama sekurang-kurangnya 12 bulan dan tahap testosteron mereka berada di bawah lima nanamol seliter.
Di bawah peraturan FFR semasa, orang yang telah menjalani peralihan jantina dan menukar rekod sivil mereka boleh bermain dalam liga yang sepadan dengan jantina pada rekod tersebut.
“Ragbi ialah sukan inklusif, berkongsi, tanpa membezakan jantina, jantina, asal usul atau agama,” kata naib presiden FFR Serge Simon.
“FFR menentang semua bentuk diskriminasi dan bekerja setiap hari untuk memastikan semua orang boleh melaksanakan kehendak bebas mereka dalam ragbi tanpa kekangan.”
Pada tahun 2020, Ragbi Dunia menjadi persekutuan sukan antarabangsa pertama yang menyatakan wanita transjantina tidak seharusnya bersaing di peringkat elit dan antarabangsa dalam permainan wanita.
Walaubagaimanapun, Ragbi Dunia membenarkan kesatuan kebangsaan menjadi fleksibel dalam cara mereka menggunakan garis panduan dan cadangan selepas berlaku perubahan pada dasar Olimpik. Di mana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang mewajibkan wanita transjantina menyekat tahap testosteron sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum pertandingan.
Keputusan FRR itu mendapat bantahan ramai pihak kerana ianya mendedahkan wanita yang asli lahir wanita terdedah dengan risiko. Kerana dari segi binaan tulang, seorang lelaki tetap seorang lelaki. Ditambah dengan sukan ragbi yang sangat lasak dan banyak duel fizikal terlibat.
The French rugby federation has become the first national federation in France to allow transgender women to take part in elite sport after the board voted 'unanimously' in favor of the rule https://t.co/A38bEEWQ52 pic.twitter.com/E13hiU5eFu
— Reuters (@Reuters) May 21, 2021