Berkeras Mahu Singkirkan Glazer 100%, Punca Utama Sheikh Jassim Gagal Beli United

Hari ini Fabrizio Romano melaporkan bahawa rundingan antara Sheikh Jassim dan Glazer sudah tamat.

Senenarnya ada banyak isu yang berlaku sepanjang rundingan antara konsortium Qatar dan Glazer itu.

Antaranya berkaitan harga. Glazer sudah beberapa kali menaikkan nilai Man United sepanjang rundingan. Dikatakan awalnya Glazer mengalu-alukan bidaan bermula £3 billion.

Namun mereka mendapat tahu bahawa harga Chelsea dijual lebih £4.2 billion secara keseluruhannya. Membuatkan mereka menaikkan lagi harga.

Sheikh Jassim yang sudah membida sekitar £3.5 billion telah diminta menyamai rekod bayaran konsortium diketuai Todd Boehly untuk membeli Chelsea.

Selepas beberapa rundingan baharu dibuat, Sheikh Jassim mengemukakan tawaran baharu sekitar £4.5 billion. Glazer kemudian mendapati bahawa tawaran Sir Jim Ratcliffe lebih menarik kerana menawarkan mereka peluang untuk terus kekal memegang saham minoriti dalam kelab.

Masalahnya bermula di sini. Apabila Sheikh Jassim menentang idea itu dan mahukan pemilikan penuh 100%. Ketika ini peminat United lebih kuat sokongan ke atas Sheikh Jassim kerana mereka benar benar benci dengan Glazer sejak sekian lama.

Glazer tiba tiba menaikkan nilai kepada £6 billion. Angka itu dianggap tak munasabah.

Kemudian Glazer mendapat tawaran lebih besar daripada Sheikh Jassim. Di atas £5 billion untuk memiliki United. Kem Qatar itu bagaimanapun menyatakan bahawa Glazer tidak memberikan sebarang respon kepada tawaran itu.

Mereka menghantar bidaan baharu yang sebenarnya bidaan sebelum ini cuma berharap Glazer memberikan maklumbalas segera.

Malangnya Glazer mulai keberatan menjual Man United. Kecuali ada tawaran £10 billion. Kenapa?

Kejayaan Man United menjuarai Piala Carabao musim lalu dikakatan menaikkan semangat Glazer untuk terus kekal. Mereka yakin Erik Ten Hag akan dapat menghadirkan lebih banyak kejayaan.

Seterusnya faktor ekonomi. Di mana Piala Dunia Kelab dan UCL akan meningkatkan jumlah pasukannya. Bermakna lebih banyak pendapatan akan masuk. Begitu juga Piala Dunia FIFA yang akan mengunakan format 48 pasukan bermula 2030 dianggap akan menaikkan lagi pasaran jualan pemain dan nilai kelab.

Glazer merasakan bahawa kelab itu akan bernilai £10 billion dalam masa beberapa tahun lagi.

Sheikh Jassim tidak berganjak dengan tawaran mereka sebelum ini. Dan Glazer dikatakan masih mempertimbangkan tawaran itu. Bukti bahawa Glazer sebenarnya masih cuba bermain harga.

Glazer dikatakan akan memberitahu keputusan mereka pada akhir tahun ini tentang bidaan Sheikh Jassim yang diakui terbaik di kalangan yang lain.

Namun begitu alasan utama Glazer tidak mahu menerima bidaan itu kerana Sheikh Jassim dianggap terlalu berdegil mahukan pemilikan 100%.

Sheikh Jassim dalam tawarannya konsisten menyatakan bahawa mereka mahukan pemilikan penuh untuk memudahkan urusan mereka membangunkan kelab. Kemudian mereka berjanji akan melangsaikan semua hutang kelab di bawah Glazer.

Inilah sebabnya mereka berkeras menyatakan tawaran sekitar £5 billion adalah terbaik pada masa ini dan diakui akan tinggi daripada penilaian awal mereka.

Total pelaburan yang akan dibuat Sheikh Jassim adalah sekitar £8 billion. Dan United baru terlepas peluang untuk memiliki pemilik kelab terkaya di dunia.

Dengan berita penarikan diri Sheikh Jassim..peminat United gagal melihat:

1. Kelab mereka bebas hutang yang terlalu tinggi dilonggokkan Glazer

2. Terlepas peluang mendapat pemilik paling kaya

3. Gagal sekali lagi dalam usaha menyingkirkan Glazer