Sebelum kita melangkah ke wawasan 2020, kita kini sudah ada peralatan berkhatan dengan stapler. Betapa jauh sudah dunia perubatan kita maju sudah.
Ini bukan main-main la, ini betul betul.
Jangan risau ianya adalah diperakui dan terpecaya oleh dunia perubatan. Mereka menggantikan kaedah potong biasa dengan alat stapler ni.
Di mana ianya lebih mudah, lebih selamat dan cepat pulih.
Peranti ini ada nama saintifik kau tau tak iaitu disposable circumcision anastomat stapler ZSR.
Ianya sangat praktikal dan kerap diguna pakai oleh pengamal perubatan di klinik dan hospital.
Peranti tersebut juga sudah memperoleh Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2017 di bawah Akta Peranti 2012.
Beritah Harian melaporkan, semakin ramai ibu bapa hari ini menggunakan kaedah ini kerana ianya lebih bersih.
Dipetik dari sumber BH Online, Jurulatih khatan kaedah stapler, Dr Abdol Rashid Masron, berkata: “Kaedah bersunat cara ini menampilkan hasil khatan yang kemas, bersih dan kesan parut minimum atau hampir tiada.”
“Proses bersunat kaedah stapler sesuai digunakan untuk semua kategori umur iaitu bayi seawal usia tiga hari hinggalah dewasa dan mempunyai pelbagai saiz.”
“Antara kelebihan lain, prosedur ini sesuai bagi pesakit berisiko lambat sembuh luka, contohnya penghidap kencing manis kerana prosesnya tiada kesan jahitan mahupun pendarahan.”
“Peranti direka berdasarkan konsep seperti stapler digunakan dalam pembedahan lain sebagai ganti teknik jahitan biasa. Teknik stapler sudah lama digunakan dalam bidang perubatan yang terbukti berkesan dan menjadi pilihan dalam kalangan doktor bedah seluruh dunia.”
Berkhatan dengan stapler lebih mudah, selamat dan cepat sembuh https://t.co/ponlOqeDBJ
— NILAM ™ (@pmnilamm) December 10, 2019
“Kaedah bersunat ini juga menggunakan peralatan pakai buang, bermakna satu peranti digunakan sekali sahaja. Ini sangat penting untuk mengelakkan jangkitan kuman.”
“Peranti dihasilkan daripada kombinasi pengalaman klinikal doktor perubatan dengan rekaan ringkas membolehkan proses berkhatan lebih selamat dan mudah dikendalikan,” tambah beliau lagi.