Berkongsi Makanan Dengan Anjing, 2 Kali Muflis Tidak Memadamkan Impian Walt Disney

Walt Disney risau ketika dijemput ke pejabat pelanggannya untuk menandatangani kontrak bagi kartun baharunya.

Beliau berkata tidak boleh datang kerana tidak mempunyai kasut. Beliau tidak bergurau.

Disney hanya mempunyai sepasang kasut yang rosak, dihantar ke tukang kasut untuk dibaiki tetapi tidak dapat mengambilnya kerana tidak mampu membayar upah US$1.50.

Disney benar-benar kecewa dengan nasibnya ketika peluang itu hadir.

Pada ketika itu Disney tinggal di sebuah bilik kecil yang merupakan sebuah bengkel kereta, hanya mempunyai 1 sofa di dalamnya.

Disitulah tempatnya berehat, bekerja, makan dan sebagainya.

Bergantung kepada lebihan makanan dari sebuah restoran berdekatan yang diusahakan oleh 2 orang Greek. Mereka akan memberi lebihan makanan tersebut kepada Disney setiap hari.

Ada ketika Disney terpaksa makan makanan anjing.

Pelanggannya tadi, seorang doktor gigi bernama McCrunn telah mengambil kasut Disney di kedai kasut, membayarnya dan membawa Disney ke pejabatnya untuk menandatangani kontrak tadi.

Akhirnya Tommy Tucker’s Tooth dihasilkan, tetapi tidak mendapat sambutan kerana produksi Laugh-O-Gram masih baharu dan kecil dalam industri kartun.

Ini cuma salah satu peristiwa sukar dalam rentetan perjalanan Disney.

Disney telah mencuba, tetapi gagal untuk mendapat sambutan terhadap karyanya selama beberapa tahun.

3 tahun sebelum

Selepas hanya sebulan bersama Pesmen-Rubin Commercial Art Studio di bandar Kansas, Misouri-Disney telah dipecat kerana syarikat itu kekurangan bisnes. Disney dikatakan tidak ‘pandai melukis’.

Disney mula menjalankan perniagaannya sendiri, mewujudkan Iwerks-Disney Commercial Artist. Syarikat ini mendapat kontrak bagi menghasilkan Onion Newsletter. 

Tetapi Disney meninggalkan syarikat iitu selepas hanya sebulan untuk menyertai Kansas City Slide Company.

Disney mendapat gaji sebanyak US$40 seminggu di sana. Akhirnya Iwerks-Disney berakhir dengan muflis.

Dengan baki aset Iwerks-Disney disamping suntikan pelabur tempatan sebanyak US$15,000, pada tahun 1922 Walt Disney menubuhkan Laugh-O-Gram Film.

 

Syarikat ini menghasilkan animasi Cinderella. Bagaimanapun dalam tempoh seminggu, Walt kehabisan wang dan terpaksa melepaskan kesemua stafnya pergi.

https://m.youtube.com/watch?v=1hkzyJnsLyY&t=31s

 

Pada 1923 giliran Laugh-O- Gram pula muflis.

Disney tidak berputus asa dan terus mencuba, meninggalkan bandar Kansas terbang ke Los Angeles menyertai abangnya Roy Disney.

Pada Oktober 1923, Disney Brother mendapat kontrak dari pengedar filem New York untuk menghasilkan 6 filem pendek.

Setiap 1 filem pendek tersebut dibayar sebanyak US$1,500 dengan pilihan tambahan 6 filem lagi.

Selama 5 hari perjalanan kereta api dari New York ke Los Angeles, Disney mendapat ilham watak Mickey Mouse. Ia terus dikonsepkan dan menjadi watak paling berjaya dalam karier Disney.

Seperti mereka katakan “ia adalah sejarah Walt Disney”.

Walaupun pernah dibuang kerja, dikatakan ‘tidak pandai melukis’, Walt Disney dipandu dengan kegharaihannya dan kekal dengan impiannya.

Akhirnya beliau berjaya merevolusikan industri kartun pada ketika itu. Mencipta dunia Disney dan empayar yang besar.

Kanak-kanak dari semua peringkat umur membesar dengan hasil ketekunan Walt Disney.

Sehingga September 2019, Walt Disney telah mempunyai aset bernilai US$193 billion, meningkat dengan berganda dari hanya US$98 billion pada 2018.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi