Bola sepak Amerika Selatan terus sarat dengan kisah tidak masuk akal. Terbaru polis di Brazil telah menembak penjaga gol Gremio Anapolis di bahagian kaki menggunakan peluru getah.
Tetapi ianya tetap sakit. Pemain malah terkejut melihat polis melepaskan tembakan, mereka ingatkan ia adalah peluru hidup.
Esto que acaba de pasar en el ascenso de Brasil es una absoluta LOCURA.
Un POLICÍA le DISPARÓ en pleno campo de juego a un futbolista de Grêmio Anápolis, después de una pelea con el equipo rival.
Lamentable. 🇧🇷😳pic.twitter.com/MtlUjJPL4F
— Ataque Futbolero (@AtaqueFutbolero) July 11, 2024
Kejadian itu berlaku ketika aksi dalam kejohanan peringkat negeri di Brazil antara Gremio Anapolis menentang Centro Oeste.
Ianya selepas berlaku pergaduhan di antara kedua dua pasukan. Apa yang mengejutkan adalah tindakan polis seolah olah menembak seorang penjenayah bersenjata.
Sebaliknya penjaga gol Gremio Anapolis itu tidak memiliki sebarang senjata atau objek sebagai senjata.
Biasanya polis dan petugas keselamatan hanya membantu meleraikan pergaduhan pemain dengan tangan kosong. Dan biasanya hanya menggunakan cota atau gas pemedih mata jika berlaku kekacauan penyokong dalam stadium.
Penjaga gol Gremio Anapolis itu meraung kesakitan dan menerima rawatan. Kakinya berlubang kerana ditembak dengan peluru getah oleh seorang lelaki dipercayai polis tentera.
URGENTE: GOLEIRO É ATINGIDO POR TIRO NA DIVISÃO DE ACESSO
O goleiro do Grêmio Anápolis foi atingido por uma bala de borracha depois do jogo diante do Centro-oeste.
Ramon foi atendido, e está fora de perigo. O tiro teria sido disparado por um policial militar! pic.twitter.com/W1EzFOCxfa
— Thiago Menezes (@thiagomenezesbn) July 11, 2024
Laporan awal menyebut bahawa penjaga gol itu akan berehat panjang selepas ini kerana kecederaan dialaminya. Luka yang dialami oleh penjaga gol itu agak dalam.
Peminat bola sepak di Brazil benar benar terkejut dengan berita itu. Mereka benar benar kecewa dengan Liga Brazil yang selalu berlaku kejadian pelik pelik.
Seorang peminat berkata: “Pemain pemain bintang kita sedaya upaya mengharumkan nama Brazil di Eropah, kita di sini sedaya upaya mengaibkan bola sepak kita.”
Mereka berharap tindakan tegas diambil ke atas pegawai polis tersebut yang dianggap bertindak terlalu emosi dan keterlaluan. Kerana daripada rakaman yang tular, jelas sekali keadaan perbalahan antara pemain tidaklah terlalu teruk sehingga perlu menggunakan senjata bahaya.