Joe Hart akhirnya sedar bahawa kehidupan pemain asing yang tidak tahu berbahasa Inggeris sangat mencabar di England.
Ini kerana menurutnya, negara England, rakyat dan pemain pemain mereka sentiasa merasakan bahawa seseorang itu boleh berbahasa Inggeris atau sekurang kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam tempoh enam bulan.
Di England, ramai pemain yang tidak tahu berbahasa Inggeris menjadi bahan ejekan media dan peminat. Unai Emery sendiri pernah menjadi meme di media sosial hanya kerana sebutan Good Eveningnya agak pelat.
Seterusnya, pemain pemain yang tidak pandai berbahasa Inggeris biasanya dibiarkan sahaja terus tidak faham apa yang dibincangkan dalam pasukan. Tiada siapa yang benar benar prihatin untuk mencari jalan komunikasi.
Ini semua kerana menurut Hart, sudah ada satu mentaliti bahawa, Bahasa Inggeris itu bahasa antarabangsa. Dan semua orang harus belajar, terutama sekali mereka yang datang ke England. Mereka diberikan masa pengecualian enam bulan untuk tidak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan wartawan. Selebihnya mereka harus pandai bercakap Inggeris.
Hart merasakan setiap pemain asing itu seharusnya diberikan masa lebih banyak untuk mereka belajar sesuatu bahasa baharu yang mereka tak pernah tuturkan. Selain itu sistem sokongan dalam pasukan terutama daripada pemain pemain Inggeris itu sendiri sangat penting.
Mengimbau kembali betapa beraninya pemain pemain asing ini berkarier di England bertahun tahun untuk memahamai bahasa Inggeris terutama sekali di bilik persalinan, mendengar arahan jurulatih adalah perkara yang akhirnya difahami Hart ketika dia di Itali.
“Pemahaman saya sebelum saya ke Itali, seseorang itu haruslah boleh berbahasa Inggeris. Itu yang saya faham menerusi proses yang saya lalui,” kata bekas penjaga gol Man City dan bekas keeper antarabangsa England itu.
Dia menambah: “Semasa di Itali, ketika saya duduk di dalam bilik perbincangan dengan pasukan, dan ketika itu saya sedar, apakah semua ini.
“saya tak tahu apa sebenarnya sedang berlaku di sini. Tak faham sepatah haram pun [Bahasa Itali]. Saya cuma terpinga pinga cuba memahami setiap ayat yang mereka sebut.
“Apa yang saya cuba cakap di sini, kita tak bercakap banyak tentang perkara ini.
“Dalam negara kita ini [England], kita dengan angkuh dan sombong berharrap orang lain melangkah masuk, kamu tahu, kamu sekarang ada 6 bulan pengecualian. Dan selepas itu, kamu patut boleh bercakap dalam temuramah dalam bahasa Inggeris.
“Malangnya, ia sebenarnya tidak begitu. Ianya menjadi tempat yang sukar untuk mereka. Kamu [pemain England] harus mencari cara berkomunikasi dengan kawan kawan kamu [yang tak faham bahasa Inggeris].
“Bola sepak ini indah. Saya seringkali mendapati ada banyak perkataan yang sama kita boleh fahami antara 3 pemain yang berbeza bahasa pertuturannya. Dan itu sangat mengagumkan.”
Hart kemudian menyatakan bahawa, faktor bahasa sepatutnya bukan menjadi masalah utama dalam pemilihan kelab. Jika setiap orang mencari cara berkomunikasi. Kerana dia belajar, paling penting keluarganya selesa di sesuatu bandar itu.
Itu yang membuatkan Hart merasakan bahawa dia telah memilih kelab yang tepat ketika dia berpindah ke Turin menyertai Torino.
“Dan paling penting adalah keluarga kamu selesa, dan kamu sendiri selesa dengan pemain pemain senior dalam kelab kamu, orang orang lama dalam kelab dan di luar bilik persalinan.
“Dengan penyokong yang cuba menunjukkan perasaan mereka terhadap kamu. Dan ketika saya diminta menghadiri temuramah dengan wartawan, jujur saya cakap, itu membuatkan saya tertekan.
“Sebab kamu jadi rimas dan tak selesa. Dan kamu juga cuba mengelak untuk tersilap cakap, kerana itu akan berbalik kepada kamu semula. Dan tambah semua itu ke dalam diri kamu. Akhirnya kamu pun mulai risau dengan perkara perkara yang tidak penting.
“Sebab sebagai pemain bola sepak profesional di tahap tertinggi, kamu berada di sana dengan memberikan yang terbaik yang kamu boleh lakukan.”
'We just arrogantly expect people to walk in and interview in English in six months.' 🗣️
Joe Hart on how difficult to was to learn a new language whilst at Torino whilst we expect foreign players to learn English 👇#BBCFootball #PremierLeague pic.twitter.com/xH5p9YwAqv
— BBC 5 Live Sport (@5liveSport) February 16, 2025
Hart kemudian belajar sesuatu dan dia lebih prihatin dengan pemain asing seperti keluarga sendiri.
“Dengan ini, kredit kepada semua pemain asing. Sebab sejak saya kembali, saya lebih berusaha menjadi seseorang yang lebih bersifat kekeluargaan [dengan pemain pemain asing]. Kerana ianya memberikan kesan berterusan untuk mereka lebih selesa dan mengeluarkan yang terbaik daripada mereka.”