Bern Leno Kutuk Polisi Arteta: “Apa Yang Terjadi Pada Ramsdale Saya Pernah Rasa”

Mikel Arteta baru-baru ini telah memilih untuk menggugurkan pemain antarabangsa England Aaron Ramsdale untuk menggunakan pemain baharu David Raya menentang Everton.

Arteta kemudian sekali lagi menurunkan David Raya ketika aksi UCL pertama Arsenal musim ini menentang PSV Eindhoven, yang telah mencetuskan kontroversi memandangkan Ramsdale merupakan salah satu nama pertama dalam senarai pasukan untuk Arsenal semasa kempen 2022/23 mereka.

Penjaga gol yang membantu Arsenal kembali semula ke UCL sejak 2017.

Bekas penjaga gol Arsenal, Bernd Leno telah mengkritik bos The Gunners kerana berbuat demikian.

“Anda tidak membina hubungan, yang memerlukan masa,” kata Leno kepada The Times.

“[Jika saya] sebagai pengurus, saya tidak akan pernah menukar penjaga gol saya, untuk berkata, ‘Oh, hari ini saya perlukan penjaga gol yang bagus dengan kakinya, atau seorang yang mahir dalam hantaran silang,’ atau, ‘Hari ini saya perlukan penjaga gol yang bagus kerana kami menentang Man. City dan mereka akan mendapat sepuluh percubaan atau seterusnya.’ Saya tidak akan melakukan itu.”

Bernd Leno sebelum ini pernah kehilangan tempat kepada Aaron Ramsdale. Walaupun awalnya ramai meraskaan pembelian Rasmdale untuk memberikan persaingan kepada Leno.

Namun penjaga gol England itu mendedahkan bahawa dia dibawa masuk ke Arsenal untuk menjadi no.1 di kelab itu. Dan akhirnya Leno kehilangan tempat dan kemudian meninggalkan kelab itu.

Oleh sebab itu Leno merasakan situasi mereka dahulu ada persamaan dan dia simpati dengan penjaga gol England itu.

“Ianya [menukar penjaga gol] telah berlaku selepas minggu antarabangsa. Saya tefikir: ‘Ianya lebih kurang sama dengan saya dulu’.”

“Saya simpati dengan Ramsdale dia seorang yang sangat baik. Saya faham apa yang dia rasa, ada persamaan,” tegas Bernd Leno lagi.

Sebelum ini penjaga gol legenda United, Peter Schmeichel turut mempersoalkan polisi Arteta ketika pengurus asal Sepanyol itu mendapatkan David Raya.

“Penjaga gol adalah satu satunya kamu mahukan ia stabil [tanpa berubah ubah].”

“Penjaga gol adalah posisi yang sangat reaktif, tidak ada tindakan proaktif yang berlaku pada penjaga gol.”

“Apa yang anda perlu lakukan adalah sesuatu yang anda perlu lakukan apabila orang lain melakukan sesuatu, anda perlu bertindak balas terhadapnya, anda tidak boleh proaktif dan keluar dan buat gaya permainan sendiri.”

“Apa yang anda mahukan penjaga gol anda stabil. Buat kerja yang dia ada, hentikan bola masuk ke dalam jaring. Jika anda berada dalam situasi ad persaingan pada satu ketika anda akan berfikir, ‘Saya perlu membuktikan saya penjaga gol yang lebih baik daripada yang lain, saya akan mencuba ini atau itu’, dan jika anda akan mencuba perkara perkar seperti ini, sebagai penjaga gol selalunya akan mengundang padah.”

“Saya tidak faham dan ianya benar benar gila.”

Walaupun beberapa pihak mempersoalkan tindakan Arteta itu, namun Thierry Henry menyokongnya. Menurut Henry, semua ini keputusan Arteta.

Musim lalu, dia membawa masuk Ramsdale kerana yakin penjaga gol itu akan membantu mereka kembali ke UCL. Dan musim ini dia mahukan David Raya kerana yakin penjaga gol itu akan membantu mereka menjuarai liga.

Henry dalam ulasannya berkata: “Ini bukan soal siapa salah siapa betul, Mikel Arteta adalah pengurus di sini. Dia melihat David Raya sebagai seorang penjaga gol yang mampu membantu dia menjuarai liga. Ketika dia menjual Bernd Leno, dia melihat Ramsdale sebagai pemain yang boleh membantu mereka berada di 4 teratas.”

“Apabila anda bermain di kelab besar, persaingan akan berlaku. Kedua, apabila anda seorang penyerang dan sebuah kelab mendapat salah satu penyerang terbaik di dunia untuk bersaing dengan anda, adakah seorang penyerang menangis kerana anda mungkin tidak selesa kerana ada pemain lain yang boleh mengambil posisi saya pada separuh masa pertama. atau selepas sejam?”

“Saya boleh memberitahu anda bukan mudah sebagai penyerang untuk turun ke padang kerana jika anda tahu anda akan digantikan.”

Henry kemudian yakin bahawa Arteta juga tidak mahukan penggiliran untuk penjaga gol. Dan dia sudah menetapkan bahawa David Raya sebagai no.1.

“Ia bukan tentang penggiliran. Saya tidak fikir Mikel mahukan penggiliran. Dia pergi untuk mendapatkan penjaga gol yang saya fikir, dan dia fikir, akan mampu membantunya memenangi liga. Tiada penggiliran di sana [penjaga gol].”

“Bernd Leno melalui perkara yang sama! Apabila Ramsdale tiba, Arteta mahukan penjaga gol yang boleh memasukkannya ke dalam kelompok empat terbaik.”

“Saya rasa dia melihat Raya sebagai pemain yang boleh membawanya memenangi trofi dan itulah sebabnya dia memainkannya.”

Baca yang lain