Bernardo Silva menyelar pendekatan Arsenal untuk seri dengan Manchester City, ketika dia turut memperlekehkan kekurangan trofi The Gunners di bawah era Mikel Arteta.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu bangkit dari Stadium Etihad dengan membawa satu mata untuk musim kedua berturut-turut, walaupun kali ini berada di ambang untuk membawa ketiga-tiga mata sebelum gol penyamaan John Stones pada minit ke-90+8.
Bernardo Silva tidak gembira dengan corak permainan Arsenal yang terlalu defensif di blok rendah untuk sepanjang 90 minit. Atau bahasa kasarnya, park the bus. Terutama sekali selepas Leandro Trossard dibuang padang sejurus sebelum rehat, dengan pemain Belgium itu dilayangkan kad kuning kedua kerana menendang bola keluar.
City mempunyai hampir 90% penguasaan bola selepas separuh masa dan mencatatkan 28 percubaan ke arah gol, walaupun semakin kecewa dengan taktik membuang masa daripada The Gunners.
Arsenal sekali lagi dilihat sebagai pencabar yang paling mungkin kepada City, yang mengintai kejuaraan Liga Perdana Inggeris kelima berturut-turut, dan mereka hanya duduk dua mata di belakang pasukan Pep Guardiola, walaupun sudah berdepan juara, Tottenham dan Aston Villa di tempat lawan.
Walaubagaimanapun, Silva tidak kagum dengan taktik Arsenal dan, apabila ditanya mengenai perbezaan antara persaingan City dengan Gunners berbanding pertembungan dengan Liverpool dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan meruju kepada kabinet trofi.
Silva memberitahu TNT Sports: “Perbezaannya? saya tak tahu. Mungkin Liverpool sudah memenangi Liga Perdana Inggeris, Arsenal belum. Liverpool telah memenangi Liga Juara-Juara Eropah, Arsenal tidak.
“Liverpool sentiasa berhadapan dengan kami secara bersemuka untuk cuba memenangi perlawanan, jadi dengan perspektif ini perlawanan menentang Arsenal tidak seperti yang kami lalui dan pernah menentang Liverpool.
“Jadi ya, mungkin persaingan yang berbeza.”
Silva dilayangkan kad kuning pada lewat perlawanan kerana protesnya terhadap pengadil Michael Oliver selepas Jurrien Timber turut meminta rawatan ketika perlawanan sedang berlangsung.
Bernardo Silva em entrevista para mim e para @j_castelobranco: "A diferença da rivalidade com Arsenal e com Liverpool? Talvez que o Liverpool já tenha vencido uma Premier e o Arsenal não. Que o Liverpool tenha conquistado uma Champions e o Arsenal não. Que o Liverpool sempre nos… pic.twitter.com/bx1OG2uBfx
— Fred Caldeira (@fredcaldeira) September 22, 2024
City juga berang dengan dua gol Arsenal, yang terhasil selepas Erling Haaland meletakkan pasukan tuan rumah di depan. Riccardo Calafiori menyamakan kedudukan dengan satu gol indah, walaupun Kyle Walker mendakwa dia tidak diberi masa untuk kembali ke posisinya selepas dipanggil oleh Oliver, sebelum Gabriel kemudiannya meletakkan Arsenal di hadapan dengan menanduk bola yang dihantar daripada sepakan sudut.
“Hanya ada satu pasukan yang datang untuk bermain bola sepak,” kata Silva.
🔵⚠️ Bernardo Silva on difference between Arsenal and Liverpool games: “Well, perhaps because Liverpool has already won the Premier League and Arsenal hasn’t”.
“Liverpool at that time had also won a UCL, while Arsenal hasn’t”.
“Liverpool always faced us head-on, to win matches.… pic.twitter.com/HvaDgJTSkG
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 22, 2024
“Malangnya, yang lain [Arsenal] datang untuk bermain mengikut had yang boleh dilakukan dan dibenarkan oleh pengadil. Kami tidak gembira kerana kami mahukan tiga mata, tetapi secara peribadi saya gembira dengan cara kami bermain dan menghadapi perlawanan. Saya gembira kami sentiasa memasuki padang untuk cuba memenangi setiap perlawanan.”
Dia menambah: “Kami dibolosi gol selepas pengadil memanggil kapten kami dan kemudian tidak membenarkan dia masuk semula ke kedudukannya. Gol kedua sudah menjadi blok biasa mereka kepada penjaga kami dibenarkan oleh pengadil. Dan kemudian pengadil membenarkan beberapa siri insiden membuang masa daripada mereka,
“Perkara yang paling mengganggu saya ialah mengadakan banyak pertemuan dengan FA pada awal setiap musim. Mereka memberitahu kami bahawa mereka akan mengawal situasi seperti ini dan akan menghalang mereka [daripada membuang masa], tetapi pada akhirnya ia tidak ada makna apa apa. Mereka berkata banyak tetapi tiada apa yang berlaku.”