Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24.

Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari sekali lagi. Silva yang menjadi subjek kecaman segelintir pihak kerana penalti teruknya pada aksi penentuan penalti berdepan Real Madrid sebelum ini, kali ini tampil sebagai wira pasukannya.

Man City yang hanya beberapa hari lalu disingkirkan oleh Real Madrid di suku akhir UCL, kini berjaya melayakkan diri ke pentas final Piala FA sekali lagi.

Skuad Pep Guardiola benar benar dominan dari segi penguasaan bola. Namun Chelsea sebenarnya berjaya mengimbangi jumlah ancaman yang dilakukan.

Nicholas Jackson memiliki beberapa peluang terbaik untuk mencetak gol namun dia gagal melakukannya kerana penyudah yang tumpul.

Man City sudah tentunya tidak akan memenangi treble pada musim ini. Namun mereka boleh menamatkan musim ini sebagai juara berganda atau juara double, Piala Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Skuad Mauricio Pochettino yang beberapa bulan lalu tewas di pentas final Piala Liga, kini gagal untuk mara ke final Piala FA.

Ianya boleh digunakan sebagai laluan mereka ke UEL musim hadapan. Di atas carta liga Chelsea masih berpeluang ke pentas UEL atau UECL musim hadapan. Tetapi ia menuntut aksi lebih konsisten mereka di atas padang.

Chelsea pasti berharap mereka akan bermain dalam sekurang kurangnya UECL musim hadapan. Hal ini kerana, tiada kejohanan eropah akan membuatkan mereka kehilangan banyak wang daripada bonus pertandingan atau tajaan penyiaran.

Baca yang lain