Berpegang Pada Prinsip, Khabib Tolak Tajaan Syarikat Judi Walaupun Terlepas Ratusan Ribu Dollar Tajaan

Hall of Famer UFC Khabib Nurmagomedov telah mendedahkan bahawa dia tidak akan sekali-kali mempromosi atau menerima penaja pertaruhan di Eagle FC, sambil menyamakan bahawa perbuatan judi sebagai ketagihan dadah dalam sukan.

Dalam temu bual di acara Eagle FC baru-baru ini, Nurmagomedov mengakui bahawa dia mempunyai banyak penaja yang lebih baik untuk bekerjasama. Dia pada masa yang sama mendakwa bahawa perjudian adalah serupa dengan ketagihan dadah dan tidak akan menjadi sebahagian daripada organisasinya.

Khabib menjelaskan bahawa ketika ini dia tidak menerima tajaan daripada syarikat judi dan arak / akohol. Sambil memberikan perbandingan, walaupun judi dan alkohol sama sama memudaratkan namun baginya, ketagih judi adalah lebih teruk daripada ketagihan alkohol.

Bekas juara dunia UFC itu berkata:

“Kami mempunyai banyak penaja yang baik yang kami bekerjasama dan mengadakan acara. Kami tidak memerlukan pembuat pertaruhan [bookmaker].”

“Saya percaya bahawa perjudian adalah lebih berbahaya daripada alkohol. Saya fikir adalah lebih buruk untuk mengiklankan perjudian lebih daripada alkohol. Pembuat pertaruhan merosakkan seluruh keluarga.”

Nurmagomedov menambah bahawa fokus utama mereka adalah untuk mempromosikan sukan itu dan bukan membuat pertaruhan. Dia menegaskan bahawa dia tidak mahu minda anak muda ketagihan dengan perjudian. Buat masa ini wang masih tidak menjadi masalah di Eagle FC. Lebih penting Khabib tak nak menjadikan EFC sebagai tempat orang mengetahui tentang sesuatu jenama perjudian.

Beliau berkata: “Berapa ramai anak muda pergi ke laman web perjudian dan kekal di sana, dan ketagihan?”

“Satu keluarga rosak disebabkannya, kerana kamu pun tahu betapa kuatnya ketagihan judi, ianya sama seperti ketagihan dadah.”

“Saya akan buat benda yang sama sahaja, misalnya saya letakkan iklan dadah di sini. Berjudi dengan dadah, pada pendapat saya, kedua duanya sama taraf.”

Ditanya sama ada dia pernah terfikir bahawa, dia telah terlepas sejumlah wang yang banyak sehingga ratusan ribu dollar kerana prinsipnya ke atas judi?

Khabib menjawab: “Sebenarnya, mereka [syarikat judi] membayar wang yang sangat besar. Ada promosi [acara pertarungan] yang mengambil duit mereka. Pembuat pertaruhan ini akan menjadi penaja utama mereka. Dan mereka tak perlukan benda lain.”

“Kita sedang menuju ke arah itu [menerima tawaran daripada pelbagai penaja]. Kita memberikan perhatian ke atas jenis produk yang kita tawarkan kepada audien. Satu satunya perkara yang kita promosikan adalah sukan.”

“Saya tak nak orang menonton acara kita dan melihat iklan alkohol dan judi. Perkara seperti ini penting bagi saya. Saya tak mahu orang mendapat tahu tentang sesuatu syarikat pertaruhan daripada menonton Eagle FC. Kemudian pergi ke laman web mereka dan menambahkan ketagihan. Ini sangat penting.”

Tonton Khabib Nurmagomedov bercakap tentang ketagihan perjudian di bawah:

Bekas petarung UFC Rusia itu ialah pengasas dan penganjur Eagle FC. Setahun selepas dia membeli Gorilla Fighting Championships pada 2019, dia menjenamakan semula promosi itu kepada Eagle FC selepas mengumumkan persaraannya. Sejak itu dia lebih aktif dengan organisasi itu.

Sebelum ini Khabib turut menyatakan bahawa dia tidak akan membawa budaya gadis ring ke dalam Eagle FC kerana ianya jawatan yang sia sia.

Khabib merasakan sesuatu harus dilakukan dalam mengubah tradisi dalam pertandingan MMA di seluruh dunia. Kenapa mesti ada ring girl?

Tetapi sudah pastinya pendapat itu akan mengundang reaksi berbeza daripada netizen di seluruh dunia. Ada yang menerima pandangan tersebut ada yang mengecam balik kerana menurut mereka itu adalah satu pekerjaan dan gadis gadis ini sendiri yang dengan gembira dan rela melakukannya.

Sebelum ini tular satu video menunjukkan ring girl yang mahu bergambar dengannya, Khabib meminta dia untuk menutup badannya dengan baju lebih sopan.

“Lihat, saya tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa. Gadis ring adalah orang yang paling tidak berguna dalam sukan seni mempertahankan diri,” kata Khabib dalam sidang media Eagle Fighting Championship baru-baru ini.

“Apa fungsi mereka? Sedangkan kamu dapat menunjukkan bahawa ini adalah pusingan kedua di skrin.”

“Adakah mereka mengembangkan sukan ini? Atau mereka membantu orang untuk melihat bahawa ini adalah pusingan kedua sekarang? Apa yang mereka buat? Tolong beritahu saya.”

“Saya sedar bahawa itu adalah sebahagian daripada sejarah tradisi. Namun dari sejarah juga kita belajar tentang kesilapan. Kita membaca sejarah untuk mengelakkan kesilapan masa lalu pada masa depan. Sekiranya kita melihat dalam sejarah, ia mengatakan bahawa mereka adalag tidak ada fungsi pun. Itu adalah pendapat peribadi saya. ”

Khabib berkongsi pengalaman menonton pertarungan langsung dengan ayahnya, dan bagaimana kehadiran gadis ring yang seksi ini membuatnya “tidak selesa.” Untuk itu, dia mahukan “elemen pertunjukan” seperti itu dipisahkan dari sukan tempur.

“Wanita (wanita) ini lalu di dalam gelanggang dan menunjukkan kepada orang bahawa ini adalah pusingan kedua. Tetapi tidak ada pung yang melihat (kad yang mereka bawa). Saya merasa tidak selesa dengan ayah saya,”  tambah beliau lagi.

Seterusnya, Khabib menegaskan dia tidaklah menentang tradisi itu, dan kalau boleh, masa dia bertarung, dia tak mahu gadis gadis itu lalu di dalam gelanggang melewatinya.

“Saya tidak menentangnya. Tetapi jika anda ingin melakukannya, jangan paksa dia lalu depan saya [dalam ring], berjalanlah ke sudut yang lain. Dekat tempat yang ditetapkan untuknya.

“Saya rasa kita tidak boleh mencampurkan semuanya. Ini adalah pendapat peribadi saya. Kita mengembangkan sukan ini, itu yang pertama sekali. Pasti ada beberapa elemen pertunjukan yang kita perlukan. Orang mahu datang dan menonton, ini menarik bagi mereka. (Tetapi) saya rasa adalah tidak betul untuk mencampurkannya. ”

“Ada orang yang datang untuk melihat (wanita) ini, maka maaf untuk anda, ianya tak ada dalam EFC. Anda boleh abaikan acara ini jika mahu melihat gadis ring,” katanya sambil berseloroh namun serius.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di