Sebelum ini Todd Boehly telah membuat aduan serta laporan kepada UEFA dan Premier League tentang hasil audit dalaman mereka sebaik sahaja konsortium yang diketuainya berjaya mendapatkan hak pemilikan Chelsea.
Di mana mereka mendapati bahawa ada keraguan tentang pengurusan kewanan pada era Roman Abramovich. Dan ianya membuatkan Premier League segera melancarkan siasatan ke atas kelab itu.
Roman Abramovich menjual Chelsea kepada Todd Boehly dengan meletakkan beberapa syarat khas termasuk klausa ‘Anti Glazer’ yang melarang Todd Boehly melonggokkan hutang pinjaman bank untuk wang yang dia gunakan membeli Chelsea atas akaun kelab itu.
Seterusnya, Todd Boehly diminta untuk membangunkan akademi dan membangunkan semula Stamford Bridge.
Selain itu Todd Boehly harus berjanji bahawa dia akan menyediakan dana untuk membeli pemain baharu sebaik sahaja menjadi pemilik, kerana pada masa itu Chelsea kehilangan beberapa pemain secara percuma serta gagal mendapatkan pemain baharu akibat sekatan dikenakan oleh Premier League dan kerajaan Inggeris.
Sebaik sahaja berjaya memiliki Chelsea, Todd Boehly terus menyiasat tentang corak pengurusan kewangan Abramovich. Dan dia mendapati ada keraguan lalu melaporkan kelab miliknya sendiri itu kepada Premier League dan UEFA.
Kini Chelsea disyaki terlibat dalam pelanggaran kewangan yang serius pada era Roman Abramovich dan berisiko untuk dihukum termasuk pemotongan mata.
Roman Abramovich disyaki telah menyuntik dana yang besar ke dalam akaun syarikat perkapalan dan kemudian menyalurkan dana itu ke dalam akaun rasmi kelab Chelsea.
Wang itu digunakan untuk membeli beberapa pemain yang mereka mahukan pada era tersebut dan memenangi beberapa trofi.
Sky Sports dan The Times melaporkan bahawa Premier League benar benar serius sedang menyiasat Chelsea dalam perkara tersebut.
🔴 Premier League investigators are scrutinising Chelsea payments to offshore companies during the Roman Abramovich era https://t.co/Kex5BYbJM4
— Telegraph Breaking News (@TelegraphNews) August 9, 2023
Dalam laporan muktahirnya, Sky Sports semalam menyatakan: “Premier League sedang melakukan siasatan ke atas Chelsea – di atas kemungkinan ada melakukan salah laku pelanggaran peraturan kewangan [FFP] pada era pemilikan Roman Abramovich.”
“Pemilik baru Chelsea melaporkan kelab miliknya sendiri kepada UEFA dan Premier League [selepas mengesyaki ada keraguan] sebaik sahaja mereka mengambil alih pemilikan Chelsea sebelum ini.”
“Jika didapati bersalah, kesalahan itu membuatkan mereka bakal dikenakan tindakan termasuk pemotongan 5 mata dalam Liga Perdana Inggeris.”
“Pada 28 Julai, UEFA mendenda Chelsea €8 juta atas kesalahan laporan kewangan yang tidak lengkap pada 2012 dan 2019.”
🚨 BREAKING 🚨
The Premier League are investigating Chelsea for potential financial rule breaches during Roman Abramovich’s ownership of the club.
Chelsea’s new owners reported their own club to UEFA and the Premier League after their takeover last summer. pic.twitter.com/ufHVjS83r8
— Football Daily (@footballdaily) August 8, 2023
Para era Todd Boehly, Chelsea gagah berbelanja namun tidak melanggar FFP kerana gaya perbelanjaan mereka yang menggunakan sistem pemberian kontrak sangat panjang dan membayar secara ansuran.
Ada pemain diberikan kontrak sehingga 8.5 tahun. Membuatkan UEFA kemudian mahu merombak sistem pemberian kontrak itu agar tidak terlalu lama selepas ini.