Betul Ke Barca Kena Bayar £4.5 Juta Kepada Liverpool Jika Bayern Juara UCL Kerana Coutinho?

Telah berlegar cerita bahawa Barcelona akan perlu membayar Liverpool add ons £4.5 juta jika Bayern Munich juara Liga Juara Eropah musim ini?

Ini kerana Coutinho bermain untuk Bayern. Dan difahamkan bonus itu adalah terkandung dalam kontrak Coutinho. Jika beliau menjuarai UCL dalam pengal pertama kontraknya bersama Barca, maka kelab Catalan itu akan membayar tambahan £4.5 juta lagi.

Persoalannya sekarang, biasanya kontrak seperti itu diselit melibatkan kejuaraan pemain dan kelab pemilik / parents club.

Jadi, dalam hal ini adakah logik untuk Barcelona membayar £4.5 juta kepada Liverpool hanya kerana Coutinho juara UCL bersama Bayern?

Jawapannya: Memang tak logik!

Namun untuk Bartomeu pula, segalanya menjadi tidak mustahil dan serba logik.

Ini kerana Bartomeu tidak memasukkan klausa yang melibatkan kelab dan pemain secara spesifik.

Barca melakukan kesilapan dalam klausa tergantung

Sepatutnya beliau memasukkan Coutinho juara UCL bersama Barca. Jadi ada loophole di dalam kontrak itu.

Sama seperti United memasukkan klausa pelik Martial menang Ballon d’Or ketika bermain di United pada penggal pertama.

TalkSports mengesahkan klausa itu memang wujud dan Barca memang kena bayar £4.5 juta untuk Liverpool jika Bayern juara.

Kau bayangkan perasaan Barca terpaksa membayar wang untuk perkara yang tidak membawa manfaat kepada mereka.

Lebih memburukkan keadaan, Bayern Munich enggan membayar £132 juta yang mereka minta untuk perjanjian tetap selepas meminjam Coutinho dengan bayaran £8.5 juta.

Tidak terhenti di situ, pada malam suku akhir UCL musim ini, Coutinho masuk dalam 15 minit terakhir dan menyumbang secara langsung kepada 3 gol Bayer untuk memberikan kekalahan 8-2 kepada Barca.

Ketidakcekapan Bartomeu terus terserlah

Bartomeu sekali lagi menjadi sasaran penyokong Barca. Dan terbaru bekas presiden Barca Joan Laporta menuduh lembaga pengarah yang dikepalai Bartomeu sebagai pengecut dan tak berdaya saing.

“Selepas kekalahan menyakitkan ini, kenyataan Bartomeu adalah bacul dan tak cekap. Tahap ketidakbolehan bersaing beliau dan lembaga pengarahnya membuatkan mereka tidak layak membuat sebarang keputusan untuk masa depan Barca.”

Namun Bartomeu sudah menegaskan beliau tak akan berundur.

Gianluca Di Marzio sebaliknya melaporkan Bartomeu kini sedang menyenaraikan beberapa nama pegawai untuk dipecat dalam mesyuarat tergempar dalam masa terdekat.

Ini termasuk Pengarah Sukan, Eric Abidal dan juga pengurus pasukan Quique Setien.

Koresponden Fabrizio Romano sebelum ini menyatakan BOD Barcelona sudah memutuskan untuk memecat Quique Setien.

Pemain senior Barcelona, Gerard Pique menggesa agar revolusi segera dilakukan di Barcelona.

“Perlawanan yang teruk, perasaan yang teruk, malu yang teramat sangat.”

“Ianya sangat sukar diterima, namun berharap untuk menjurus kepada sesuatu.”

“Kita semua perlu memberikan respon. Kelab harus membuat perubahan, saya tak cakap pasal menukar pemain atau coach, tetapi kelab harus melakukan perubahan total.”

Bercakap kepada wartawan selepas kekalahan 2-8 di tangan Bayern, Bartomeu bersetuju dengan Gerard Piqu, bahawa perubahan drastik harus dibuat.

“Ya, Pique betul. Kita tak berada di standard sepatutnya.”

Bartomeu turut meminta maaf kepada semua ahli kelab, para penyokong dan the Culers, kerana menurut beliau, ini bukanlah Barcelona yang mereka letakkan kepercayaan.

“Ini adalah malapetaka buat kita, dan kini kita harus membuat beberapa keputusan. Dan ada beberapa keputusan memang sudah kami buat, cuma menunggu untuk diumumkan dalam beberapa hari ini,” tambah beliau lagi.

Bartomeu berjanji bahawa segala tindakannya adalah untuk memastikan Barcelona menjadi lebih baik.

Baca yang lain