Marca dan SPORT melaporkan bahawa Lionel Messi telah memutuskan untuk meninggalkan Barcelona.
Messi ataupun La Pulga telah menghantar faks yang menyatakan hasratnya untuk pergi secara percuma.
Keputusan ini merujuk kepada klausa dalam kontrak Messi yang boleh dia boleh tinggalkan pada bila-bila masa secara percuma selepas dia berusia 32 tahun.
Dengan syarat, musim berakhir dan dia menyatakan kepada kelab bahawa dia ingin mengaktifkan klausa tersebut.
Barca masih bertegas bahawa mereka akan kekal dengan pendirian bahawa klausa itu hanya terpakai pada Jun dan selepas Jun mereka meminta klausa pelepasan €700 juta harus dibayar.
Messi sudah melantik peguam untuk memastikan beliau dapat menggunakan klausa pergi percuma itu. Ini sejajar dengan musim liga yang dilanjutkan pada musim ini dan bukannya berakhir pada Jun seperti biasa.
Messi bertemu dengan Koeman sebelum ini dan memberitahu jurulatih Belanda bahawa dia lebih melihat masa depannya keluar dari Barcelona berbanding dengan terus kekal.
Berita ini telah dibocorkan melalui RAC1. Lionel Messi dilaporkan marah kerana hasil pertemuannya dengan Koeman bocor.
Sebuah outlet majalah sukan, Ole (bukan Ole pengurus Man United tu ye) telah melaporkan bahawa Messi koyak dengan satu kenyataan daripada Ronald Koeman di dalam pertemuan itum
Koeman dikatakan telah memberitahu Messi bahawa tiada layanan istimewa lagi untuk Messi selepas ini walaupun dia superstar.
Menurut Ole, Koema berjakat
“Keistimewaan kamu dalam skuad telah berakhir. Saya tidak fleksibel, anda harus memikirkan pasukan,”
Koeman apparently told Messi that the "privileges were over." For Messi that was too much, leading to his decision to leave.
Reactions: https://t.co/vV17v996Vd pic.twitter.com/inPepT5Q9n
— AS English (@English_AS) August 25, 2020
Kehadiran Ronald Koeman tidak disenangi oleh calon Presiden Barcelona, Victor Font. Dia mengatakan dia akan menendang bekas jurulatih pasukan kebangsaan Belanda itu jika dia terpilih sebagai presidedn – walaupun Barca dapat memenangi treble di bawah naungannya.
“Sekiranya saya menjadi presiden, Koeman tidak akan menjadi jurulatih,” kata Font ketika bercakap dengan Cadena SER beberapa hari lalu.
“Koeman adalah legenda Barcelona. Kami harus berterima kasih banyak atas kerumitan yang ada di kelab saat ini, dan di ruang ganti, dan keputusan yang harus dibuat, dia telah menerima cabaran ini.”
Namun peminat Barcelona mulai menghidu permainan outlet Ole tersebut yang dilabel mereka mungkin sebahagian daripada PR yang dilantik Bartomeu untuk mengada adakan agenda menentang Messi dan menjadikan Ronald Koeman sebagai kambing hitam.
Mereka juga menyatakan mustahil untuk Koeman menyatakan sesuatu seperti itu kepada pemain yang dia kagumi. Dan sebelum ini Koeman terang terang menyatakan bahawa beliau mahu menjadikan Messi sebagai tunjang kepada projek baharunya.
Penyokong Barcelona kemudian menyatakan, masalah utama di Barcelona adalah Bartomeu yang suka memutar belitkan keadaan.
Para penyokong sudah tahu Messi sudah lama tidak suka dengan apa yang sedang berlaku di Barcelona dalam beberapa musim kebelakangan ini kerana sikap pengurusan tertinggi.
Pundit bola sepak, Gary Lineker menyatakan bahawa beliau kalau boleh mahu Barcelona dan Lionel Messi berpisah dengan cara terbaik.
Ini kerana Messi telah banyak berjasa kepada Barca dan sudah menunjukkan kesetiaannya selama ini.
If Messi is to leave @FCBarcelona by activating a release clause, then I hope the club try to help, not hinder him. He’s been fiercely loyal and their greatest ever player. It would be terribly sad if it finished with a fight between the player and the club.
— Gary Lineker (@GaryLineker) August 25, 2020