Nama Gary merupakan salah satu nama yang paling popular di UK satu ketika dahulu dan juga di Amerika Syarikat apa kurangnya.
Antara Gary di UK yang kita kenal adalah Gary Neville. Kalau kat Malaysia korang kenal la kan, Gary Steven Robat.
Paling tak pun korang kena siput peliharaan Spongebob yang bernama Gary.
Trend membimbangkan: Gary bakal pupus 2050
Namun berlaku satu trend yang membimbangkan di Britain apabila satu laporan pada 2015 menyatakan bahawa, lelaki terakhir yang bernama Gary di Britain lahir pada 1992.
Selepas itu, Daily Mash melaporkan bahawa tiada ibu bapa yang menamakan anak mereka Gary.
RIP Gary(s)
1834 – 2050 🪦 pic.twitter.com/SFgvXEkc3F
— ً (@Xierdan) November 23, 2021
Daily Mash meramalkan bahawa, nama Gary akan semakin pupus jika tidak ada kesedaran di dalam kalangan ibu bapa di Britain untuk membantu membangkitkan semula trend nama Gary.
Laporan yang sama menyebut, kemungkinan tiada lagi lelaki bernama Gary tinggal di Britain pada 2050 kelak. Harap Gary yang lahir pada 1992 itu berjaya membuatkan ramalan itu silap dengan hidup lebih lama daripada 2050.
Laporan disangkal
Tetapi laporan oleh Coventry Live menyatakan bahawa pada 2014, berlaku sedikit usaha yang memberangsangkan di kalangan ibu bapa di Britain apabila 33 orang bayi diberikan nama Gary lahir pada tahun tersebut.
Dan tahun sebelumnya ada 28 orang bayi bernama Gary dilahirkan sebagai warganegara UK.
Jadi laporan yang menyatakan bahawa nama Gary akan terhapus daripada daftar nama di UK pada 2050 adalah silap. Seolah olah mereka menganggap Gary yang lahir 1992 itu cuma boleh hidup 58 tahun je.
Laporan tersebut dianggap tidak berasas sama sekali.
We were duped by the Gary story lol 😂 http://t.co/I5cDIccVQ5
— R1 Breakfast with Nick Grimshaw 2012-2018 (@R1Breakfast) March 10, 2015
Tetap merisaukan
Walaupun laporan tersebut dianggap tidak berasas, namun ianya tidak menolak fakta bahawa memang nama Gary semakin berkurangan.
Jadi apa yang berlaku ketika ini langsung tidak menjamin legasi nama Gary di UK.
Sebagai rekod, nama tersebut pernah menjadi nama ke-16 paling banyak digunakan di UK pada 1964. Itu adalah kemuncak prestasi nama Gary.
Pada 2013 pula hanya 28 orang bayi di Britain diberikan nama Gary berbanding 235 orang Gary lahir pada 1996.
Berlaku trend penurunan yang mendadak pada graf.
Nama Gary dikatakan berasa daripada nama Jerman yang merujuk kepada ‘mata panah’. Pada 1951, nama Gary merupakan nama ke-10 paling popular di Amerika Syarikat.
Tetapi pada 2013, kurang 450 orang lelaki bernama Gary.
Malah di UK terdapat usaha daripada jururawat untuk menggalakan ibu menamakan anak mereka Gary.
Ini kerana mereka tidak mahu nama Gary akan terus pupus seperti nama nama Alan dan Ken di UK.
Sejak 1996, naman Gary menurun ranking daripada 147 paling popular di dunia pada satu ketika dahulu ke kedudukan 1,001. Lebih mengejutkan pada 2013, terdapat 71 anak lelaki diberikan nama Tommy Lee di UK berbanding hanya 28 orang bernama Gary untuk tahun yang sama di tempat yang sama.
Selain daripada nama Gary, berikut merupakan nama lain yang menunjukkan penurunan teruk pada populariti nama tersebut dan kian pupus di UK. Nama nama tersebut ialah Annett, Norman, Elaine, Linda, Susan, Ronald, Carol, Janet, Nigel, Donna, Barry dan Debbie.
Jadi kepada korang yang ada kawan bernama Gary macam saya ni, anggaplah kawan korang tu barang rare sobak. Susah nak dapat.
Kalau korang yang masih tak ada kawan nama Gary, boleh follow Gary Hardin Lugard buat dijadikan sahabat. Gary jugak tu, baik orangnya dan pandai mengulas bola.
Semoga Gary di seluruh dunia sihat sihat hendaknya.