Bezza Facelift Yang Dilengkapi Sistem Keselamatan Lebih Baik Bermula RM34,580

Perodua telah mengeluarkan Perodua Bezza versi baharu / fascelift untuk tahun 2020. Permintaan untuk kereta tersebut amat menggalakkan di mana sudah 184,000 unit terjual.

Dan kini mereka mensasarka 5,600 unit akan terjual pada akhir Januari 2020.

https://twitter.com/OurCarZone1/status/1214864934351364096

Namun apa yang korang akan dapat daripada Bezza facelift ini?

Perodua Bezza yang baru ini ada Advanced Safety Assist (ASA) 2.0. Ia dilengkapi dengan teknologi pengesan pejalan kaki / Pedestrian Detection sehingga 50 kmj.

Seterusnya ada Pre-Collision Warning, sehingga 80kmj, serta, Front Departure Alert dan juga Pedal Misoperation Control.

Ini menjadikan Bezza kini sebagai sedan mampu milik yang memiliki sistem keselamatan yang sangat baik.

Ianya dipacu ejin 1.3 liter dengan kawalan stabiliti dan juga ABS/EBD. Ada dua beg udara dibekalkan.

Bumper depan dia ada menempatkan fog light tetapi tiada DRL. Ia juga menggunakan lampu LED untuk headlight.

Di bahagian belakang pun, bumper dia ada sedikit perubahan berbanding dengan model sebelum ini.

Untuk kemasan dalaman, ada sedikit upgrade termasuk dashbord yang direka semula untuk nampak lebih segar dan ada aura baru dia.

Sistem hiburan yang ada adalah menggunkandouble-DIN touchscreen dengan adanya unit kamera ketika mengundur.

Untuk yang inginkan push start button dan sensor parkir tu, korang boleh rembat model Advance. Begitu juga dengan tempat duduk disaluti kulit, juga terdapat untuk model AV.

Versi ini adalah 5 speed untuk manual dan 4 speed untuk Auto.

Pricing untuk Bezza dengan 5 tahun /150,000km warranty:

Bezza 1.0G Manual – RM34,580

Bezza 1.0G Auto – RM36,580

Bezza 1.3X Auto – RM43,980

Bezza 1.3AV Auto –RM49,980

Beberapa gambar daripada Behind The Wheel:

Amacam? On?

 

Sumber/rujukan: Behind The Wheel

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di