Bhaskaran Sathianathan Pakar Guna Import ‘Recycle’

Pemain import recycle dalam definasi bola sepak di Malaysia merupakan pemain yang pernah bermain dalam pasukan disini diambil oleh salah satu pasukan lain. Dalam karier kejurulatihan B.Sathianthan, jurulatih ini terkenal dengan menggunakan pemain import recycle.

Sathianathan mula mencipta nama dengan pasukan Kelantan, dari seorang pelatih Malaysia yang sebelum itu sebagai interim kelab MPPJ ketika Liga M dimeriahi dengan banyak kelab selepas distuktur semula pada pertengahan 10an tahun 2000.

Ketika beliau bersama Kelantan, Liga M menyaksikan tidak membenarkan penggunaan pemain import sehinggalah musim 2012. Pada ketika itu jurulatih ini menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). ATM agak bercita-cita besar selepas kembali ke Liga Perdana dan cuba mengintai peluang mara ke Liga Super.

Membawa masuk B.Sathianathan bersama sederet pemain bernama besar seperti Aidil Zafuan, Zaquan Adha, K.Rueben dan Fitri Omar. Pada musim ini Liga M kembali menggunakan 2 kuota pemain import. Bekas pelatih Malaysia ini membawa masuk 2 pemain import recycle yang sudah mencipta nama di pentas domestik.

Bruno Martelotto dan Marlon Alex James

Bruno Martelotto dan Marlon Alex James mencipta nama bersama 2 kelab berpengkalan di Selangor iaitu MPPJ dan MK Land pada musim 2004-2005. Martelotto membantu MPPJ menjuarai Liga Perdana dan Alex James menjadi penjaring ke-3 terbaik liga ke-2 ini.

Persaingan kumpulan B Liga Perdana menyaksikan persaingan diantara MPPJ dan MK Land dan akhirnya dimenangi oleh MPPJ. Pasukan ini juga menjuarai Piala Malaysia hasil 2 gol minit akhir untuk menewaskan Selangor 3-2, Martelotto menjaringkan gol penyamaan 4 minit sebelum tamat permainan sebelum Sasa Brenezak menjaringkan gol kemenangan seminit sebelum tamat permainan.

Sementara itu Alez James menjaringkan 19 gol di Liga Perdana untuk berada dibelakang Marcelo Padhila Roca (23) dan Brian Fuentes (25). Selepas itu Martelotto kembali ke Argentina sementara Alex James mencipta kegemilangan bersama Kedah dengan Double Treble pada musim 2007 dan 2008.

Sathianatahan membawa masuk 2 pemain ini ketika musim pertama beliau di ATM. ATM berjaya menjuarai Liga Perdana selepas bersaing kuat dengan Pahang. ATM juga berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum tumbang kepada bekas pasukannya Kelantan 2-3.

Martelotto dan Alex James menjadi 2 pemain import recycle pertama Sathianathan dan kekal selama 3 dan 2 musim sebelum ATM perlahanan-lahan menjadi lemah ketika JDT mula menguasai saingan domestik.

Sebelum Sathianathan meninggalkan ATM sekitar Februari pada musim 2015, sebelum itu beliau sempat membawa masuk Juan Manuel Arostegui bekas bintang MPPJ bersama Martelotto dan Obina Nwaneri pertahanan era kegemilangan Kelantan.

Thiago Agusto Fernandes dan Thiago Junio

Kejayaan Felda Utd meraih tempat ke-3 Liga Super dan mencapai peringkat separuh akhir pada musim 2017 banyak dibantu dengan 18 jaringan dari 18 penampilan Thiago. Pemain ini dibawa pada pertengahan musim tetapi dia sudah tidak asing lagi kerana sudah membuktikan kemampuannya bersama pasukan ini dibawah kendalian Irfan Bakti pada 2015 dan 2016 sebelum ke Liga Perdana Bahrain.

Malahan pemain ini juga cemerlang bersama Kedah selepas dipinjamkan dari Felda Utd dalam saingan Piala Malaysia 2016. 22 jaringan dalam 38 penampilannya membuatkan Sathianathan berminat membawa beliau kembali dan ianya berhasil apabila berjaya mencatat purata 1 perlawanan 1 jaringan.

Sebelum itu pengendali ini tidak gembira dengan barisan pemain import yang diambil oleh Felda Utd. Beliau menyingkirkan Mootaz Jounaidi, Lucas Cano dan Gaston Cellerino bagi membawa masuk pemain import re(cycle nya iaitu Thiago dan Ifedayo Olusegun.

Bergandingan bersama Thiago, Olusegun juga berjaya mencatat ratio jaringan baik dengan 9 gol dalam 18 perlawanan. Duo pilihan Sathianathan ini jauh lebih baik berbanding Cano dan Cellerino.

Tidak hanya Thiago Fernando, Sathianathan juga membawa masuk seorang lagi pemain import yang sudah proven di kancah Malaysia iaitu pertahanan tengah tengah Perak Thiago Junio. Walaupun Perak tidak mencatat sebarang kejayaan gemilang selama 2 musim beliau disana, namanya menjadi salah satu pemain asing terbaik. Pernah dipilih menyertai skuad Malaysia All Star.

Thiago hanya semusim bersama Felda Utd sebelum Sathianathan tidak berminat lagi dengan pasukan ini walaupun berjaya meraih kejuaraan Liga Perdana selepas diturunkan divisyen selepas kelab mengalami masalah teknikal. Felda Utd pada ketika itu mengumumkan akan menurunkan bajet pasukan sehingga 60% pada musim seterusnya.

Ifedayo Olusegun dan Sandro da Silva

Seperti mengulangi situasi Sathianathan tiba di Felda pada 2017, ketibaannya di Selangor juga sedemikian. Beliau hadir selepas pasukan sudah mendapatkan pemain import. Jurulatih ini tidak gembira dengan prestasi dan kemampuan Antonio German. Pemain ini dilepaskan sebelum jendela perpindahan ditutup selepas hanya bermain 3 kali.

Bekas bintang Kedah dibawa masuk. Sandro sebelum ini telah terbukti dan berjaya di kedah, sekurang-kurangnya 3 musim yang menyaksikan kebangkitan pasukan ini kembali ke kancah persaingan utama. Pemain kelahiran Brazil ini sudah bermain hampir 100 perlawanan dan telah menjaringkan sekitar 50 gol sebelum bekerjasama dengan Sathianathan.

Kecederaan penjaring lebih 30 gol musim 2018 Rufino Segovia meninggalkan ruang kekosongan pemain. Sathianathan pantas me recylcle kan kembali pemain yang pernah digunakannya Olusegun pada jendela pertengahan musim.

Sekali lagi ianya berhasil apabila Olusegun berjaya mencatat 12 jaringan dalam hanya 10 perlawanan Liga Super bersama Selangor. Pemain ini berjaya menambah 5 jaringan lagi dari 10 perlawanan saingan Piala Malaysia yang menyaksikan Selangor tewas di tangan JDT di peringkat separuh akhir.

Sathianathan pakar dengan pemain import recycle

Pada musim hadapan Selangor telah mengumumkan 3 pemain import 2019 akan kekal dan Seguvia akan kembali menyarung jersi pasukan ini. Sudah pasti ini merupakan pilihan Sathianathan dan jelas sepanjang kariernya jurulatih ini senang dengan pemain yang sudah terbukti dalam kancah doimestik.

Sekurang-kurangnya 6 pemain import yang sudah terbukti itu agak berjaya di bawah kendaliannya. Zah Rahan Krangar, Taylor Reagan, Rufino Segovia menjadi pemain yang sudah tersedia dalam pasukan sebelum ketibaannya dan berjaya memikat hatinya. Sementara itu Juan Manuel Arostegui dan Obinna Nwaneri tidak sempat menunjukan kemampuan bersamanya selepas hanya sebulan bersama.

Junaidi, Cano, Cellerino dan Antonio German menjadi pemain yang tidak memikat hatinya apabila pernah dikritik secara terbuka. Dengan kejayaan menarik oleh 6 pemain diatas Sathianathan mungkin salah seorang jurulatih yang gemar dan selesa dengan pemain yang sudah dilihat oleh ramai para penyokong bola sepak dan mempunyai kemampuan mengekalkan prestasi pemain tersebut seperti sebelumnya.

Baca yang lain