Bianca Westwood: ‘Sky Sports Cakap Muka Saya Tak Lawa Dan Senget, Padahal Ada Juga Pundit Lelaki Muka Tak Kacak ‘

Bekas pundit wanita di Sky Sports akhirnya mengecam bekas majikannya kerana menurutnya telah mengamalkan budaya seksisme.

Bianca Westwood menjadi wanita pertama yang menjadi personaliti dan juga wartawan bola sepak di Sky Sports. Kerana jawatan itu dimonopoli kaum lelaki.

Sebelum ini Bianca Westwood melepaskan jawatannya di Sky Sports dengan mesej sindiran.

“Saya meninggalkan Sky Sports, sayangnya saya tak mengumpul banyak duit untuk persaraan,” tegas Westwood yang tidak berpuas hati dengan gaji yang dibayar kepadanya terlalu kecil berbanding dengan pundit lelaki.

Dia kemudian menyertai Talk Sports. Dan terbaru dia mengecam bekas majikannya dengan mendedahkan Sky Sports telah mengutuk wajahnya sebagai senget dan tidak menepati simetri wajah wanita menarik.

Bianca berkata: “Ketika saya menghadiri sesi ujibakat, mereka memberitahu saya bahawa saya tidak memiliki wajah yang menarik. Itu berlaku beberapa tahun lalu.

“Saya tidak memiliki simetri tertentu pada wajah wanita yang mereka mahukan.

“Saya berfikir, kenapa saya harus menarik? Sedangkan ada je pundit lelaki yang tak kacak pun atau tak menarik pun.

“Dan juga saya rasa saya tidaklah hodoh sangat.

“Tetapi perkara yang menarik selepas itu, saya berjaya menduduki ‘box’ tersebut dengan wajah saya yang sama. Tidak kisahlah kening saya tak sama, satu tinggi satu rendah.”

Kemudian Bianca menyatakan, selepas dia mendapat jawatan itu ramai yang mengecamnya. Malah ada yang menghantar mesej kepadanya bertanya, dia meniduri siapa di Sky Sports yang membuatkan dia mendapat jawatan tersebut.

Ada yang minta dia letak jawatan segera kerana dia tidak cantik.

“Saya baca semua komen di Twitter, pada masa itu saya baru lagi dalam media sosial. Dan akhirnya saya belajar bahawa, saya tidak perlu ambil peduli dengan perkara perkara sampah seperti itu,” tegas Bianca.

Ramai  yang mahukan Bianca mendedahkan nama mereka yang bersikap seksis itu.

Seterusnya netizen turut menyatakan perkara itu berlaku juga dalam bidang perkejaan lain termasuk di bar dan sebagainya. Di mana pemilik kedai mahu memilih wanita yang cantik untuk bekerja.

Namun ada juga yang berkata: “Ironinya, dia anggap dia terkena face shaming, pada masa yang sama menyindir lelaki yang hodoh di stesen tv.”

Baca yang lain