Biar Jasa Jadi Kenangan, Fans Rayo Vallecano Sambut Michel Sebagai Legenda

Pengurus Girona, Michel tetap diraikan sebagai wira ketika dia kembali semula ke stadium Rayo Vallecano di Vallecas.

Rayo Vallecano tewas 1-2 dalam perlawanan itu namun penyokong fanatik mereka tidak melepaskan peluang untuk memberikan sorakan khas kepada Michel.

Michel merupakan pengurus Girona yang berjaya membangkitkan pasukan itu ke kedudukan mereka sekarang. Girona kini sedang berada di tangga teratas La Liga di atas Real Madrid dan Barcelona.

Walaupun mungkin ada yang akan kata, rileks la liga tak habis lagi. Sebenarnya apa yang dilakukan Michel ini benar benar luar biasa untuk kelab kecil seperti Girona.

Mereka pasukan yang tak ada stadium sendiri – menumpang di stadium majlis perbandaran. Dan menyewa padang latihan untuk berlatih.

Girona: Pendahulu La Liga Ini Tiada Stadium Atau Padang Latihan Sendiri

Mereka kini sedang dalam projek pembangunan kompleks latihan baharu yang dijangka siap tahun depan.

Sambutan luar biasa buat Michel

Kini Michel bersama dengan Girona dan dia kembali semula ke bandar Vallecas. Dia merupakan anak jati Vallecas. Pernah bermain untuk kelab itu selama 16 tahun.

Dianggap sebagai inspirasi kepada anak anak muda Vallecas yang lain. Dia menjadi kebanggan mereka. Bukan sebab dia anak jati semata mata tetapi kerana jasanya kepada kelab itu.

Paling menarik, dia pernah menjadi pengurus Rayo Vallecano yang pernah membantu kelab itu naik ke La Liga setelah menjuarai divisyen kedua.

Pencapaian itu dikenang selama lamanya oleh pemina Rayo yang ketika itu seolah olah tak percaya, kelab yang terancam penyingkiran ke divisyen ketiga telah diselamatkan oleh Michel sehingga menjadi juara divisyen 2.

Walaupun jodoh dia tak lama selepas itu kerana dia dipecat setelah prestasi tidak menentu di liga utama, namun peminat Rayo Vallecano sudah bersumpah bahawa jasa Michel akan mereka kenang sampai mati.

Oleh sebab itu dia diraikan seperti keluarga sendiri ketika pulang semula ke Vallecas. Di mana peminat Rayo Vallecano turut mengibarkan sepanduk namanya.

Dia turut agak terkejut melihat peminat Rayo Vallencano menyanyikan namanya ketika dia mahu masuk ke bilik persalinan selepas tamat perlawanan.

Detik itu turut dikongsi oleh akaun Twitter rasmi Girona. Saksikan sendiri:

Ini baru betul biar jasa jadi kenangan ni kan..