Bidaan Ditolak Liverpool, Real Madrid Kini Mahu Dapatkan Trent Secara Percuma

Real Madrid menawarkan Liverpool  €20 juta untuk membeli Trent Alexander Arnold pada Januari ini. Memandangkan pemain itu masih ada baki kontrak 6 bulan sahaja.

Trent Alexander Arnold masih belum melanjutkan kontraknya di Anfield. Dan dia kini bebas bercakap dengan mana mana kelab untuk perpindahan percuma pada akhir musim ini.

Liverpool tidak mahu mengambil risiko melepaskan pemain itu yang menjadi nadi penting mereka musim ini. Memandangkan kelab itu pada landasan persaingan kejuaraan EPL dan UCL musim ini.

Real Madrid kini sedia untuk mendapatkan Trent Alexander Arnold secara percuma. Dan merancang untuk mengadakan rundingan rasmi dengan wakil pemain tersebut. Kerana mereka bebas untuk berunding dengan pemain itu secara terus ketika ini.

Real Madrid yakin bahawa mereka akan dapat meyakinkan pemain itu untuk menyertai mereka dan menolak lanjutan kontrak di Liverpool.

Ini bukan pertama kali Real Madrid menggunakan taktik seperti ini. Yang jelas untuk menghantar isyarat kepada seseorang pemain itu bahawa mereka benar benar berminat dengan mereka.

Dan pemain itu boleh membuat pertimbangan tentang masa depannya.

Trent Alexander Arnold sudah  dipantau Real Madrid sejak 2 musim lalu. Dia dianggap calon pengganti jangka masa panjang untuk Dani Carvajal yang semakin menuju ke fasa akhir kariernya.

Kecederaan  Carvajal membuatkan Madrid cuba untuk membawa Trent masuk lebih awal. Dan kelab Madrid itu tidak terdesak untuk mendapatkan bek kanan lain pada masa ini kerana mereka mahu mengosongkan tempat buat Trent Alexander Arnold.

Sumber Athletic mendedahkan kem Real Madrid sejak November lalu percaya bahawa Trent Alexander Arnold kini lebih cenderung untuk memilih berpindah ke Real Madrid berbanding kekal dengan Liverpool dengan kontrak baharu.

Arne Slot ketika ini kekal tenang dengan situasi melibatkan pemain antarabangsa England itu.