Bidaan Pertama (£67 juta) Man United Untuk dapatkan Sancho

Man United secara rasmi melakukan bidaan kepada Borussia Dortmund untuk mendapatkan Jadon Sancho. Sancho secara peribadi telah bersetuju dengan terma dan syarat Man United.

Man United telah membuka harga belian sebanyak £67 juta tetapi masih jauh dengan harga yang diletakkan oleh Dortmund. Dortmund mahukan sekurang-kurangnya £77 sebelum mempertimbangan untuk melepaskan Sancho.

Menurut sumber di Jerman, bidaan itu sebenarnya mengejutkan Dortmund dan menolak tawaran tersebut. Sementara itu Mirror Sport mendedahkan Dortmund meletak harga Sancho £81.5 juta.

Dortmund juga mahu Man United membayar wang pendahuluan dalam jumlah besar. Sancho kini mempunyai baki kontrak 2 tahun di Dortmund.

Jika Dortmund tidak menjualnya sekarang atau melanjutkan kontrak Sancho, harga Sancho akan turun lagi pada musim depan.

Man United bakal berpeluang letak harga lebih rendah dalam rundingan musim depan kerana ia tahun terakhirnya di sana.

Sejak musim lepas Sancho sudah bersedia untuk Man United tetapi kelab itu gagal memenuhi permintaan harga yang diminta Dortmund. Dortmund pada ketika itu mahukan £108 juta.

Dortmund sedar Man United akan terus membida lagi pada musim ini kerana pemain itu sendiri mahu berpindah dan tidak akan menandatangi kontrak baru. Harga rundingan kali ini semakin rendah.

Bagaimanapun ketua perunding Man United, Matt Jugde perlu meningkatkan tawarannya dari £67 kepada £87 untuk kembali ke meja rundingan.

1974-1980 Kekal Menjadi Era Terbaik Pasukan Malaysia, 2015-2017 Zaman Paling Gelap

Walaupun Dortmund layak ke Liga Juara Eropah dan meraih wang dalam pertandigan tersebut, kelab ini juga terkesan dengan masalah pandemik covid yang mengurangkan pendapatan kelab.

Hasil jualan Sancho akan mengimbangan masalah kewangan kelab itu.

Sancho memulakan kariernya di Man City. Man City menawarkan kontrak dengan gaji £30,000 seminggu namun menolak kerana tidak yakin dapat bermain.

Penyerang ini akhirnya berpindah ke Jerman, keputusan itu tepat kerana Sancho menjadi pemain utama di Dortmund.

Sancho mengalami kecederaan pada hujung musim ini-tersisih hampir 2 bulan. Sancho kembali pulih membantu kelab menang 7 perlawanan terakhir namun sudah terlewat untuk meletakkan pasukan berada tempat teratas.

Kekecewaan di tebus pada perlawanan akhir DFB-Pokal apabila Dortmund menewaskan RB Leipzig 4-1. Sancho menjaringan 2 gol dalam perlawanan tersebut.

Sancho telah menjaringkan 50 gol dalam 137 penampilan bersama Dortmund. Sancho juga mempunyai 19 penampilan bersama England dan mempunyai 3 gol dalam akaunnya.

Karier awal Sancho bermula di akademik Watford-pada usia 7 tahun. Dia kemudiannya dibeli oleh Man City dengan harga £66 ribu namun Watford mendapat bayaran sebanyak £500 ribu selepas pemain itu memenuhi semua klausa tambahan dalam perjanjian jual-beli.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi