Bielsa Tidak Pernah Rehat, 3 Sesi Latihan Dan Rumput Baharu Berharga £1.5 Juta

Kemenangan Leeds United ke atas Sheffield United pada hujung minggu pertama bulan April sepatutnya menjadi petunjuk untuk mereka berehat.

Leeds meraih 42 mata selepas mengharungi 30 perlawanan dan ia sudah cukup untuk mengekalkan mereka di Liga Perdana Inggeris (EPL). Marcelo Bielsa kelihatan puas dan gembira.

Ahli lembaga pengarah optimis dan bersedia membuat perancangan untuk 2 tahun kehadapan.

Seminggu kemudian Leeds bertandang ke Manchester City dan mengalahkan mereka walaupun bermain dengan 10 orang selepas Liam Cooper dilayangkan kad merah pada minit ke-45.

Bielsa meningkatkan sesi latihan dan kemenangan tersebut menjadi salah 1 dari 7 dalam 10 perlawanan terakhir kempen liga. Leeds menamatkan saingan dengan catatan sama dengan Liverpool.

Iaitu menang 7 kali, seri 2 dan kalah 1 pada 10 perlawanan terakhir. Ia merupakan catatan kutipan mata tertinggi bagi pendatang baru sejak EPL dimainkan oleh 20 pasukan.

Pada awal musim Leeds hanya meletakkan sasaran 10 kemenangan namum Bielsa menghadiahkan 18 kemenangan selepas liga berakhir. Ketika Leeds merekod kemenangan ke-11 selepas 28 perlawanan, Bielsa enggan menurunkan momentum.

Struktur bonus yang dirudingkan memberi mereka insentif baru untuk minggu-minggu terakhir liga.

Pengurus dari Argentina itu jarang bercuti di tepi pantai seperti pengurus dan pemain lain ketika musim berhenti.

Ia menunjukkan bagaimanakeras usahanya sejak dilantik menjadi mejadi pengurus pasukan itu pada tahun 2018.

Sebelum pertemuan menentang West Bromwich Albion (perlawanan terakhir, menang 3-1) pada bulan Mei Bielsa ditamya apa sasaran realistiknya di EPL dan dia menjawab ‘tidak mengharapkan sesuatu yang spesifik (khusus)’.

Dalam bahasa Bielsa, jawapan itu adalah satu cara untuk mengatakan dia tidak menetapkan sebarang had. Sebagaimana Leeds sudah terselamat untuk kekal di EPL namun terus mengekalkan momentum kemenangan.

Sejak musim berakhir hingga mahu dibuka semula Bielsa masih belum pulang ke Argentina sekurang-kurang berehat sebentar sebelum mengharungi musim baru.

Dia telah ‘berkahwin’ dengan kelab dan bersamanya sepanjang cuti musim panas. Kakitangan di Elland Road percaya Bielsa tidak pernah mengambil cuti sepanjang tempoh tersebut walaupun 1 hari.

Latihan pra musim sudah bermula dan Bielsa dan Leeds kembali ‘menekan minyak’ dengan 2 dan 3 sesi latihan sehari termasuk latihan ‘murderball’.

Ia akan membuka mata Junior Firpo, pemain yang baru menyertai Leeds dari Barcelona tentang bagaimana keras dan lelahnya latihan Bielsa.

Firpo telah dibawa masuk oleh pengarah sukan Leeds, Victor Orta dan Orta lebih suka pemain baru menerima corak latihan Bielsa.

Leeds telah melantik Carnegie School of Sport (Universiti Leeds Beckett) untuk melakukan ujian ke atas pemainnya sebelum latihan penuh bermula.

Leeds mempunyai hubungan kuat dengan Universiti tersebut dan bekerjasama dengan beberapa pemegang PhD sains sukan di sana. Pakar permakanan, Andy Jenkinson menggalas tugas itu selepas mendpat PhD di Leeds Beckett.

Kemudahan bernilai £45 juta yang terdapat disana menempatkan sebahagian besar pemain Leeds untuk mejalani analisis fizikal dan mental secara menyeluruh.

Leeds akan mengumpul maklumat itu untuk dijadikan rujukan kakitangan perubatan kelab sepanjang 12 bulan akan datang. Sebagai contoh perincian tentang sendi dan otot bagi membolehkan mereka mengukur risiko kecederaan dengan lebih tepat.

Bagi Bielsa, latihan ‘brutal’ merupakan rutin biasa pada pra musim.

Berkaitan kontrak, situasinya hampir sama dengan musim lepas. Kontrak Bielsa telah tamat pada musim lepas dan di bersetuju untuk menyambung 1 tahun lagi sebelum kelab memenuhi apa yang diinginkannya.

Komitmen Bielsa tidak boleh dipertikaikan apabila dia menghabiskan masanya di Thorp Arch menyertai sesi latihan bersama pemain B12 pada ‘hari cuti’.

Salah satu permintaannya ialah mahu kemudahan latihan yang lebih baik.

Kelab bertekad untuk menambahbaik padang Elland Road pada cuti kali ini dengan menggantikan semua saliran dan lapisan bawah padang yang menelan belanja £1.5 juta.

Kerja tersebut sepatutnya berlaku pada musim lepas namun disebabkan masalah Covid-19 kerja itu ditangguhkan dan permukaan padang menjadi semakin teruk.

Musim ini, Elland Road akan mempunyai permukaan yang berspesifikasikan hybrid sepenuhnya.

Leeds juga telah memohon agar perlawanan awalnya langsungkan di gelanggang lawan bagi memberi ruang kepada proses tersebut.

Ketika kelab sedang memperbaiki padang Elland Road dengan spesifik ‘hybrid’, Bielsa mahukan tempat latihan mereka juga mempunyai rumput yang sama.

Dengan cara itu pemain akan lebih mudah menyesuaikan diri pada perlawanan sebenar. Kelab bersetuju dengan permintaan Bielsa dan sejumlah wang diperuntukkan untuk memasang rumput yang sama di Thorp Arch.

Bielsa mahukan beberapa perubahan yang lebih estetik di sekitar kompleks latihan dan stadium namun penambahbaikan padang latihan merupakan keperluan yang paling tinggi diinginkannya.

Bagi Orta dan ahli lembaga kelab, beberapa isyarat telah diberikan tentang bagaimana cara Bielsa bekerja iaitu entiasa meminta untuk penambahbaikan dan dia sentiasa berada di pejabatnya.

Baca yang lain