Kegagalan skuad Piala Dunia Jerman di Qatar dikatakan berpunca daripada pasukan yang berpecah kepada dua kem selepas Hansi Flick didakwa menunjukkan sikap pilih kasih terhadap pemain Bayern Munich di Qatar, menurut laporan.
Walaupun menewaskan Costa Rica 4-2 dalam perlawanan terakhir Piala Dunia mereka, juara 2014 itu tersingkir di peringkat kumpulan untuk kejohanan buat kali kedua berturut turut, menimbulkan keraguan terhadap masa depan Hansi Flick.
Difahamkan daripada laporan di Jerman bahawa pasukan negara berpecah kepada dua kem pada kejohanan itu akibat Flick yang didakwa bersikap pilih kasih terhadap pemain Bayern Munich.
Flick, yang mengendalikan penyandang juara Bundesliga itu, di antara 2019 dan 2021, menimbulkan kemarahan segelintir pemain termasuk Ilkay Gundogan, Marc-Andre ter Stegen dan Kai Havertz, menurut Sport Bild.
Outlet itu telah mendedahkan bahawa masalah timbul menjelang kekalahan 2-1 Jerman kepada Jepun dalam perlawanan pembukaan kejohanan itu.
Selepas FIFA memberi amaran kepada pasukan supaya tidak memakai lilitan One Love, perbincangan berlaku di kem Jerman pada malam sebelum perlawanan, kerana bintang Bayern, Manuel Neuer dan Leon Goretzka menegaskan satu isyarat protes mesti dilakukan. Dia memaksa pemain lain bertindak sebagai satu pasukan.
Perkara itu kemudian disebut Ilkay Gundogan sebagai tindakan yang tidak mewakili kesemua suara pemain kerana dia dan Rudiger antara pemain yang tak setuju dengan protes itu. Namun terpaksa dilakukan secara berpasukan.
Dipercayai majoriti pemain tidak mahu mengambil bahagian dalam sebarang kenyataan politik, walaupun seluruh skuad berdiri dengan tangan menutup mulut sebelum sepak mula.
Semasa perlawanan, ramai pemain dalam skuad Flick tidak dapat memahami mengapa pengurus itu membawa masuk Leon Goretzka untuk menggantikan penjaring gol Gundogan. Yang dianggap menjadi punca kenapa mereka kehilangan kawalan di bahagian tengah.
Bintang Manchester City itu dilaporkan berang kerana keputusan Flick dilabel sebagai ‘penggantian harmoni’ oleh pemain bukan Bayern Munich, yang merasakan dia hanya melakukan perubahan untuk memastikan Goretzka gembira.
Sport Bild juga mendakwa penjaga gol Barcelona, Ter Stegen dan penyerang Chelsea Havertz kecewa dengan kerap kali mereka diletakkan di bangku simpanan.
The national team was divided into two camps – the 'Bayern block' and 'the rest'. Hansi Flick was accused of bias towards the Bayern players due to his special relationship with them, that caused a split within the team. Flick couldn't win the whole team over [@SPORTBILD] pic.twitter.com/YP3F6hQmFG
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) December 7, 2022
Ter Stegen, khususnya, bengang kerana persembahannya di Nou Camp musim ini seolah olah tidak diiktiraf oleh Flick, yang terus menyokong penjaga gol Bayern berusia 36 tahun, Neuer.
Di samping itu, Niklas Sule, yang mempamerkan aksi bertahan yang dianggap buruk ketika menentang Jepun dalam kekalahan 2-1, diberi peluang sekali lagi apabila pemain pertahanan Borussia Dortmund, Nico Schlotterbeck menjadi kambing hitam, kehilangan tempatnya dalam perlawanan berikut menentang Sepanyol.
Seterusnya, Flick berterusan memberikan kepercayaan kepada Thomas Muller walaupun pemain itu tidak menunjukkan aksi terbaiknya.
Muller memiliki reputasi yang kuat ketika Bayern Munich sebelum ini menyingkirkan Carlo Ancelotti. Dia antara pemain yang bertemu dengan pengurusan tertinggi kelab untuk memecat Carlo Ancelotti.
Selain itu, Muller juga antara pemain yang melobi agar Bayern Munich memecat Niko Kovac dan menggantikannya dengan Hansi Flick.
Kovac on Muller comments: "I made a mistake"https://t.co/FDBLspg6yk pic.twitter.com/PMORCZYH61
— AS USA (@English_AS) October 17, 2019
Mungkin sebab itu Hansi Flick meletakkan kepercayaan kepada Muller dengan membabi buta?
Sementara itu, pemain tengah SC Freiburg Matthias Ginter, yang mencatatkan 47 penampilan antarabangsa sebelum bertandang ke Qatar, hanya beraksi dalam satu penampilan cameo ketika menentang Costa Rica.
Flick menyatakan pertukaran itu sebagai pertukaran kemanusiaan. Menghargai Ginter yang sudah dipanggil 3 kali mewakili Jerman di Piala Dunia namun tak pernah merasai aksi.
Bekas pengarah sukan Oliver Bierhoff telah pun berundur daripada jawatannya bersama pasukan kebangsaan selepas dia mengakui malu dengan prestasi Jerman pada kali ini.
Walaupun bertegas dia tidak akan meninggalkan Jerman, Flick mengakui kehilangan Bierhoff ‘sukar’ untuk diganti.
Dia berkata: ‘Saya dan pasukan bimbingan saya mendapati sukar pada masa ini untuk membayangkan bagaimana jurang yang dicipta oleh pemergian Oliver boleh ditutup secara profesional dan peribadi.”
“Bagi saya secara peribadi, Oliver adalah kenalan pertama saya dan rakan dalam pasukan. Matlamat bersama kami ialah projek EM 2024 di Jerman.”
Pemergian Bierhoff dianggap akan memberikan kesan kepada kuasa Flick dalam pasukan Jerman.