Bimbang Dengan Wabak Melanda AS, Takiya Genji Balik Jepun

Bagi mereka yang telah menonton siri Crows Zero jilid I dan II, mereka pastinya tidak akan lupa biasa dengan watak Takiya Genji.

Samseng sekolah yang terkenal dengan teriakan “Genjieh”. Watak ikonik tersebut dibawakan oleh pelakon Shun Oguri.

Oleh kerana lakonannya yang power, membuatkan Takiya Genji menjadi sangat popular di Malaysia pada satu ketika dahulu.

Selepas menempa populariti di negaranya menerusi watak tersebut, Shun Oguri cuba melebarkan pengaruhnya ke Amerika Syarikat.

Bukan Genji yang ni ye:

Ni Genji yang betul betul dari Jepun.

Beliau terlibat dalam filem  yang bakal ditayangkan pada 2021 iaitu Godzilla vs Kong. Selain daripada itu Shun juga cuba mencari beberapa projek lain di AS.

Di mana Shun dan isterinya merancang untuk menetap lebih lama di AS bersama dengan dua anaknya.

Shun mengejar impian

Pelakon yang lahir 26 Disember 1982 itu cuba menghidupkan impiannya di Hollywood. Namun malangnya, wabak yang melanda dunia hari ini, membuatkannya terpaksa melupakan seketika kekal lebih lama di sana.

Shun merupakan anak lelaki yang dibesarkan dalam keluarga dengan bakat seni yang luar biasa.

Ayahnya, Tetsuya Oguri, adalah pengarah teater. Sementara ibunya merupakan guru balet.

Oleh itu, sejak kecil dia sudah terlibat dalam dunia seni teater.

Shun terpaksa meninggalkan akademiknya demi mengejar impian di dunia lakonan. Beliau berhenti sekolah tinggi gara gara mahu fokus kepada lakonan dalam drama Summer Snow (2000).

Shun telah berjaya menarik beberapa lagi produser untuk drama mereka termasuk Hana Yori Dango (TBS, 2005), Detective Conan 1 (Television Special, 2006), dan Hana Yori Dango 2 Returns (TBS, 2007).

Oleh kerana dia merasakan dia ada bakat yang bagus, lalu Shun mahu ke Hollywood. Dia berpindah ke AS bersama dengan isterinya Yu Yamada.

View this post on Instagram

@armani #Armani

A post shared by 山田優 (@yu_yamada_) on

Sejak 2019, mereka tinggal di Los Angeles, California. Namun filem Godzilla vs Kong tidak akan ditayangkan sehingga 2021 kerana krisis yang melanda.

Antara sebab utama Shun Oguri mahu kekal di sana sambil menunggu projek baharu adalah untuk mempromosikan filem tersebut.

Oleh kerana California menjadi zon merah kepada wabak pada ketika ini, dia dan isterinya memutuskan untuk pulang semula ke Jepun demi keselamatan dan juga demi keselesaaan keluarganya.

Shun juga tidak mahu menanggung kos di sana tanpa ada pekerjaan lain. Sukar untuknya mencari kerja lakonan ketika ini di AS.

Shun juga kembali ke Jepun selepas berbincang dengan pihak pengurusannya.

Ramai peminatnya gembira dengan tindakan Shun yang mahu keluar dari Jepun. Ini kerana bakat seperti beliau seakan akan kurang dihargai di negaranya.

Baca yang lain