Ketua Pegawai Eksekutif Liverpool Peter Moore telah diminta untuk mempertimbangkan membina patung prospektif untuk Divock Origi di luar Anfield.
Pemain penyerang The Reds tersebut telah menyuntik beberapa detik magis sepanjang 12 bulan yang lalu.
Paling diingati, Origi menjaringkan dua gol penting yang mengetepikan Barcelona dari Liga Juara-Juara, dan menjaringkan gol pemunsnag ketika menentang Tottenham pada final.
Gol gol itu yang telah membolehkan Liverpool memenangi Liga Juara Juara Eropah di Madrid.
Seterusnya layak beraksi dalam dua kejohanan antara benua iaitu piala super Eropah dan Piala Dunia kelab. Liverpool menang kedua-dua pertandingan tersebut untuk melengkapkan hatrik antarabangsa.
Ramai peminat The Reds meminta patung Divock Origi dibina.
Bercakap selepas perasmian patung tugu peringatan Bob Paisley di Anfield, Moore agak tertarik dengan idea tersebut. Dan adakah betul serius peminat mahu membina sebuah monumen Origi.
Dalam temu bual dengan The Redmen TV, Moore menjelaskan: “Saya selalu memberitahu Divock ‘Kami sedang membina sebuah patung!'”
[Media: Liverpool Echo] Liverpool chief Peter Moore offers response when asked about Divock Origi statue https://t.co/bhhQ9LiU1g pic.twitter.com/s9VwbLmMPc
— LFCMAGAZINE (@LFCMAGAZINE) January 31, 2020
“Saya tidak pasti, jika kami akan membina patung untuk beliau selepas ini, tetapi apa yang pasti dia budak yang hebat. Dia salah seorang watak penting yang telah menjaringkan banyak gol penting untuk kita.”
Peter Moore has been asked for an update on a prospective statue for Divock Origi.
“I always tell Divock 'We are building a statue!' I am not sure we are but what a super kid. He's one of those characters who has scored so many critical goals for us.” 😍pic.twitter.com/zMIqWeMZ4p
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) January 31, 2020
Peter Moore ternyata gembira dengan sumbangan oleh Divock Origi sepanjang menyarung jersi pasukan Liverpool.
Was an pleasure to talk to Peter Moore yesterday.
Couldn’t help but ask where we are up to with Divock Origi’s statue 👀 pic.twitter.com/kn3I6ckGfQ
— Ross (@rossic89) January 31, 2020
“Dan sekali lagi, beliau adalah fenomena dalam sejarah kelab bola sepak ini.”
Origi tampil dalam kemenangan 2-0 Liverpool ke atas West Ham pada petang Rabu lalu.
Pemain berusia 24 tahun itu terpaksa keluar selepas beraksi 69 minit. Ini kerana Divock Origi bergelut dengan kekejangan.
Selepas tamat perlawanan tersebut, Jurgen Klopp memberikan kemaskini kecergasan Origi. Beliau berkata, Divock Origi menyatakan beliau hanya kejang dan tidak ada yang serius.
Divock Origi merupakan pemain yang awalnya dijangka akan dijual oleh Jurgen Klopp ketika revolusi beliau.
Lebih-lebih lagi ketika Divock Origi dipinjamkan ke kelab Perancis, Lille dan gagal menunjukkan reputasi yang cemerlang.
Namun selepas melakukan beberapa penjualan pemain, Jurgen Klopp mahu memberikan Divock Origi peluang kedua dan membuktikan dirinya.
Origi ketika itu mempertimbangkan tawaran daripada beberapa orang lain. Akhirnya memutuskan untuk kekal bersama dengan Liverpool.
Dan selepas itu Divock Origi menjadi pemain yang sangat berbeza. Beliau memberikan kualiti tambahan secara Squad depth yang sangat baik.
Musim lalu merupakan musim yang paling diingati. Sehinggakan Jurgen Klopp menggelarnya sebagai legenda Liverpool.
Journalist: "Genk is a famous club for big players – De Bruyne, Koulibaly, Ndidi…"
Klopp: "Don't forget Divock Origi, Livepool legend!"
🤣🤣👏 pic.twitter.com/m4EzPlLaDI
— Football on BT Sport (@btsportfootball) November 4, 2019
Beliau kemudian ditawarkan kontrak baharu. Divock Origi bersetuju dengan tawaran tersebut.
Ramai peminat Liverpool berkongsi kegembiraan dengan kejayaan beliau mendapatkan kontrak tersebut.
Ini kerana bagi mereka Divock Origi benar-benar layak mendapat penghargaan dan pulangan seperti itu.
Kini beliau dalam proses untuk mengembalikan semula tahap kecergasannya kepada 100 peratus.
Divock Origi ada misi penting dalam usaha membantu Liverpool menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris.