Bini Fede Valverde Kritik Taktikal Ancelotti Yang Tak Letak Laki Dia Di Pivot

Isteri kepada Fede Valverde telah mengkritik taktikal Ancelotti yang meletakkan suaminya di bahagian sayap.

Menurut isterinya, posisi terbaik untuk Fede Valverde adalah pivot  atau no.6 di bahagian tengah.

Real Madrid menelan kekalahan back to back, selepas kalah di tangan Barcelona mereka kalah pula di tangan AC Milan pada aksi UCL.

Isteri Feder Valverde, Mina Bonino mempersoalkan taktikal Carlo Ancelotti yang mengeluarkan suaminya pada separuh masa kerana dianggap kurang efektif.

Selepas Valverde dikeluarkan, isterinya terus menulis di X: “Saya nak tutup je [twitter] ni dulu, itu lebih baik sebelum saya kena.”

Mina kemudian membalas komen seorang peminat Madrid yang setuju bahawa Fede Valverde patut dikeluarkan kerana tidak beraksi di tahap terbaik.

Mina menegaskan: “Saudara, posisi terbaik Fede adalah di pivot. Apa yang kau merepek ni? Haha, bilalah mereka ni semua akan faham walau sekali, kerana paling mustahak Fede bukan pemain sayap.

Carlo Ancelotti kemudian ditanya tentang kritikan ke atas pemilihan taktikalnya dan tindakannya mengeluarkan Fede Valverde. Mina kemudian memadamkan tweet-nya.

Ancelotti menjelaskan: “Memberikan pandangan tentang apa pandangan orang lain di media sosial adalah perkara rumit. Saya mengeluarkan dia sebab dia tak berada di tahap 100%. Dia ada masalah kesakitan di belakangnya.

“Pada awalnya, ingat dia dah sembuh daripada masalah itu sebab dia berlatih baik sekali pada semalam. Namun jelas sekali dia tak berada di tahap fizikalnya 100%. Itulah sebabnya saya keluarkan dia.”