Bini Thiago Silva Tanya: “Akak Tak Nampak Pun Gambar Laki Akak, Dah Kenapa Ye Chelsea FC?”

Belle Silva, isteri kepada Thiago Silva membuatkan peminat Chelsea rasa serba salah nak menjawabnya. Ini kerana menurut mereka, Belle Silva mempersoalkan perkara yang sangat remeh.

Isabelle Silva ataupun Belle Silva mempersoalkan perkara itu menerusi Twitternya dan mengetag Chelsea sekali. Dia berkata: “Hari ni, akak pergi Stamford Bridge, dan I perasan gambar gambar kat sana dah bertukar di sekitar stadium.”

“Tapi I tak nampak pula sebarang gambar laki akak Thiago Silva. Kenapa ye Chelsea FC?”

Ada peminat yang menganggap Belle Silva adalah sama seperti isteri yang lain dengan tak nak kalah dalam hal melibatkan laki dia. Ini termasuk nak tahu benda benda yang dianggap kecil bagi sesetengah orang.

Ada peminat yang mengusik Chelsea FC dengan meminta mereka menyelesaikan segera masalah akak Belle ni sebelum dia mengamuk depan pejabat Todd Boehly.

Seorang lagi menyatakan kepada Belle Silva bahawa perkara seperti itu tidak penting pun untuk seorang pemain bola sepak. Mungkin kelab ada alasan tersendiri yang berkaitan dengan konflik tertentu dalam hak imej. Mungkin esok lusa, ada la gambar Thiago Silva dilekatkan di dinding Stamford Bridge.

Beberapa tahun lalu Belle Silva pernah menggemparkan dunia apabila dia mengkritik Werner secara terbuka menerusi akaun media sosialnya. Dia mengutuk Werner sebagai sangat tumpul.

Timo Werner mengakui dia melihat video tersebut. Namun dia tak ambil hati kerana dia faham dengan emosi akak Belle pada masa itu. Namun Werner menambah, Thiago Silva terus mendapatkannya pada keesokan harinya untuk meminta maaf di atas kelakuan isterinya.

Werner berkata: “Kadangkala, benda macam tu berlaku [kutuk mengutuk] kerana emosi memuncak.”

“Thiago Silva dan pun meminta maaf kepada saya secara bersemuka pada hari berikutnya. Itulah sebabnya isu itu saya dah abaikan.”

Werner yang pada ketika itu menjaringkan gol pada separuh akhir kedua menentang Real Madrid. Dan membantu Chelsea mara ke final.

Werner berkata: “Saya sangat gembira dengan gol ni, bukan sahaja untuk dia [Belle] tetapi untuk kesemua isteri rakan sepasukan saya. Harap saya dan kita semua akan bersorak gembira sekali lagi. Paling penting perempuan perempuan ini gembira dan penyokong pun gembira.”

Belle Silva terus membuat pusingan U pada masa itu memuji Timo Werner sebagai penyerang yang bagus. Dengan menyatakan dia memang dah lama tahu Werner ni bagus.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi