Bintang Filem Dewasa Dakwa Marcus Thuram Memukulnya: ‘Dia Kaki Perempuan’

Selepas 3 tahun, akhirnya bintang filem dewasa, Charlotte Lavish telah mendedahkan dirinya menjadi maangsa keganasan domestik oleh pemain Inter Milan, Marcus Thuram.

Marcus Thuram sedang meningkat naik terutama sekali dalam beberapa musim terakhir ini. Musim ini dia terus pamer aksi cemerlang.

Setakat ini dia sudah mencetak 14 gol dan 4 assist untuk Inter Milan dalam Serie A sahaja. Inter sedang mengekori rapat Napoli dalam persaingan Serie A, dan Marcus Thuram adalah pemain penting  mereka.

Dia juga membantu kelab itu mara ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah. Aksi pertama berkesudahan seri 3-3. Dan minggu ini aksi kedua mereka akan berlangsung di San Siro.

Marcus Thuram berdepan masalah besar

Dan kini Marcus Thuram berdepan dengan masalah besar, jika kes keganasan domestik itu disiasat. Ini kerana semua kelab di Serie A termasuk Inter Milan menyokong kempen melindungi wanita  daripada keganasan dan jenayah seksual.

Setiap tahun, akan ada acara solidariti dibuat dengan pemain akan mencalitkan muka mereka dengan cat merah.

Terbaru, Lavish  telah berkongsi beberapa keping gambar Thuram memaki hamunya. Dan kemudian dituduh mengasarinya sehingga kesan lebam.

Dia menulis kapsyen: “Sepertinya, kita perlu cerita di sebalik yang satu ni.”

Dia juga sedia mendedahkan lebih banyak bukti selepas ini. Menurut Charlotte Lavish, Marcus Thuram adalah kaki perempuan. Dan dia mulai tertarik dengan wanita lain yang didakwa penagih dadah.

Dia kecewa kerana Marcus Thuram bersama dengan wanita lain sesuka hati ketika mereka masih berpacaran. Pada masa yang sama menjawab persoalan peminat yang mempersoalkan dia bersama ramai lelaki lain.

Lavish menegaskan, dia bersama lelaki lain atas dasar kerja dan profesional kerana dia bintang filem ehem.

Lavish menyatakan, Marcus Thuram suka mengambil kesempatan ke atas wanita taik dadah di Miami kerana di sana dia tidak akan berisiko ditahan atau diuji saringan dadah.

Peminat kemudian mempersoalkan, kenapa ianya mengambil masa 3 tahun untuk Lavish mendedahkan perkara itu?

Dia menjawab: “Bukan senang, sebab memerlukan setahun penuh untuk menyimpulkan kes ini. Saya dah pergi menggunakkan jalan perundangan. Dan sekarang saya tak peduli lagi dah.

“Saya buat semua ini, bukannya sebab saya dapat duit  pun, dan dia tak ada kemungkinan lagi untuk menyerang saya ketika ini.”