Bintang Kamen Rider Meninggal Dunia, Disyaki Bunuh Diri

Pelakon Jepun, Akira Kubodera, yang dikenali dalam lakonannya dalam live action Sailor Moon dan Kamen Rider disahkan meninggal dunia.

NHK melaporkan bahawa punca kematian Akira Kubodera, disayaki kerana bunuh diri. Selain daripada Sailor Moon dan Kamen Rider, Kubodera juga terlibat dalam banyak lagi projek termasuk, The Seven Deadly Sins, dan Mobile Suit Gundam.

Dalam siri Kamen Rider Blade, Akira Kubodera adalah pelakon yang membawa watak Kanai.

Akira Kubodera terlibat dalam 3 siri Kamen Rider di dalam kariernya.

Karya terakhir dia terlibat adalah sebagai Helbram dalam live action Seven Deadly Sins. Kubodera antara pelakon yang sangat popular di Jepun terutama sekali di kalangan kanak kanak dan peminat siri live action.

NKH turut melaporkan bahawa jasad Kubodera yang sudah meninggal ditemui di rumahnya. Kubodera meninggal dunia pada usia 43 tahun. Para peminatnya menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarganya.

Kematiannya Kubodera ini 2 bulan selepas seorang lagi bintang Kamen Rider (Hibiki) iaitu Sei Ashina yang turut dilaporkan meninggal dunia kerana bunuh diri pada 14 September di apartmennya.

Ini diikuti oleh kematia Takashi Fujiki dari Kamen Rider Amazons yang meninggal pada usia 80 pada minggu berikutnya.

Pastinya ia adalah detik yang sangat memilukan buat penggemar Kame Rider.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan