Kita semua sedia maklum tentang isu kebakaran hutan yang berlaku di Australia baru-baru ini. Kebakaran tersebut merupakan peristiwa terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah Australia.
Dalam tragedi tersebut, sumber mengatakan kejadian yang melibatkan 10 juta hektar hutan musnah itu telah meragut, hampir separuh billion populasi haiwan mati, 3000 buah rumah musnah dan 28 orang terkorban dalam kebakaran tersebut.
Peristiwa tersebut jelas memberi kesan yang sangat besar terhadap masyarakat dunia. Ramai pihak yang telah tampil bagi menghulurkan sumbangan terhadap mangsa yang terlibat.
Bagi memupuk kesedaran masyarakat, dan dalam masa yang sama membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Pemain-pemain bintang tenis dunia telah berkumpul pada 15 Januari 2020, dalam satu perlawanan amal yang diberi nama Rally4Relief.
AO #Rally4Relief sees the biggest names in tennis join together for one reason – to raise funds for Australian bushfire relief efforts.
To contribute: https://t.co/9RPgZ7ucg9 pic.twitter.com/GVvVmdzlUN
— #AusOpen (@AustralianOpen) January 15, 2020
Ini adalah salah satu peranan yang sangat besar bagi atlet sukan. Mereka cuba membantu dengan cara mereka tersendiri dan sekaligus memberi satu contoh yang baik sebagai icon sukan dunia.
Dalam kejohanan tersebut, Rafael Nadal dan Roger Federer yang turut serta dalam perlawanan ini turut mengumumkan sumbangan yang besar dalam kejohanan tersebut.
Roger dan Nadal masing-masing bersetuju untuk menyumbang sebanyak 250 ribu Australia dollars.
Menurut Nadal, beliau telah berbincang dengan Federer 2 jam sebelum perlawanan bermula sebelum bersetuju untuk menghulurkan sumbangan tersebut.
Beliau juga berharap dengan sumbangan tersebut dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut sama menyumbang. Dan dalam masa yang sama, membantu Australia untuk kembali pulih dari tragedi buruk yang telah menimpa mereka.
"Talking with Roger, we decided to give $250,000 together." 👏 👏 👏 👏#Rally4Relief
To contribute: https://t.co/9RPgZ7cBoB pic.twitter.com/ocdiw8D0if
— #AusOpen (@AustralianOpen) January 15, 2020
Selain itu, pemain tenis yang berasal dari Australia dan berkacukan Malaysia Nick Kyrgios juga menghulurkan sumbangan. Nick mengumumkan beliau akan menyumbangkan 200 Dollars bagi setiap ‘ace’ yang dilakukan beliau dalam perlawanan tersebut.
Serena Williams juga telah menyumbang kesemua wang hadiah yang dimenanginya di Auckland Open dan hasil bidaan baju yang dipakainya ketika kejohanan tersebut. Novak Djokovic turut melakukan sumbangan yang sama seperti Serena Willams.
Perlawanan ini turut disertai oleh bintang tenis yang lain seperti Caroline Wozniacki, Naomi Osaka, Petra Kvitova, Coco Gauff, Alex Zverev, Dominic Thiem, Nick Kyrgios and Stefanos Tsitsipas.
Jumlah yang terkumpul, telah diumumkan hampir 4.8 Juta Dollars yang berjaya di pungut dalam perlawanan tersebut.
Ini merupakan salah satu usaha yang sangat positif bagi bintang-bintang tenis dunia. Usaha mereka adalah untuk meringankan beban dan memberi inspirasi kepada orang lain supaya turut sama membantu dalam tragedi ini.
Ia menunjukkan sukan bukan sekadar sukan, ia lebih dari itu. Sukan juga dapat menjadi satu medium untuk membantu dan memberi kesedaran kepada orang lain.
Semoga usaha yang dilakukan mereka ini dapat mengurangkan lagi beban mangsa dan membantu Australia kembali pulih seperti sediakala.
An amazing night has helped take the total raised to $4,826,014 👏 👏 👏
And with #AO2020 around the corner there's more tennis to come, more aces to be hit and more money to be raised.
To contribute: https://t.co/9RPgZ7cBoB #Rally4Relief | #AusOpen pic.twitter.com/virxdKA4GJ
— #AusOpen (@AustralianOpen) January 15, 2020
Perlawanan ini telah dilansungkan di Rod Laver Arena Melbourne, Australia. Pada 20 Januari 2020 ini akan berlansungnya kejohanan Grand Slam pertama bagi edisi tahun 2020 iaitu Australia Open.
Novak Djokovic dan Naomi Osaka merupakan juara bertahan bagi kejohanan tersebut.
🎾 ❤️ #Rally4Relief
To contribute: https://t.co/9RPgZ7ucg9 pic.twitter.com/Lsq3GtOnuk
— #AusOpen (@AustralianOpen) January 15, 2020