Bintang Udinese Dipulaukan Rakannya Ketika Keraian Dan Diarahkan Keluar Oleh Pengurus Selepas Skor Penalti

Di Serie A telah berlaku kejadian yang pelik dan tegang semalam. Di mana penjaring gol mereka telah dipulaukan oleh rakannya ketika meraikan gol dan kemudian dikeluarkan oleh pengurus.

Ini kerana tindakan Lucca Lorenzo yang dianggap biadap dan mementingkan diri sendiri – apabila pemain itu merampas bola penalti daripada kapten Udinese, Thauvin.

Insiden itu benar benar mengecewakan rakan rakannya. Di mana Thauvin cuba mengambil bola itu kerana Thauvin  adalah penyepak penalti yang sudah diamanahkan pengurus.

Rakan rakan dia yang lain turut cuba  menghalang Lucca Lorenzo daripada mengambil penalti tersebut.

Dia  berkeras mahu mengambilnya dan kemudian dia menjaringkan penalti. Ketika dia meraikan gol, rakan rakannya yang lain tidak meraikan bersamanya.

Dan kemudian pengurus segera mengeluarkannya dari padang disebabkan sikap tiada semangat kesukanan dan semangat berpasukan ditunjukkannya.

Pengurus pasukan benar benar bengang dan menggunakan nada suara yang tinggi menyuruh Lorenzo Luuca keluar dari padang. Pemain itu kelihatan mengetahui sebab utama dia dikeluarkan kerana kebodohannya sendiri. Dan dia tidak melawan langsung.

Dia keluar selepas meraikan golnya seorang diri tanpa rakan rakannya.

Gol tersebut menjadi gol tunggal perlawanan yang membawa kepada kemenangann Udinese ke atas Lecce.

Lucca Lorenzo harus diakui sedang dalam prestasi yang mengagumkan musim ini untuk Udinese.

Namun sikapnya itu dianggap biadap dan tidak menghormati jurulatih dan pasukan. Seorang peminat menyindirL “Udinese mahu pulang ke Friuli malam ini. Namun masalahnya sekarang Lorenzo Lucca memberitahu juruterbang dia mahu memandu kapal terbang itu.”

Ramai juga berharap insiden ini akan menjadi pengajaran kepada pemain pemain profesional yang lain agar menghormati rakan rakan sepasukan yang lain.