Bintang WWE Yang Dilupakan Oleh Creative Team Mereka Sendiri

Royal Rumble sudah berlalu dan pemenangnya juga sudah kita ketahui. Sekarang pihak pentadbiran dan pengurusan Wwe tengah sibuk dengan persiapan untuk Acara terbesar Wwe WrestleMania.

“Road To WrestleMania,” waktu macam inilah pihak kreatif Wwe giat untuk memantapkan jalan cerita dan menyusun pertembungan yang terbaik antara yang terbaik untuk acara terbaik tahunan Wwe itu.

Kerana hanya pertarungan dan perlawanan yang terbaik dan terbesar sahaja boleh menjadikannya ‘The Showcase of the Immortals’.

Berikutan, berakhirnya Pay-Per-View Royal Rumble pada bulan Januari lalu, kita sudah boleh melihat bahawa beberapa bintang Wwe sudah berada dalam perancangan pihak kreatif untuk WrestleMania.

Jelas sekali pemenang Royal Rumble, Drew McIntyre dan Charlotte Flair akan menjadi watak penting untuk Acara itu nanti.

Selain itu pemegang Sabuk kejuaraan semasa seperti Brock Lesnar, The Fiend, Becky Lynch, The New Day, Seth Rollins dan Buddy Murphy serta Bayley akan menjadi sebahagian dari Acara Gilang Gemilang itu nanti.

‘The Big Dog’ Roman Reigns walau tidak menyandang apa-apa kejuaraan kini juga hampir pasti berada dalam senarai untuk menyertai WrestleMania.

Namun, bukan semua bintang Wwe akan dapat menikmati moment beraksi di pentas sebesar WrestleMania.

Ada juga yang tidak disenaraikan untuk acara WrestleMania namun mereka masih digunakan untuk acara mingguan atau Pay-Per-View lain.

Sayang sekali ada beberapa bintang Wwe yang pernah “hype” pada suatu ketika dahulu kini sudah tidak beraksi.

Mereka ini bukanlah sudah meninggalkan WWE cumanya mereka hanya menanti pihak Kreatif menyediakan sesuatu untuk mereka.

Sayang sekali bakat mereka dibiarkan begitu sahaja. Antara mereka ketika berada Di Nxt sangatlah berbakat namun selepas diserap ke Raw atau Smack Down mereka kelihatan tenggelam.

Disini kita akan senaraikan Lapan Bintang Wwe yang masih bersama syarikat itu tetapi pihak Kreatif langsung tidak menggunakan mereka.

# 8.  Cedric Alexander

Cedric Alexander kelihatan seperti sudah ada tujuan dan jalan ceritanya sendiri dalam WWE. Tahun lalu di satu episod Raw, beliau telah muncul dan mendapat watak serta jalan cerita baru untuknya.

‘Gary El Janitor’ dan menyelaraskan dirinya bersama Roman Reigns menentang Shane McMahon dan Drew McIntyre.

Selepas jalan cerita itu mati, beliau kemudiannya diberi peluang menentang Aj Styles untuk merebut sabuk kejuaraan Amerika Syarikat.

Pada ketika itu ramai yang menganggarkan bahawa bekas Juara “205 Live” itu akan dikuburkan oleh Wwe. Namun ramai juga yang yakin bahawa ual itu tak mungkin akan terjadi.

Dipendekkan cerita setahun selepas itu Cedric Alexander tidak muncul dalam acara mingguan Raw selama satu bulan.

Walaupun beliau telah berjaya menewaskan pemenang Royal Rumble tahun ini Drew McIntyre, dan kemenangan DQ ke atas bintang utama Wwe AJ Styles.

Alexander tidak bergusti sejak daripada Raw 16 Disember, 2019 dan sebaliknya beliau hanya menjadi penonton didalam bilik persalinan bersama beberapa bintang lain yang ada dalam senarai ini.

# 7.  Eric Young

Masihkah anda Ingat ketika SAnitY adalah salah satu pasukan tag paling hangat di NXT seperti The Revival, American Alpha dan The Ascension yang Yang muncul sebelom mereka? Saya yakin dan pasti anda masih ingat. Mereka adalah fenomena untuk Nxt pada ketika itu.

Perlawanan yang melibatkan mereka ketika di Nxt sangat menghiburkan para penonton.

Namun setelah pergi ke “Main Roster” pihak kretif Wwe tidak menyediakan apa-apa jalan cerita untuk mereka.

Akhirnya SAnitY telah dibubarkan dan anggota kumpulan mereka dipecahkan dan diletakkan di pelbagai tempat.

Alexander Wolfe telah dipindahkan ke NXT UK dan menyertai Imperium, Killian Dain berpindah ke NXT dan telah beraksi dalam beberapa perlawanan yang hebat bersama bintang Nxt yang lain.

Nikki Cross pula adalah ahli wanita tunggal mereka. Kemudian Nikki telah dipadankan dengan Alexa Bliss dan diletakkan di “Main Roster” WWE.

Namun ketua mereka yang juga seorang ahli gusti yang sangat berpengalaman Eric Young ditinggalkan sendirian.

Young adalah penggusti solo di “Wretling Impact” dan beliau sering menunjukkan aksi hebat disana serta beliau mempunyai bakat yang luar biasa.

Jadi untuk bergerak solo di WWE sudah pasti tidak menjadi masalah kepadanya. Beliau pasti akan mendapat tempat dan jalan cerita menarik di WWE.

Namun semua itu hanyalah fakta beliau di Impact. Ketika di Wwe pula Eric Young tidak muncul pada acara mingguan RAW tahun ini, sebaliknya dia telah  menyertai Cedric Alexander sebagai pemanas bilik persalinan di Acara Utama Wwe. Bakat yang dipersiakan oleh kretif Wwe.

# 6.  Zack Ryder & Curt Hawkins

Jalan cerita Zack Ryder dan Curt Hawkins yang membawa kepada gabungan mereka menjadi pasangan regu adalah sangat menarik.

Ketika itu Hawkins melalui detik sukar dalam Kariernya. Beliau tidak mendapat jalan cerita yang baik dan perjalanannya juga tidak tentu arah.

Dari situlah munculnya Zack Ryder yang bertekad mahu membantu Hawkins. Mereka berdua membentuk pasukan regu bersama. Akhirnya mereka berdua berjaya memenangi Sabuk Kejuaraan Regu Raw.

Tetapi, mereka gagal mempertahankan Sabuk kejuaraan itu. Aksi mereka berdua sebenarnya baik juga.

Selepas kekalahan itu sudah lama kita tidak melihat pasangan Regu ini mempunyai jalan cerita mereka sendiri.

Sebenarnya, kali terakhir mereka muncul dalam Wwe adalah waktu mereka berdua dibelasah oleh  ‘The Chosen One’ Drew McIntyre. Selepas dari itu mereka sudah tidak muncul lagi dalam mana-mana acara WWE.

Namun apa yang paling mengecewakan tentang kedua-dua penghibur berkarisma ini ialah mereka tidak bersama ‘Rated R Superstar’ ketika kembalinya beliau ke pentas Wwe.

Pada acara mingguan Raw sehari selepas Royal Rumble,Edge telah diserang dan dipukul dengan kejam oleh Randy Orton.

Zack dan Hawkins yang rapat dengan Edge dan sebelum ini dikenali sebagai ‘The Edgeheads’ tidak cuba membantunya.

Walaupon kita tahu masih banyak masa untuk kedua-dua bintang itu  terlibat dalam jalan cerita Edge yang mungkin bakal berterusan, tetapi jika mereka muncul ketika Edge di khianati Orton ia sudah pasti menjadi detik paling bermakna.

Peluang untuk muncul dan mendapat perhatian seperti itu bukan mudah untuk dicipta lagi. Jika pihak kreatif ada memikirkan yang terbaik untuk mereka maka mereka tidak akan melepaskan peluang itu.

Mungkin pihak kretif tidak bersedia lagi untuk membuat jalan cerita buat pasangan regu itu.

# 5.  Titus O’Neil

Pasti ada yang akan Titus O’Neil adalah bekas Juara 24/7, jadi bagaimana dia mungkin dianggap sebagai bintang yang kreatif WWE telah ketepikan.

Juara 24/7 itu bukan lah Sabuk kejuaraan rasmi dalam Wwe. Bahkan tidak ada satu pon perlawanan untuk merebut Sabuk 24/7  itu. R-Truth je lah yang betul-betul menganggap Sabuk tu adalah Sabuk rasmi WWE.

Sejak setahun yang lalu Titus O’Neil hanya beraksi didalam gelanggang sebanyak 16 kali sahaja dan kali terakhir beliau beraksi adalah pada perlawanan mingguan Raw 25 November, 2019.

Bahkan sepanjang tempoh itu pon Titus hanya beraksi sekali sahaja di “Main Event” pada bulan Disember. Selepas dari itu sehingga kini Titus terus menyepi.

Pihak kreatif WWE seolah-olah sudah tiada perancangan untuk “Prime Time Player” itu. Harus diingat Titus juga adalah bekas penyandang Sabuk kejuaraan Regu Wwe. Beliau juga pernah beraksi dengan sangat cemerlang di “Greatest Royal Rumble”.

Adakah bakat beliau hanya diperlukan setakat itu sahaja? Tidak adil juga mengatakan pihak Kreatif Wwe mengabaikan beliau begitu sahaja.

Kerana pihak kreatif juga ada berusaha menggandingkan beliau dengan No Way Jose di acara “Main Event” beberapa bulan lalu.

Apa yg pasti sekarang beliau sama seperti Alexander dan Young. Jadi pihak kretif perlu memikirkan sesuatu untuk “Prime Time Player” ini.

# 4.  The IIconics

Semua pihak pastinya berlapang dada sekiranya mereka memikirkan bahawa Billie Kay dan Peyton Royce cedera atau ada sebab mengapa mereka tidak berada di televisyen sekarang.

Tetapi setakat ini apa yang boleh dikatakan adalah mereka sememangnya dilupakan oleh Kreatif WWE.

Billie Kay dan Peyton Royce bukan bintang biasa antara bintang lain. Mereka sangat berbakat dan aksi mereka sebelum ini pon sangat menghiburkan para penonton.

Mereka adalah pemenang kedua untuk sabuk Kejuaraan Regu Wanita WWE. Mereka juga memenangi Sabuk Kejuaraan Regu Wwe itu di pentas terbesar WretleMania.

Mereka mampu menyandang kejuaraan itu sejak dari April dan bertahan hingga Ogos tahun lalu.

Namun apa yang kita lihat selepas kekalahan mereka itu, mereka tidak lagi kerap beraksi. Gandingan mereka terus menyepi bahkan mereka juga tidak muncul secara solo.

Setelah kehilangan Sabuk Kejuaraan Regu itu mereka hanya muncul Empat kali sahaja bermula Ogos sehingga November.

Perlawanan terakhir mereka di pentas WWE adalah perlawanan yang mereka tewas kepada Becky Lynch dan Charlotte Flair. Selepas dari itu mereka sudau tidak beraksi lagi.

WWE pernah mempromosikan acara untuk Diva mereka. Bahkan WWE juga beberapa kali meletakkan usaha untuk para peminat menerima kewujudan Diva di WWE sama seperti bintang lelaki yang lain. Namun kini Diva WWE seperti sudah diabaikan.

Kabuki Warriors seperti tiada saingan lagi dalam kategori Regu wanita di WWE. Dan yang paling lucu Charlotte seolah hanya beliau sahaja Diva yang WWE miliki untuk masa ini.

Pihak Kreatif harus memandang serius isu seperti ini ketika saingan mereka sedang cuba menjatuhkan mereka.

# 3.  Apollo Crews

Apollo Crews adalah salah seorang bintang yang paling menyerlah satu ketika dulu. Boleh dikata selepas keluar dari Nxt beliau muncul dalam setiap episod mingguan Raw.

Sehingga para peminat menggesa Wwe memberi beliau perlawanan untuk merebut mana-mana Sabuk kejuaraan kerana melihat kepada bakat yang ada pada bintang berkulit hitam ini.

Aksi dan kelincahan beliau didalam gelanggang sangat hebat dan mengagumkan.

Beliau sangat berkarisma dan banyak juga yang dilakukan oleh pihak kretif untuk beliau pada ketika itu. Tetapi lama kelamaan pihak kretif kelihatan kehabisan Idea untuk beliau.

Crews seolah hilang arah dan tujuan beliau hanya mundar mandir belakang pentas dan adakala terselit lalu lalang di bilik persalinan.

Sebenarnya agak sedih apabila seseorang yang berbakat seperti Apollo Crews telah menerima nasib yang sebegini.

Mereka lebih memilih untuk menjatuhkan beliau berbanding menilai bakat dan keupayaan sebenar yang beliau miliki.

Pihak kreatif harus memberi kepercayaan kepada beliau. Tahun lalu beliau hanya beraksi Dua kali sahaja didalam gelanggang Wwe.

Mungkin akan ada yang terlepas pandang tentang perlawanan beliau kerana beliau hanya beraksi untuk Perlawanan yang tidak rasmi sahaja.

Perlawanan pertama beliau adalah pada Pra-pertunjukan di SmackDown melawan Mustafa Ali.

Mungkin ada yang akan berfikir secara habis positif dengan mengatakan itu adalah permulaan yang baik, Crews akan kembali dengan jalan cerita yang lebih menarik.

Namun anda silap jika berfikir begitu. Selepas perlawanan itu Crews tewas sekali lagi kepada Ricochet.

Dan perlawanan beliau menentang Ricochet pada Oktober 2019 adalah perlawanan terakhir yang beliau ada.

Tidak tahu lah berapa lama lagi kita harus menanti untuk melihat pihak Kreatif menyusun perlawanan untuk mengalahkan beliau.

# 2.  Bo Dallas & Curtis Axel

Kalau hendak diceritakan tentang awal kemunculan dua bintang ini memang susah sebenarnya.

Mereka berdua sangat “Hype” pada awal kemunculan mereka. Mereka boleh dikatakan bintang masa depan Wwe ketika awal kemunculan mereka dahulu.

Bo Dallas adalah salah seorang juara NXT yang paling awal dan beliau merupakan penggusti utama dan sering beraksi dalam “Main Event” untuk jenama Nxt pada ketika itu.

Dan kemunculan pertama beliau ke “Main Roster” pon bukan biasa-biasa. Beliau menang kesemua perlawanan awal beliau ketika menyertai Raw.

Curtis Axel pula adalah seorang penggusti yang bernaung di bawah Paul Heyman.

Siapa saja peminat Wwe yang tidak mengenali Paul. Beliau dibawa masuk ke acara mingguan Raw pada ketika itu dan beliau telah menewaskan nama-nama besar dalam Raw pada ketika itu.

Antara yang menjadi mangsa keganasan diawal kemunculan beliau adalah Triple H, Chris Jericho dan John Cena. Lihat saja barisan lagenda yang menjadi mangsa beliau ketika awal kemunculan nya.

Itu bermakna pihak Kreatif Wwe sudah menyusun strategi yang menarik untuk jangka masa panjang buat dua penggusti ini.

Tidak lama selepas itu mereka sudah tidak lagi menjadi watak penting dalam Wwe. mereka berdua hanya lebih kepada “Jobber” sahaja dalam setiap episod mingguan.

Mereka tidak mendapat jalan cerita untuk mereka. Mereka hanya berlawan dalam perlawanan yang sekadar memenuhi jadual untuk acara mingguan.

Mereka kemudiannya dibentuk menjadi pasukan regu yang diberi nama “The B Team”. Regu mereka juga awalnya hanya jadi bahan jenaka untuk acara-acara Wwe.

Gandingan mereka berdua berjaya memenangi Kejuaraan Regu Wwe. Penonton begitu teruja melihat kejayaan mereka, para penonton menganggap tu adalah pemulaan untuk kejayaan mereka berdua.

Tapi Sabuk kejuaraan itu tidak bertahan lama bersama mereka. kali terakhir regu ini beraksi adalah pada Oktober 2019 di acara Wwe Crown Jewel.

Sejak dari itu Curtis Axel hanya beraksi sekali sahaja pada perlawanan di SmackDown dan Bo Dallas tidak pernah beraksi sama sekali.

Adakah kemungkinan untuk kita lihat Regu ini kembali beraksi di Smack Down? Jika difikirkan dengan banjiran pasangan Regu seperti Heavy Machinery, Lucha House Party, Miz and Morrison, The New Day, The Usos dan The Revival sukar untuk kita melihat mereka kembali beraksi.

# 1.  Heath Slater

Heath Slater adalah bintang Wwe yang paling jarang kita dapat tengok aksi dia sekarang. Kali terakhir kita tengok aksi Slater adalah pada perlawanan “Battle Royal” di acara Wwe Crown Jewel pada Oktober 2019.

Beliau bermula sebagai ahli Nxt kemudian beliau mengikut ketuanya Wade Barret membina pakatan The Core.

Selepas lama bergerak solo dan menjadi bahan jenaka di Wwe beliau membina Pakatan 3MB. Melihat kepada jalan cerita yang beliau lalui jelas pihak Kreatif hanya menggunakan beliau ketika perlu sahaja.

Tidak adil untuk menjadikan beliau sebagai “Jobber” sedangkan bekas sekutunya dalam 3MB seperti Drew McIntyre, baru sahaja memenangi Royal Rumble dan bakal merebut sabuk kejuaraan Dunia menentang Brock Lesner di WretleMania nanti.

Ditambah lagi, rakan sekutunya Jinder Mahal, juga telah memenangi kejohanan yang sama dan memegangnya untuk jangka masa yang panjang.

Slatter pula hanya pernah menyandang Sabuk Kejuaraan Regu sahaja bersama Rhyno yang tidak bertahan lama.

Mungkin pihak Kreatif boleh memikirkan untuk membina jalan cerita buat Slatter dengan menjadikan beliau sebagai orang kanan Drew.

Melihat kepada Brock yang ada Paul menjadi juru cakapnya, pihak Kreatif sudah boleh menggunakan Slatter sebagai Jurucakap Drew memandangkan Drew juga tidak mahir dalam bercakap berbanding Slatter.

Ini adalah antara sebilangan kecil penggusti yang berbakat dan masih mempunyai kontrak bersama WWE tetapi tidak mendapat perhatian dari pihak kreatif Wwe.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan