Dunia seni pada hari ini menerima perkhabaran yang sedih.
Pelakon sensasi Hollywood Chadwick Boseman, yang memegang watak sebagai Black Panther dan beberapa watak popular yang lain di layar perak, disahkan meninggal dunia.
Chadwick Boseman meninggal dunia pada Jummat kerana barah. Kematian beliau disahkan oleh jurucakap rasmi beliau.
Chadwick meninggal dunia pada usia 43 tahun di rumahnya di New York dengan isteri dan anaknya berada di sisinya.
Boseman didiagnosis dengan kanser di bahagian ususunya sejak 4 tahun yang lalu.
Keluarganya dalam kenyataan rasmi berkata: “Seorang pejuang sejati, Chadwick bertahan melalui semua ini, dan membawakan watak dalam banyak filem yang ada sangat sukai.”
“Daripada Marshall sehinggalah ke Da 5 Bloods, August Wilson’s Ma Rainey’s Black Bottom – dan beberapa lagi dirakamkan selepas beliau menjalani pembedahan dan kimoterapi yang tak terkira banyaknya.”
“Ianya satu penghormatan untuk beliau membawakan watak King T’Challa di dalam Black Panther.”
RIP to Chadwick Boseman. Black Panther was, and still is, one of my favorite Marvel movies of all time. Wakanda Forever!!!! pic.twitter.com/PtqujP2ImB
— Amber Portela (@FreelancerAmber) August 29, 2020
Boseman tidak pernah berkongsi tentang penyakitnya dengan para peminat dan media.
Peminat sudah kesan sejak beberapa bulan lalu
Keadaan kesihatan Chadwick Boseman dikatakan semakin membimbangkan dan para peminatnya sudah perasan tentang perkara itu sejak awal tahun ini.
Bintang utama Black Panther muncul dengan kerusi roda dan badan yang kurus.
"Black Panther" actor Chadwick Boseman has died https://t.co/q9iUlmk5EK
— CNN International (@cnni) August 29, 2020
Keadaan kesihatan Chadwick Boseman semakin merosot dan dia beberapa kali dikejarkan ke bilik kecemasan Pusat Media Santa Monica, Amerika Syarikat.
Ramai peminat mulai berkongsi gambar Chadwick ketika dia sedang duduk di kerusi roda dan menutup wajahnya dengan topeng hitam dan hoodie yang menutup kepalanya sambil ditolak oleh tunangnya, Taylor Simone Ledward.
Diketahui, keadaan kesihatannya semakin merosot sejak beberapa bulan lalu. Ini menjadikannya kehilangan berat badan hingga 23 kilogram sejak pertengahan 2019.
Ini membuatkan peminat risau dengan keadaan kesihatannya,
Sementara itu, ketika itu Chadwick masih dalam projek filem Black Panther 2 yang diterbitkan oleh Disney dan Marvel Studio.
This scene will forever signify so much more. Rest In Peace Chadwick Boseman, thank you for everything you’ve brought to Marvel and Black Panther💜🖤 #WakandaForever pic.twitter.com/KFVhef2S0N
— XT🔜EDCLV✨🎡 (@lifeofxt) August 29, 2020
Profil Chadwick Boseman
Chadwick Aaron Boseman lahir pada 29 November 1976. Namanya dikenali ramai menerusi peranannya sebagai Jackie Robinson dalam filem 42 (2013), James Brown dalam Get on Up (2014), dan T’Challa dalam filem produksi Marvel Studios Captain America: Civil War (2016).
Beliau juga membintangi siri filem televisyen Lincoln Heights (2008) dan Persons Unknown (2010), filem The Express (2008) dan Draft Day (2014).
Boseman dilahirkan di South Carolina, dan dibesarkan di kota Anderson. Ayahnya Leroy Boseman, yang memiliki perniagaan tempat duduk kereta, dan ibunya Carolyn, yang merupakan seorang jururawat di sebuah hospital.
Oh. My. God. Not Chadwick Boseman. This is devastating news. I don’t even really know how to respond. I’m so grateful for his major contribution to acting and the struggle. He made me so proud. Praying for his family and friends.
RIP King 👑 🙏🏾#WakandaForever pic.twitter.com/tzVuMKV2dA
— Jermaine Watkins ✍🏾 (@JermaineWatkins) August 29, 2020
Keturunannya berasal dari komuniti Limba di Sierra Leone. Boseman adalah lulusan Howard University Washington, D.C. pada tahun 2000 jurusan pengarahan.
Chadwick Boseman juga lulusan Akademi Drama Amerika Inggeris di Oxford, Oxfordshire. Beliau sangat minat dalam dunia penulisan cerita dan pengarahan.
Boseman pernah guru drama di Schomburg Junior Scholars Program, di Pusat Penyelidikan Schomburg di Black Culture Harlem, New York dari 2002 sehingga 2007.
Beliau kemudian berpindah ke Los Angeles untuk mengejar impiannya untuk berlakon pada tahun 2008.
Kerjaya
Boseman pertama kali muncul di televisyen pada tahun 2003, dalam episod Third Watch
Di samping itu, Boseman juga pernah muncul di Law & Order, CSI: NY, dan ER.
Kemudian dia meneruskan kerjanya sebagai penulis drama, dengan skrip Deep Azure, yang dipentaskan di The Congo Square Theatre Company di Chicago, Illinois, dan dicalonkan untuk Joseph Jefferson Award for New Work 2006.
Pada tahun 2008 Boseman muncul dalam siri televisyen Lincoln Heights dan berlakon dalam filem utama pertamanya – The Express. Beliau kemudian mendapat kontrak untuk berlakon dalam drama bersiri Persons Unknown, pada tahun 2010.
Peranan di file pertama Boseman adalah pada tahun 2013 dengan filem 42, di mana dia melakonkan Jackie Robinson. Lakonannya memberikan impak cukup baik.
Boseman telah mengarahkan drama di East Village.
Dan pada tahun 2013, Boseman membintangi filem indie The Kill Hole, yang dilancarkan beberapa minggu sebelum 42.
Pada tahun 2014, Boseman muncul dalam dua filem lagi. Dia bekerjasama dengan Kevin Costner pada Draft Day.
Akhir tahun yang sama, beliau mempamerkan lakonan cemerlang sebagai James Brown di Get on Up, yang dipuji secara meluas oleh pengkritik.
Ini disusuli lakonan dalam Thoth in Gods of Egypt (2016).
Namun kemuncak kepada kariernya adalah, dia memainkan peranan dalam watak Marvel Comics T’Challa / Black Panther dalam filem 2016 Captain America: Civil War, filem Marvel pertama yang dimainkannya.
Dan pada 2018 dia akan muncul di dalam filem Black Panther.
Selamat bersemadi King T’Challa!