Black RX: Nostalgia Kamen Rider Yang Terkenal

“I am child of the sun, RX!”

Jika ditanya kepada abang-abang kau semua atau bapa kau yang membesar pada era 90an pastinya mereka sangat mengenali susuk tubuh serba hitam dan mata bulat warna merah ini.

Kamen Rider Black RX merupakan siri Kamen Rider ke-9 era Showa dan merupakan siri yang mendapat adaptasi pertama ke Amerika Syarikat iaitu syarikat Saban yang berjudul Masked Rider Black RX.

Siri ini nyata mendapat tempat di hati peminat Kamen Rider seluruh dunia ketika itu dengan rekaan yang agak futuristik serta gadget yang canggih.

Mempunyai 2 bentuk berlainan serta bertukar dengan menggunakan King Stone yang tertanam dalam tubuh protagonis.

Hero, Kotaro Minami merupakan seorang lelaki berbangsa alien yang menentang kejahatan ditimbulkan oleh kumpulan Crisis Empire untuk menakluki bumi.

Dengan kuasa King Stone bertukar menjadi belt (Sunriser) yang ada dalam diri Kotaro, beliau dapat merubah dirinya menjadi Kamen Rider Black RX untuk menentang mereka.

Ditemani Acrobatter iaitu motorsikal pintar yang memahami tuannya dan kereta peribadi, Ridoron.

Apa yang menarik mengenai Black RX, beliau boleh berubah kepada dua bentuk yang boleh disesuaikan dengan lawan dan situasinya.

Robo rider merupakan bentuknya yang kedua iaitu turut berwarna gelap dan memiliki gadget pistol selain ketahanan fizikal yang sangat baik.

Acrobatter beliau turut berubah menjadi Roboizer yang disesuaikan dengan bentuk Robo Rider.

Bio Rider pula merupakan bentuk penjelmaan ketiga RX iaitu berwarna biru dan boleh merubah menjadi cecair untuk mengelak dari serangan musuh.

Dalam bentuk ini, Acrobatter berubah menjadi Mach Jabber yang turut disesuaikan dengan Bio Rider.

Kamen Rider Black RX turut mempunyai serangan-serangan yang menarik seperti Rider Punch, Rider Kick, dan teknik istimewa iaitu Revolcrash.

Teknik Revolcrash terhasil setelah RX berjaya mengeluarkan pedang bersinar dari Sunriser dan menetak lawan dengan pedang tersebut untuk mematikan terus lawan.

Jika dalam mod Robo Rider, beliau akan menggunakan pistol yang diberi nama Vortech Shooter untuk menembak lawan.

Namun setakat ini kuasa Vortech Shooter lebih kepada melemahkan lawan dari membunuh. Robo Rider hanya pernah membunuh 3 robot sahaja.

Manakala yang lain lebih kepada melemahkan lawan.

Bio Rider turut mempunyai senjata tersendiri iaitu Bio Blade.

Dengan kemampuan yang lebih kurang Revolcane, Bio Blade juga mempunyai cahaya pada pedangnya dan menggunakan teknik Slash Cutter untuk menewaskan musuhnya.

Menarik selain watak Kotaro Minami, siri ini turut menampilkan pembantu Kamen Rider Black RX iaitu Joe The Haze yang setia menemani Kamen Rider Black RX selain memiliki skil pertarungan yang menarik.

Joe hanyalah manusia biasa yang memiliki jurus tempur.

Namun beliau mempunyai kisah gelap apabila menyerahkan diri buat Crisis Empire lalu menukarkan beliau sebagai mesin yang menakutkan untuk menyerang RX.

Sehingga beliau kembali meraih kesedaran, Joe kembali membantu RX menewaskan musuh.

Siri ini turut menampilkan kembali Shadow Moon iaitu musuh utama siri Kamen Rider Black sebelum ini dan tampil di episod 21, 22, dan 27 siri Kamen Rider Black RX untuk membalas dendam setelah tumpas di tangan Black sebelum ini.

Pada pendapat penulis, siri RX merupakan siri yang sangat menghiburkan pada zamannnya dan masih relevan untuk ditonton pada masa kini.

Hero merupakan seorang yang sangat berterampilan dan merupakan satu-satunya watak yang melakonkan sendiri aksi ‘stunt’ dalam suit Kamen Rider Black dan Black RX.

Selamat menonton dan bernostalgia!

Baca yang lain