Blackpink Baru Sahaja Mengubah Sejarah Kpop Di Atas Bumi

Blackpink merupakan sebuah kumpulan kpop wanita yang popular dari Korea Selatan.

Terdiri daripada Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa. Sudah banyak kejayaan ditempa oleh mereka di persada seni.

Mereka kini telah mencipta satu lagi rekod cemerlang gemilang dan terbilang.

Ini apabila mereka menjadi kumpulan K-pop yang pertama meraih 1 billion totonan YouTube untuk 1 muzik video.

Jadi, ini adalah rekod yang akan kekal sampai bila-bila. Maklumlah, yang pertama ni cuma ada satu je.

Video muzik Ddu-Du Ddu-Du berjaya mencecah angka itu baru-baru ini. Ddu-Du Ddu-Du merupakan lagu ‘killer’ mereka dalam album Square Up.

Video tersebut dimuat naik 17 bulan yang lalu pada bulan Jun 2018.

Sebelum ini, artis solo PSY pernah mencapai angka itu dengan Gangnam Style. Dan kini ia telah meraik sekitar 3.4 billion tontonan.

Blackpink melepaskan single Kill This Love pada April lalu. Dan ia setakat ini meraih 640 juta tontonan setakat ini.

Itulah Blackpink. Tak perlu diceritakan sangat kehebatan mereka yang sudah terbukti.

Baca yang lain