BLACKPINK IN YOUR AREA
Blackpink bukannya nama kumpulan yang asing di seluruh dunia. Kumpulan Kpop ini ditubuhkan di Korea Selatan pada 8 Ogos 2016.
Blackpink terdri daripada Jennie, Lisa, Rose (disebut Rozay) dan Jisoo.
Peminat mereka digelar BLINKS. Dan sudah memiliki jutaan peminat di seluruh dunia.
Setelah debut pada 2016, mereka telah menjadi fenomena di Korea Selatan dan seterusnya ke seluruh dunia.
Mereka memenangi anugerah sulung daripada SBS untuk Best Newcomer pada 2016.
Mereka kemudian menjadi kumpulan kpop yang paling banyak dicari di internet.
Mereka sebenarnya sudah memiliki karier masing-masing sebelum bergabung menjadi Blackpink. Jadi ramai peminat mereka ada bias tersendiri ke atas keempat-empat mereka ini.
Kejayaan Blackpink yang sangat luar biasa membuatkan mereka mulai dibandingkan dengan kumpulan legend 2NE1 – yang dianggap produk terbaik YG Entertaiment di dalam sejarah. Namun sebenarnya 2NE1 ni lagi power la.
JENNIE KIM
Jennie merupakan ahli Blackpink yang paling mencuri tumpuan. Jennie Kim ni rapper dan vokalis di alam kumpulan.
Beliau lahir di Gyeonggi pada 16 Januari 1996. Jennie ni nama je lahir di Korea Selatan, dia membesar di New Zealand. Beliau juga pernah duduk di Belanda dan kembali semua ke New Zealand.
Jennie kemudian bernaung di bawah YG Entertainment. Jennie mulai menarik perhatian media selepas muncul dalam single G-Dragon – That XX pada 2012.
Selepas itu Jennie dan G-Dragon berkolaborasi dalam lagu Black pada 2013. Beliau seringkali muncul bersama artis besar lain termasuk Bigbang.
Jennie ada satu masalah iaitu fobia mengadap kamera. Dan masalah itu dia cuba fight.
G-Dragon antara sifu dia dalam berhadapan dengan kamera. Jennie diarahkan untuk fokus kepada lampu merah pada kamera supaya tidak hilang fokus di atas pentas.
Jennie adalah ahli pertama yang disahkan oleh YG Entertaiment dalam projek Blackpink. Beliau sudah bersama label tersebut selama 6 tahun.
Maka tak hairanlah orang selalu cakap Jennie ni anak emas YG.
JISOO
Seterusnya, Kim Jisoo adalah satu-satunya ahli Blackpink memang diserap masuk dari Korea Selatan. Ahli lain semua diambil daripada luar negara menerusi audition.
Jisoo sudah bersama YG Entertainment sejak 2011. Beliau adalah lead vocal. Seperti artis lain di bawah YG, Jisoo juga selalu cameo dalam video klip artis lain dan iklan Samsonite Red bersama Fatah Amin Korea iaitu Lee Min Ho.
Walaupun nampak paling Low profile dari segi penampilan, Jisoo ni sebenarnya kelakar nak mampos orangnya.
LALISA
Seterusnya adalah Lalisa Manoban. Ini merupakan ahli Blackpink yang paling digemari.
Dalam satu tinjauan oleh laman portal Blackpink, Lisa paling ramai fans yang bias menyebelahinya diikuti Jisoo dan Kim Jennie, Rose.
Lisa ini unik kerana tiada darah Korea dalam diri dia. Lisa lahir di Bangkok dan menjadi anggota Blackpink paling muda.
Lisa merupakan main dancer untuk kumpulan ini. Beliau juga rapper kedua selepas Jennie.
Lisa menyertai Blackpink menerusi audition oleh YG Entertaiment di Thailand pada 2010.
Menjadi satu-satunya peserta daripada batch tersebut yang berjaya dibawa ke Korea Selatan. Ketika itu, Lisa audition dengan kumpulannya, namun selepas itu YG hanya mahukan dia seorang sahaja. Dia menyertai YG pada 2011 sama dengan Jisoo.
Sama seperti ahli yang lain, Lisa juga memiliki profil karier yang baik sebelum bergelar ahli Blackpink. Beliau pernah muncul dalam Ringa Linga bersama Taeyang.
ROSE
Roseanne Park ataupun Rose adalah seorang lagi ahli yang ada kaitan dengan New Zealand. Beliau lahir di sana dan dibesarkan di Australia. Nama Korea dia Park Chaeyoung.
Rose mengikuti audisi YG di Australia pada tahun 2012 saat usianya baru menginjak 14 tahun dan berhasil memenangkan posisi pertama dalam audisi tersebut. Ia resmi menjadi trainee pada Mei 2012.
Beliau menyertai YG pada tahun 2012 dan sudah terlibat dalam beberapa projek muzik di Korea Selatan. Rose dipilih kerana dia boleh menambahkan variasi dalam vokal Blackpink.
Beliau merupakan artis yang sangat menjadi perhatian ramai produser dan artis untuk kolaborasi. Ala, sebab dia minah salleh korea kan.
TERTUBUHNYA BLACKPINK
Kesemua 4 ahli Blackpink ini berlatih selama lebih 5 tahun bersama YG Entertaiment sebelum membentuk kumpulan ini.
YG Entertaiment serius dalam pembentukan kumpulan wanita Kpop ini selepas kali terakhir melakukan dengan 2NE1.
Lalu beberapa teaser dikeluarkan pada 2016. Dan pada Jun 2016, YG memperkenalkan Blackpink secara rasmi dengan memberikan informasi tentang Jennie, Lisa, disusuli oleh Jisoo, dan Rose.
Asalnya nama kumpulan mereka adalah Pink Punk dengan Jennie sebagai leader. Namun selepas itu YG Entertaiment mengesahkan kumpulan ini tidak akan ada leader seperti mana idol yang lain.
Ini kerana menurut YG kesemuan 4 ahli Blackpink ini sudah bersabahat lama di akademi mereka. Maka tak perlu melantik ketua kumpulan.
Lalu nama Blackpink dipilih. Ia menggambarkan pink sebagai simbol wanita yang cantik dan black merujuk kepada sisi gelap.
Jadi, blackpink bermaksud – wanita yang cantik tak semestinya ‘cantik’. Faham tak? Maksudnya, rupa yang lawa tak semestinya cantik. Ianya lebih penting kecantikan dalaman.
Selain itu, Blackpink juga membawa maksud wanita yang lemah lembut tak semestinya mereka naif. Blackpink juga menyatakan mereka mahu kekuatan kumpulan mereka dinilai pada bakat bukannya rupa.
Selepas beberapa promosi dan pegumuman, Blackpink rasminya melakukan debut pada 8 Ogos 2016 tepat 8 malam dengan album sulung – Square One. Pada debut mereka mengeluarkan 2 videoklip Boombayah dan Whistle.
Selepas debut itu mereka meraih kejayaan luar biasa. Mereka dicalonkan dalam banyak kategori dalam anugerah pada tahun 2016.
Mereka menjadi kumpulan paling cepat mendapat Anugerah Artis Baru Terbaik oleh SBS Inkigayo.
Lebih dahsyat 2 lagu mereka mengungguli carta Billboard Word Digital. Hanya dalam masa 5 bulan video Boombayah telah ditonton lebih dari 100 juta kali di Youtube dan 100,000 daripadanya adalah Shafiq Isa dan Mohd Nuruzzaman.
Ianya memecahkan rekod video Like Ooh-Ahh oleh TWICE – 60 juta tontonan dalam 8 bulan.
Selepas kejayaan Square 1, mereka mengeluarkan beberapa single untuk album kedua – Square 2 – iaitu Playing with Fire dan Stay.
TERUS SUKSES
Kali ini mereka meluncur sampai ke carta Canada Top 100 dengan lagu Playing with Fire. Ia menjadi lagu kpop pertama berada dalam list 100 teratas di Kanada. Mesti ramai mat rock Kanada mengamuk dengar Kpop masuk radio.
Selepas kejayaan itu mereka menerbitkan single catchy As If It’s You Last. Ni kau kena dengar, power.
Mereka berehat beberapa bulan selepas itu dan ramai yang menagih karya baru daripada mereka.
Ketika melakukan comeback, mereka menggunakan laman youtube, IG dan beberapa saluran lain untuk teaser.
Lagu As If It’s Your Last ini menjadi video muzik K-pop yang paling banyak ditonton dalam masa 24 jam ia dilancarka iaitu 13.3 juta. Memecahkan rekod BTS – Not Today; 10.9 juta tontonan dalam masa 24 jam.
Kejayaan demi kejayaan mereka capai sehinggalah menghasilkan single dengan Dua Lipa – Kiss And Make Up.
Lagu ini juga berjaya terjual di iTunes di 18 buah negara. Selepas itu mereka melakuakn debut ke Jepun pada Mei 2017. Beberapa versi lagu mereka di-Jepun-kan.
Mereka diberikan sambutan luar biasa ketika di Jepun.
Pada Jun 2018, mereka mengeluarkan beberapa single untuk mini album Square Up. Lagu termasuk Ddu-Du Ddu-Du, Forever Young, Really, See You Later.
Tidak terhenti di situ mereka menjadi kumpulan Kpop pertama diberikan slot khas untuk beraksi di Coachella.
Mereka kemudian mengeluarkan beberapa single lagu termasuk Let’s Kill This Love Pada 2019 dan menjadi sangat hits.
Hari demi hari empayar Blackpink terus berkembang dan mereka terus menjadi perhatian di seluruh dunia.
Ianya telah mengukuhkan lagi nama Blackpink di persada arena hiburan.