Kevin Prince Boateng antara pemain yang bertuah kerana beraksi dengan beberapa kelab besar dan bintang legenda. Antaranya bermain dengan Andrea Pirlo ketika di zaman kegemilangan AC Milan.
Menurut Boateng, Pirlo mengajarnya sesuatu yang dia sendiri tak pernah terfikir selama ini. Kerana dia sudah diajar di atas padang agar menjerit kepada rakannya meminta bola.
Ianya sebagai salah satu bentuk komunikasi dengan rakan menyatakan bahawa kamu sedia menerima bola. Sama juga seperti di Malaysia, dari kecil pemain diajar untuk lebih vokal.
Namun Pirlo tidak menyukainya. Kerana menurut Pirlo itu akan memudahkan lawan menyedari seseorang pemain itu bebas dan tak dikawal. Jadi seseorang pemain itu perlu mencari cara lain untuk berkomunikasi.
Ketika bersama Pirlo, dia boleh melihat secara luas rakan rakannya yang bebas, jadi tak perlu menjerit, cukup dengan isyarat tangan atau naluri Pirlo sendiri dengan komunikasi telapathy.
Boateng berkata dalam podcats Rio Ferdinand, FIVE: “Saya belajar sesuatu daripada semua orang. Daripada Andrea Pirlo, [saya belajar] untuk sentiasa tenang.”
“Saya datang dari Liga Inggeris. Kamu tahu kan cara latihan di England: ‘Come on, give me the ball. Come on, come on.’ [cepat berikan saya bola, cepat].”
“Saya berlatih di AC Milan dan berkata benda yang sama, ‘Berikan saya bola, berikan saya bola’.”
“Semiggu selepas itu, Pirlo memanggil saya dan seorang lagi pemain yang boleh berbahasa Inggeris untuk menterjemahkan apa yang dia mahu sampaikan kepada saya.”
“Pirlo memberitahu: ‘Katakan kepada mamat ni, jangan mejerit macam tu atas padang’. Dan saya mulai hairan, apa yang dia cuba sampaikan sebenarnya?”
“Pirlo berkata: ‘Jika kamu sentiasa menjerit meminta bola, pihak lawan akan tahu bahawa kamu bebas dan tak dikawal. Oh dia tak dia tak dikawal, saya akan awasinya’. Dan saya benar benar terkejut.”
“Dan saya pun, ok, kamu tahu kan dia seorang quarter back / half back. Dia melihat segalanya di atas padang.”
Pirlo dikenali antara pemain tengah ataupun maestro terbaik pada eranya. Dia menempa banyak kejayaan berssama AC Milan dan Juventus serta menjadi juara dunia bersama dengan Itali.
Pirlo juga pemain yang ikonik dengan kualiti hantaran dan sepakan percuma yang berkualiti tinggi.