Boateng Tegur Pegawai Pasukan Ghana Yang Ajak Son Berselfie Ketika Pemain Itu Menangis

Korea Selatan menelan kekalahan yang pahit di tangan Ghana. Perlawanan yang dianggap sebagai klasik Piala Dunia oleh pengulas perlawanan.

Mohammed Kudus menjaringkan dua gol ketika Ghana menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam perlawanan dramatik Piala Dunia pada Isnin untuk mengekalkan harapan mereka untuk mara ke pusingan 16 terakhir.

Ghana, yang akan tersingkir jika mereka mengalami satu lagi kekalahan. Mereka meletakkan perlawanan ini ibarat talian hayat terakhir mereka.

Ghana mendahului menerusi gol separuh masa pertama daripada Mohammed Salisu dan Kudus.

Korea bangkit melalui dua gol dalam amsa tiga minit oleh Cho Gue-sung.

Tetapi Mohammed Kudus memastikan 3 mata milik Ghana.

Selepas tamat perlawanan, kapten Korea Selatan menangis teresak esak tidak dapat menerima kekalahan ini dengan penuh emosi.

Son memang seorang yang sangat sensitif setiap kali negaranya gagal dalam perlawanan penting.

Kini impian Korea Selatan untuk mara ke pusingan seterusnya agak rumit. Bergantung kepada keputusan antara Portugal dan Uruguay. Dan mereka wajib menang dalam aksi terakhir.

Lantaran itu, Son sebak dan menangis.  Pasukan Korea tampil lebih dominan dan melakukan 22 percubaan ke arah gol. Berbanding Ghana yang cuma melakukan 7 percubaan ke arah gol.

Ketika Song Heung Min menangis, seorang pegawai pasukan Ghana, yang dilaporkan merupakan pengawal keselamatan pasukan – berdasarkan komen daripada netizen Ghana – telah mengambil kesempatan untuk berselfie.

Son Heung Min adalah nama besar dalam bola sepak.

Pegawai tersebut mengeluarkan telefon pintarnya dan kemudian mengajak Son berswafoto.

Staf jurulatih Ghana, George Boateng menegur perbuatan yang tak kena tempat dan masa itu.

Sementara seoarang lagi staf kejurulatihan Ghana, Dramani cuba menenangnkan Son Heung Min.

Sebagai tambahan, George Boateng merupakan bekas pemain kebangsaan Ghana yang pernah bermain di EPL dan di Liga Malaysia, serta pernah menjadi jurulatih Kelantan.

Ghana masih perlu menyelesaikan urusan mereka dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk memastikan mereka mara.

Dan lawan mereka nanti adalah pasukan paling dibenci rakyat Ghana iaitu Uruguay yang turut membawa Luis Suarez dalam pasukan mereka.

Sementara Korea Selatan akan berdepan dengan Portugal dalam aksi terakhir mereka.