Kisah Pembancuh Simen Menjadi ‘Stuntman’ Terkenl Dan Rakan Baik Thor

Bobby Holland Hanton merupakan pelakon yang sudah ditonton oleh jutaan manusia di dunia, cuma tidak sedar itu adalah beliau.

Ini kerana beliau menjadi pelakon pendua dan lagak ngeri

Bobby Holland Hanton lahir di Portsmouth, England. Ketika muda, dia berimpian menjadi atlet gimnas olimpik.

Namun impiannya itu terpaksa dilupakan kerana, pada usia 17 tahun beliau ada masalah di bahagian belakang yang berpunca daripada masalah tumbesarannya.

Dan Bobby Holland Hanton mulai bekerja dengan pak ciknya selepas tamat kolej, melakukan kerja di tapak pembinaan. Ini termasuk membancuh simen, plaster simen dan bermacam lagi kerja kontrak.

Beliau kemudian melihat kawan lamanya di akademi gimnas menjadi stuntman dalam filem James Bond.

Itu yang membuatkan Bobby Holland Hanton mulai menanam impian baharu dalam hidupnya.

Bakat dan panggilan pengubah hidup

Bakat dalam bidang gimnas memang membantunya. Tetapi ketika audition, Bobby Holland Hanton perlu lulu sekurang-kurangnya 6 daripada 12 skil yang diperlukan untuk menjadi stuntman elit.

Beliau memang sudah pakar dalam 3 kriteria iaitu lompatan trampolin, gimnastik dan juga terjun 10 meter. Beliau kemudian menajamkan kemahiran lain termasuk kickboxing, renang, skuba.

Belum pun tamat dia menghadiri latihan tersebut, Bobby Holland Hanton mendapat tawaran pertama.

Bobby Holland Hanton pada awalnya menganggap panggilan yang dia terima sebagao satu prank. Ini kerana beliau masih lagi dalam proses menajamkan 2 lagi skil. Sekarang dia sudah ada 4 sahaja.

“Saya ingat mereka ni bergurau, di mana ada orang call saya, sajak nak prank. Ini kerana saya cuma ada 4 saja skil daripada 6 yang diperlukan.”

“Tetapi, stunt coordinator iaitu Gary Powell – salah seorang kordinator lagak ngeri terkemuka di dunia.”

“Beliau memberitahu saya, dia perlukan seorang pelagak ngeri yang bagus dalam skil akrobatik, untuk babak di galeri seni dalam filem Quantum of Solace – di mana Bond bertarung dan terjatuh.”

“Babak tersebut sebenarnya lagi panjang, tetapi ianya dipotong. Itulah kali pertama saya ditawarkan kerja dalam bidang stuntman.”

“Mulanya saya fikir, saya cuma berada di set selama 4 atau 5 lima minggu, rupa-rupanya untuk enam bulan.”

Semakin sukses

Sejak dari hari itu, nasib Bobby berubah dan dia menstabilkan kariernya. Beliau menjadi aktor pendua kepada  pelakon seperti Henry Cavill, Ryan Reynolds, Channing Tatum dan Jake Gyllenhaal.

Dan seterusnya beliau menjadi rapat dengan Chris Hemsworth. Beliau menjadi pelagak ngeri untuk Chris Hemsworth sejak 8 tahun lalu. Mereka berdua seringkali pergi ke gym bersama – sama dan menghadiri program kesihatan dan kecergasan.

Karya terbaru mereka pastinya Avengers: Endgame yang menjadi filem yang sangat laris.

Beliau kemudian menjadi pelagak ngeri elit di dalam industri.

Bercakap tentang Chris Hemsworth, Bobby berkata: “Dia seorang yang sangat rendah diri dan salah seorang brader yang kita tunggu dia ada di set, sebab dia akan berikan keceriaan di set.”

“Thor gemuk itu adalah satu pengalaman yang sangat menyeronokkan, namun pada masa yang sama, sangat sukar. Kamu kena ada jambang yang lebat, serta memakai rambut palsu.”

“Ketika melakukan aksi lagak ngeri, kena pakai pad stunt, dan juga suit baju gemuk, harnerss, kostum Thor. Ianya sangat berat.”

“Benda paling kelakar dan menjengkelkan ketika babak berlawan. Cap [Captain America], Iron Man, Thor,  dan Thanos, semua mereka ada kostum yang hebat dan bebas bergerak. Thor pula susah bergerak sebab tembam.”

“Ianya kelakar kerana kamu ada perut yang besar duduk bersama dengan yang lain.”

Bobby Holland Hanton kini sudah berusia 35 tahun. Beliau sudah mengalami beberapa siri kecederaan di dalam kariernya. Dan ada di antaranya agak serius.

10 bulan lalu beliau terpaksa menjalani pembedahan major untuk membetulkan herniated discs. Dan sebelum itu groin beliau pernah cedera teruk ketika penggambaran Thor: Ragnarok.

Dan projek beliau yang seterusnya dijangka menjadi Batman, pendua kepada Robert Pattinson.

https://twitter.com/tvs_movies/status/1208947415048445958

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.