Pemain Bodo Skor 2 Assist 3 vs Roma Rupanya Ahli Trio Raver Flow Kingz Bersama Halaand

Beberapa tahun lalu tular video Erling Haaland pada masa muda remaja membuat satu kumpulan rap yang diberi nama Flow Kingz.

Erling Haaland kemudian menempa nama sebagai salah seorang penyerang digeruni di dunia.

Seorang lagi ahli Flow Kingz iaitu Erik Botheim semalam memberitahu dunia kewujudannya di arena bola sepak antarabangsa apabila mengepalai pasukannya, Bodo / Glimtz membelasah Roma 6-1.

Botheim yang baru berusia 21 tahun menjaringkan 2 gol dan mencipta 3 assist. Bermakna dia terlibat dalam 5 daripada enam gol Bodo semalam dalam aksi Liga Persidangan Eropah menentang AS Roma yang dimbimbing Jose Mourinho.

Ini adalah pertama kali skuad bimbingan Mourinho bolos enam kali dalam satu perlawanan. Dan Botheim menjadi dalang semua ini.

Bekas pemain Rosenborg itu bermain dengan sangat cemerlang musim ini. Di mana dalam liga utama Norway, dia sudah menjaringkan 13 gol daripada 22 penampilan.

Dengan prestasi semasanya, tidak hairan kalau kelab kelab dari liga utama Eropah lain akan memancing beliau selepas ini.

Haaland bangga melihat ahli Flow Kingz itu mencipta nama dan kariernya semakin berkembang. Kalau ada rezeki, mereka boleh bergandingan di dalam skuad kebangsaan Norway suatu hari nanti.

Segalanya berlaku pada 2016, di mana trio Flow Kingz merupakan trio yang dibentuk bersama dengan seorang lagi pemain profesional iaitu Erik Tobias Sandberg.

Mereka bertiga mencipta, menulis, merakam dan menerbitkan video muzik mereka sendiri dengan single berjudul Kygo Jo. Setakat ini sudah meraih lebih 8 juta tontonan walaupun videonya memang versi video harijadi.

Dalam video tersebut Bortheim la paling padu showmanship dengan memperagakan aksi raver yang sangat mantap dan menarik perhatian.

Tapi siapa kisah, yang penting 3 orang dalam video itu sudah masing masing menjadi profesional di lapangan bola sepak. Botheim ketika itu berusia 16 tahun ketika video itu dirakam.

Botheim masih belum menerima panggilan kebangsaan. Namun media Norway sudah mulai mencadangkan namanya untuk dipanggil. Begitu juga dengan peminat peminat Norway.

Apa yang pasti video tersebut kembali tular di media sosial.

Saksikan sendiri video legend itu di sini. Tonton atas risiko sendiri, kalau korang sedang makan atau minum. Bukan apa, takut tersembur air tu.

 

BACA JUGA: Dibelasah Kelab Bodo, Mourinho Akui Bertanggungjawab, Kemudian Kecam Pemain & Sindir Penyokong

Baca yang lain