Bodyguard Messi Pecut Sepenuh Hati Untuk Menangkap Penceroboh Padang

Semua peminat bola sepak sudah tahu bahawa David Beckham telah memasang pengawal keselamatan yang khas untuk menjaga Lionel Messi.

Lionel Messi sekali lagi menjadi tumpuan beraksi di hadapan 72,000 orang penyokong di Arrowhead Stadium.

Messi menjaringkan satu gol untuk membantu Inter Miami menang 3-2. Dengan Luis Suarez menjaringkan gol kemenangan, 19 minit sebelum masa sebenar tamat.

Dalam perlawanan ini, pengawal keselamatan Messi, Yassine Cheuko yang pernah bertugas menjaga Messi di PSG sekali lagi berlari masuk ke padang apabila melihat penceroboh padang datang ke arah Messi.

Cheuko yang sentiasa mengawasi Messi telah dengan pantas mengesan pergerakan seorang peminat yang datang ke arah MEssi. Dia berlari sepenuh hati dan memintas penyokong tersebut.

Penyokong yang masuk ke padang itu seperti biasa, cuba mendapatkan selfie bersama dengan Lionel Messi.

Saksikan detik yang menarik perhatian itu di sini:

Sebelum ini Cheuko beberapa kali mengejar penyokong di atas padang yang cuba menghampiri Lionel Messi.

Lionel Messi kini bermain untuk Inter Miami. Pemenang Ballon d’Or 8 kali itu terus menjadi tonggak utama pasukannya.

Kemenangan terbaru dicatatkan Inter Miami ke atas Sporting KC ini telah membantu Inter Miami berada di kedudukan teratas MLS untuk Eastern Conference. Ini selepas New York Red Bulls sekadar seri tanpa jaringan dengan Chicago Fire.

Kedua dua pasukan sebenarnya terikat dengan 15 mata. Namun Inter Miami memiliki kelebihan dari segi perbezaan jaringan yang lebih baik.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai